Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, April 13, 2011

Mahawangsa

Burung Mahawangsa dikenal pasti sebagai burung raksasa lagenda. Benar atau tidak kewujudan masih menjadi rahsia purbakala, yang masih belum punyai pembuktian sains dan fizikal.

Namun bila berhujah soal Mahawangsa, Pak Sedaro melihat resepi Mahawangsa mesti menjadi urutan perjuangan Barisan Nasional. Barisan Nasional tidak boleh minta sedekah dek kebodohan, kebahalulan dan kebangsatan parti PAS+PKR+DAP+PRM yang mengelar pasukan mereka sebagai Pakatan Rakyat, sebuah rangkaian komponen parti bukan BN yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Maknanya Pakatan Rakyat masih resepi makanan politik HARAM yang dijuarai oleh Anwar Ibrahim Al-Jubur Al-Tongkol Al-Belakang Depan Sama Sedap, Nick Azick Al-Nyanyuk Al-Bukan Melayu Al-Myanmar dan Lim Kit Siang sepupu dapur PAP-Komunis 1933.

Bagaimana BN mesti di TRANSFORMASI sesuai dengan kehendak TSUNAMI KUASA RAKYAT 1 MALAYSIA:

1. Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri sudah mesti memulakan aktiviti "walk about secara sistematik dan objektif".

2. Semua Pegawai Khas kepad ADR dan ADUN mesti memulakan aktiviti "head-count" dan operasi "KAMAR". Kerja Amanah Makmur Aman untuk Rakyat.

3. Semua pegawai kanan Kerajaan Malaysia tidak kira manusia itu bekerja di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan mesti ikuti Program Perlembagaan Persekutuan 1 Malaysia 1 Negara.

4. Semua pegawai tidak kanan termasuk pencuci pinggan dalam pejabat Kerajaan, mesti ikuti Program Khas Perkara 153.

5. Rakyat yang tiada akses kepada kemajuan, tiada tandas awam di pekan, tiada kemudahan jalanraya yang baik seperti di Putrajaya, mesti dicari dan dijumpai oleh petugas-petugas Kerajaan Malaysia, sebelum mereka mencelup obor Komunis dan Freemason.

Lima pendekatan di atas ialah gerakan Mahawangsa yang mesti dilakukan oleh BN tanpa prejudis. Jika BN tak buat, Pak Sedaro yakin kalangan bloggers PKR+PAS+DAP+PRM akan ambil pendekatan ini. Mereka sedang mengumpul dana daripada Freemasonary society yang berselindung disebalik pasukan kerja upahan.

Hari ini fahaman Syiah, Muktazilah, Qadariah dan Jabariah yang melampau menjadi ikutan sebilangan orientalis dalam PAS yang dahulunya mereka makmur diri dalam Persatuan Persilatan Batin Al-Maunah dan melaksana penjajahan Bukit Sauk. Hari ini, mereka lakukan penjajahan intelektual melalui rapat-rapat umum di Taman Melewar dan Permatang Pauh. Kelompok ini makin merayap dan bergentayangan di Putrajaya. Mereka kuasai fikiran dengkel Pegawai dan Penjawat Awam, kerana itu ramai kalangan kenalan, rakan, sahabat dan teman rakyat Raja lupa akan konsortium Perkara 153 dan Perkara 161A. Alpa dengan makna Perkara 153 (1), 153 (2), 153 (3) dan 153 (4) dibaca bersama Perkara 39 dan Perkara 40. Kuasa Perkara 32 dan Perkara 38. Sudah makin berkembang faham dalam selimut yang ganggu Perkara 149.

Kembalikan MAHAWANGSA BARISAN NASIONAL. Kembalikan Bumi Melayu ini dengan sanad dan nasab 1 Malaysia, 1 Melayu. Melayu KUAT, rakan kaum Cina dan India akan turut bersama 1 Melayu, 1 Malaysia. Mereka ini ialah sahabat mengurus kemerdekaan Malaysia hari ini. Merekalah pengurusan sarana negara, mereka jugalah rakan menangis dan berduka nestapa.

Apakah warisan Mahawangsa Barisan Nasional sejak 1955 bakal menjadi "kubur tidak bernesan"?

No comments:

Post a Comment

Blog Archive