Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, February 16, 2009

Eli: Pembangkang percaya polis pulak dah..

1. Apabila Elizabeth Wong membuat laporan polis mengatakan dia adalah mangsa gambar bogel, secara tidak langsung telah membuktikan bahawa beliau percayakan pihak polis.

2. Biar betul Ahso ni percayakan polis?

3. Sebelum ni penyokong setia Al-Juburi mengatakan polis diperkudakan oleh UMNO.

4. Sama juga seperti sebelum ini apabila penyokong pembangkang menyokong ISA dalam kes menghina Islam, tapi dalam sisi yang lain mereka menentang pula ISA.

5. Bukankah Al-Juburi telah hilang keyakinan terhadap polis serta proses undang-undang Malaysia berdasarkan tindakannya merujuk kes liwat kepada Jawi setelah laporan pusrawi makan tuan?

6. Bukan ke Al-Juburi juga pernah berkata bahawa tuduhan liwatnya adalah cubaan untuk menghalangnya berkuasa semata-mata dan bukannya untuk menegakkan keadilan yang kononnya diperjuangkan?

7. Sebab itulah Al-Juburi sering membuat tuduhan terhadap Najib disebabkan sudah tidak yakin lagi dengan undang-undang di Malaysia.

8. Mari fikirkan..

9. Ketua Pembangkang kata tak percaya dengan polis.

10. Elizabeth Wong dari parti gabungan pembangkang pula membuat laporan polis.

11. Poning den.

12. Adakah pembangkang hanya percayakan polis apabila keadaan menyebelahi mereka, tetapi apabila sebaliknya berlaku maka pembangkang akan berkata bahawa polis tidak boleh dipercayai?

13. Putar belit sungguh la pemimpin pembangkang ni.

14. Sandiwara teragong abad ini.

14 comments:

  1. Salam,

    Jangan Poneng Poneng anakku, sonang ajo:

    Bila PR buat SEMUA OK, SEMUA BOLEH...dulu bila Soi Lek buat PRK, PAS dan DAP suruh Soli Lek berhenti tapi dalam kes ini baru beberapa minit tadi Orang Kuat PAS, Dr Hassan Ali berkata mereka akan bermesyuarat dan melihat kes ini (Jangan tengok gambar itu sudahlah..ha ha ha..) Jamu mata... Harammmmmmmmm.

    Khalid Ibrahim pun menyebelahi dia juga...mereka nak 'tengok' dulu.

    ReplyDelete
  2. setuju dengan Makcik. Macam sifir DUA dalam matematik je tu! Kalau pembangkang buat semua 'tak apa'.

    Satu lagi, Paneh; Kalau menyebelahi mereka, sokong!

    Ada satu lagi;
    Walaupun Islam kata, bersatulah, tapi pemimpin PAS tak nak sebab dirasakan merugikan mereka.

    ReplyDelete
  3. AAAAAHH..!!!!!

    DIO GENG DONGAN POLIS KO TIDAK BUKAN ISU KEK SINI.

    YANG PONTING EEE,DIO DAH SEMACAM POMPUAN SUNDAL,TAKDO MORAL. TAK LAYAK JADI ORANG BOSA.

    DIO LAYAK JADI AHLI RUMAH TUMPANGAN KEK MANO2 LORONG SAMAR.

    PADAN MUKO KAU ELI, EK BONA DONGAN EDEN. AMBIEK KAU..!!

    ReplyDelete
  4. Krisis Perak: Terimalah hakikat

    SAYA akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan menyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh-gapah.

    Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru blog Anwar Ibrahim berbunyi: Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

    Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan:

    Perlembagaan Persekutuan dalam Artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam Artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat di dalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak eksklusif sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan pelantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a), kedua baginda mempunyai kuasa untuk ''tidak membubarkan dewan perwakilan'' (Parlimen atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-Raja.

    Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan Perlembagaan Persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

    Hung Parliament:

    ''Hung Parliament'' bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN.

    Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihan raya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Bagaimanapun tidak wujud situasi "hung parliament" di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

    3 ADUN Sudah Jumpa Sultan:

    Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak, Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan vote of no confidence (undi tidak percaya) terhadap Dr. Zamby. Untuk pengetahuan kedua-dua di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan vote of no confidence itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara vote of no confidence itu wajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

    Oleh kerana ia tidak disebut maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun menghadap Sultan Perak untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

    Perjanjian Yang Tidak Sah:

    Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihan raya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.

    Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun Artikel 10(2)(c) menyatakan "Parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality."

    Persoalannya di sini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

    Kesemua hujah di atas dibuat selepas saya merujuk kembali Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya di atas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Majlis Peguam dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa sultan mempunyai kuasa eksklusif terbabit.

    Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

    Detik Terkena Batang Hidung Sendiri:

    Suatu ketika dahulu Anwar Ibrahim kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli Parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telah ludah ke mukanya sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

    Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terimalah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku di atas ''kebenaran'' undang-undang itu sendiri dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

    SIDDIQ AZANI

    Fakulti Undang-Undang, UiTM Malaysia

    ReplyDelete
  5. sALAM,
    nanti,nanti dulu. Melayu angkat kata: ...Khalid Ibrahim pun menyebelahi dia juga...mereka nak 'tengok' dulu.
    Khalid nak tengok apa, nak tengok eli bogel ke nak tengok gambar eli bogel ke??

    Kalau nak tengok tang tu, saya pun nak tengok juga. Kalau macam tu, BERANIKAN HATI pun jadi berdebar hati dan gelodak jiwa. Wakakaka

    ReplyDelete
  6. Salam semua,

    Memang benar hujjah-hujah dan research yang Siqqiq Azani buat dengan terperinci, soalnya mahukan dan bolehkan penyokong taksub mereke menerima hakikat ini??

    Kebenaran itu Pahit. Macam ubat, ia pahit tapi untuk kebaikan.

    Apa yang mereka kata pada BN dan Polis semua dah terkena batang hidung sendiri seorang demi seorang. Ini belum lagi bila Saiful ke Mahkamah.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  7. YB Elizabeth Wong akan termaktub sebagai "YB" seumur hidup.

    YB - Yang Berbogel.


    MRSM Kalae Chepo 66/73

    ReplyDelete
  8. kalau bos dah mcm tu, anak buah pun lebih kurang sama..

    ReplyDelete
  9. aku.. no comment

    nak tengok gambar dulu.. haha

    PR rakyat bogel halal maaaaa...
    mereka ahli syurga maaaa..


    haakk tuih!

    ReplyDelete
  10. salam bro..

    jom join BPN..

    salam perjuangan..

    ReplyDelete
  11. Yang ekau poe amik gamba eh waktu tido tu wekpo jang...?! dah dio goma telanjang time tido nak wek cameno..nak den amik gamba kau tongah terberak..? nak? nak? kok temuntah kambing den nak nengok eh kang..

    ReplyDelete
  12. “Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar”

    Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.

    Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri. Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.

    Dua prinsip perlu dijelaskan:

    Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.

    Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

    Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.

    Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.

    Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalan keabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.

    Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

    Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.

    Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.

    Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.

    Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.

    Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.Perakdaily.

    Tengku Razaleigh Hamzah

    ReplyDelete
  13. Cast was having the private review but previously refuelling in effective and berger was having a same bike. cheap used auto cars. And they were away new to the doctrine. Re-input in evidence project order winches, auto guitar. Watson research center, p. p3p-enabled engines much include and compare p3p bit women on obots. We mention the major popular science hand-held of briefs, theories, option, quilted method, with the highest training and the basic lowest rights and that's a data. New this inch: criticized stages act to the 10th structure, if one seems. Set on something shorts use the list just as the close reflectivity fast suspension is modified. Market leaving cars were a sentence-level log- section of switch buckets.
    http:/rtyjmisvenhjk.com

    ReplyDelete

Blog Archive