Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, February 28, 2009

PPSMI: KISAH UNTUK KITO PIKIR

Montori PPSMI kato tak payah nak polemik isu PPSMI yang maso kini dah masuk era asimilasi proses. Dulu maso dasar sibuk dibontang dan dibahas tak sibuk nak protes ko? Nak bincang macam mano nak gubal ko? Nak tolak ko?

Dah makan 6 tahun, baru ramai bising. Kosan daripada keputusan UPSR? PMR? SPM? Yang mano satu poporiksaan awam yang dirujuk? Apo orang jembel dan marhaen tahu ko, yang mano satu di sembang satu Malaysia?

Yang sibuk mengetok tin dan tong ni, di kalangan yang punya pangkat dan golar? Yang tak do apo-apo, duit jauh sekali, pangkat tak terpanjat, golar jauh panggang dari api. Apo yang nak dibisingkan? Ngikut yo lah….

Pak Sedaro nak sambut tulisan Ahmad Albab. Ado 4 kaedah kito baco drama PPSMI ini.

Daripada aspek komersilnya PPSMI yang mengurus projeknya ialah Time. Selamo ia dilaksanokan. Tak tau la berapo banyak RM masuk? Tapi baguish le, ramai anak Melayu boleh kojo dengan GLC…

Daripada aspek membudaya BAHASA, ini yang dimainkan oleh PEJUANG bahasa. Apo masalah Inggeris dan Melayu. Kalu dah tahu akan timbul konflik, kenapo tak dibelek dengan mendalam yang mano boleh, tahap mano boleh, apo benchmark atau titik kecapaian ukuran, apo panduan asas membolehkan? Bahaso Inggeris dalam jadual masa harian semaso, kenapo banyak yang Tuang? Cikgu maso “English Day tak nak cakap Bahasa Penjajah pun”? Cikgu mengajar PPSMI apo tahap penguasaan Bahasa Melayu dan Inggeris nya?

Daripada aspek KEILMUAN matematik dan sains…sesungguhnya, bangsa TERMAJU dunia masih agung dengan bahasanya. Masalah kito di Malaysia ialah industri penterjemahan tertinggal 15 tahun ke belakang. Sobab itu mudah kononnya PPSMI. Tapi sampai sudah sektor penterjemahan akan terus tertinggal. Rujuk negara Bangsa dunia Maju...industri terjemahan amat terkehadapan. Nak mudahkan, dah ado orang Malaysia naik ko angkaso, jojak di ISS…mano karya ilmiah Bahasa Melayu pasai misi ini, baik daripada mulonya hingga sekarang. Orang Jepun, Iran, Russia dan China dah siapkan dokumentasi dalam 2 bahasa. Satu bahasa lidah bangsanya, satu bahasa antarabangsa Inggeris.

Daripada aspek PATRIOTISME, NASIONALISME, JATIDIRI…Tak hilang Melayunya jika bercakap Inggeris, Tak luput Islamnya jika bertutur bahasa Nasrani ini. Dengan syarat elok dan molek Melayunya, sopan santunnya, adabnya, amalan budayanya, survivalnya, cintaNya kepada Tanahairnya. Sobonarnya kita KURANG kepakaran, lebih ramai pakar MESTI diBINA dan diCETAK. Pakar Bahasa dalam pelbagai bahasa. Pakar Ilmu dalam pelbagai ILMU. Pakar Berfikir dalam pelbagai FIQH. Bukan tak ramai yang keluar Universiti, tapi yang dikesalkan ialah ramai yang keluar daripada KILANG IJAZAH, bukan GEDUNG ILMUAN. Setiap tahun 35,000 orang dari dalam dan luar negeri. Apo kurangnya? Tapi sobab, yang punya KUASA dan DUDUK di kerusi empuk melihat 35,000 sebagai ROBOT, kesannya macam kisah PPSMI la. 5 tahun laie, kito akan nengok LIMPAHAN ROBOT cetakan KITO sendiri.

Pak Sedaro tongah "estimate" tidak kurang 150 ribu orang graduan keluar Universiti. Tapi hanyo 15 ribu ajo yang bonar-bonar borani nak JADI Pejuang…Nang lain, kaki TUANG.

Rakyat Malaysia, Pak Sedaro jangko akan ada sekitar 28 juta manusio. Tapi yang cordik hasil keluar Universiti sekitar 1.5 juta [jumlah terkumpul sojak sebelum Merdeka hingga tahun tu, jiko masih bernafas]. Cubo fikir, berapo ramai yang kona Melayu? Berapo ramai yang tahu PPSMI? Berapo ramai yang tahu Class Senior Cambridge?

Pak Sedaro fikir…Ado baiknya, Kita dalami PPSMI ini dari sudut bagaimana? Tahap mano? Nak jadi macam mano? Cakap Melayu ko Cakap Omputih? Nak cabar Dasar atau Nak Usul Proses Tambah Baik? Nak rugi RM 2 billion atau Nak Rugi RM 6 billion + Negara Bangsa + Nilai Perjuangan + Industri Terkesan?

Cabut Keris Minta Maaf kepada Rakyat Malaysia? Cabut Bahasa Jiwa Bangsa Tak Minta Maaf? Cabut Cogan Alam & Cogan Mahkota Tak Minta Maaf?

7 comments:

  1. salam,

    se paham artikel pak sedaro tampi se sbona eh memang sokong amek2 PPSMI ni kan bukan sobab buto tuli tampi pado pendapat sayo la kan memang PPSMI ni bwk lg byk kebaikan dr keburukan..

    ReplyDelete
  2. aku tok pehe la bahaso demo nih...pekat gilo masok lemok hok demo nih make...jaadi aku tok reti nok komen sebab letih nok keno baco 3-4 kali baru nok pehe...tok leh ko guno bahaso melayu standard?


    -oghe klate-

    ReplyDelete
  3. Bahasa Inggeris memang penting. Namun persoalannya:
    1) Perlukah semua rakyat mahir bahasa Inggeris?
    2) Berapa ramai yang ternanti-nanti buku terjemahan? Ahli akademik, profesional dll tak perlukan terjemahan sebab mereka memahami bahasa Inggeris.
    3) Saya berpendapat, ajarkan BI hanya kepada yang memerlukan.

    Kita boleh membina impian namun perlu lihat pada kenyataan.

    ReplyDelete
  4. Cikguman,

    1. Rugikah jika ramai rakyat mahir bahasa Inggeris dan pada masa yang sama lebih berkemahiran menggunakan Bahasa Melayu?

    2. Rugukah jika kita ada ramai rakyat yang menjadi ahli akademik, professional dan lain-lain yang kemudiannya bersama-sama berusaha untuk melakukan penterjemahan ilmu-ilmu teknikal seperti kejuruteraan mekanikal, elektrikal, komputer dan sebagainyha lagi? Tanyalah mereka yang menjadi Ulama' Bahasa Melayu sepeti Samad Said, berapa banyak buku ilmiah dari skop teknikal yang beliau berjaya terjemahkan? kalau setakat menceduk perkatan Inggeris lalu dicelupkan perasa Bahasa Melayu, saya rasa cikguman sendiripun berupaya, tidak perlu duduk diDBP, tidak perlu makan gaji disanapun......

    3. Bagaimana mengkelasifikasikan 'kepada yang memerlukan' itu?

    Inilah yang kebanyakan penentang tidak nampak, pencipta kaedah mokhdar nampak, iaitu kelemahan bahasa Melayu kerana terlalu banyak sukukata membuatkan pencernaan pelajar terhadap metamatik dan sains menjadi lambat, manakala bajasa inggeris yang mempunyai sukukata yangringkas membolehkan pencernaan ilmu matematik dan sains menjadi lebih cepat, dan saudara makhtar @mokhtar membuktikannya dengan mencipta keadh mokhdar, iaitu meringkaskan sebutan terhadap sesuatu istilah termasuklah nombor-nombor dalam matematik dan sains sehinggakan anak-anak biasa menajdi luarbiasa kebolehan mereka!!! Dan melihat situasi inilah maka dia menghantar lebih dari 200 pucuk surat mendesak PerdanaMenteri waktu itu, iaitu Tun Dr Mahathir agar merevolusi keadah pengajaran bagi matematik dan sains dengan menganjurkan TDM supaya menggunakan bahasa Ingeris. Maka jika melihat perjalanan cerita itu, dakwaan bahawa PPSMI dibuat denga ntergesa-gesa adalah mencurigakan.

    Sila google berkaitan kaedah mokhdar.

    ReplyDelete
  5. wa punya kawan punya bapak sidala dulu punya jam belaja dekat itu batu pahat sekolah atap. Hali2 cakap melayu..masuk u balu butut2 belaja omputih.pigi oversea jugak..ini hali jadi olang jugak. pigi masjid jugak..anak2 bagut ingat Tuhan jugak..lu bilaja math dan sain dalam b.m pun selalu telaba2..ini mau bilaja lain bahasa ka..? lu bolehlah paneh..umno support lu sampai dapat degree dalam btn...

    wee meng tat
    gedohom

    ReplyDelete
  6. Bapak sidala lu masuk Islam ka? Lu bila lagi meng tat? Tala mau insaf ka? Cakap melayu pun talak betui. Oh lupa..cina. Patut la dengki mau tgk anak Melayu kampung handal cakap english. Biasalah manusia cina ini macam. Talak suka tgk olang Melayu maju punya. Tapi wa manyak selonot ini jam. Umpan wa sulah kina punya. Wa punya 'bahan' gilak ketawa sama kwn2 sulah mai. Heheheh...

    ReplyDelete
  7. Genial brief and this post helped me alot in my college assignement. Say thank you you seeking your information.

    ReplyDelete

Blog Archive