Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, September 4, 2011

Apa beza Mat Sabu dan Mat Indera?

Raya baru-baru ni pelbagai topik menarik menjadi perbincangan saudara mara dan sahabat handai. Rasanya topik paling hangat agaknya sama dengan orang lain iaitu kes Mat Sabu dan Mat Indera.

Den rasa Mat Sabu dan Mat Indera ni lebih kurang sama saja spesisnya. Konon dilabel sebagai orang yang kuat agama, tapi akhirnya join kumpulan yang salah. Mat Indera dikhabarkan kebal dan bertangkal keliling badan. Bergantung pada tangkal tu, bukan ke syirik? Tak kisahlah dia dikatakan keturunan panglima itulah, ulama' inilah; persoalan den, jika dia anak, cucu atau cicit ulama' sekalipun, adakah keturunan itu menjamin yang dia akan jadi lebih baik? Paklah pun anak dan cucu ulama' jugak, tapi tetap jugak hampeh.

Misalnya anak korang selalu dok melepak bersidai di kelab gay, biar pun anak korang dikatakan baik, alim, rajin pergi surau bla...bla...bla, so siapa yang tau niat sebenar dia yang suka lepak kelab gay. Adakah dia nak tarbiah gay tu semua, atau dia pun gay? Siapa tahu? Begitu juga dalam kes Mat Indera, siapa tahu niat sebenar dia masa tu? Dah dia join komunis, mesti orang cop yang dia pun komunis. Tak kisahlah sama ada dia pernah tolong polis Bukit Kepong ka, atau dia tak pernah bunuh Melayu ka, tapi yang dia pergi berkawan dengan kumpulan pengganas tu kenapa? You are who your friends are. If you're around people who act like terrorist, to much complain, spread negative gossip, blame others, and play victim roles etc. chances are you do, too.

Cuma bezanya berbanding Mat Sabu, Mat Indera tak pernah kena tangkap khalwat di bilik 121. Hehehe...

So tak payah la orang Pas nak tegakkan benang basah. Kalau ada bukti baru sila kemukakan kepada pakar sejarah. Buat kajian ke, tesis ke berkaitan sejarah Bukit Kepong yang baru, dan seterusnya buka kepada sesiapa untuk mencabar teori atau bukti baru yang Pas dah jumpa. Mudahkan? Jadikannya perbincangan akademik, dan bukannya mainan politik. Buat sementara ni kalau tak tau lebih baik orang Pas ni semua diam. Ni tak, bercakap mengalahkan pakar, padahal sejarah pun ramai yang kantoi.

Den cabar sesiapa ahlul Pas yang konon berani, pergi jumpa waris Bukit Kepong yang mati dibunuh komunis tu dan cakap, "Maaf, saudara mara anda yang kena bunuh dengan komunis dulu tu adalah talibarut British. Mereka bukan pejuang tanahair." Kalau berani pergi la cakap. Kalau tak kena pelangkung...buatlah!

Ahlul Pas berhujah konon yang makan gaji dengan British sebelum merdeka tu patut ditentang kerana bekerja dengan penjajah. Habih tu pencacai Pas yang benci BN tapi masih ramai yang makan gaji dengan kerajaan BN sekarang ni pun patut ditentang jugak ke? Yang ramai expatriate Melayu makan gaji di UK sekarang ni pun patut ditentang jugak ke? Itulah kalau spesis yang bercakap pakai lutut Mat Sabu.


Bila berbicara dengan ahlul Pas, topik lain takde, balik-balik UMNO...UMNO...UMNO. Mat Sabu yang sokong komunis pun masih nak salahkan UMNO. Dunia Islam bagi Pas hanyalah UMNO semata-mata. Fokus ahlul Pas hanyalah kepada masalah UMNO dan kerajaan. Gambaran mereka seolah-olah UMNO itu adalah masalah dunia Islam, dan masalah yang melanda umat Islam di dunia ni pun kononnya disebabkan UMNO.

Jarang den dengar ahlul PAS berbicara mengenai masalah dunia Islam sejagat. Mereka hanya mempertikaikan keputusan serta dasar yang diperkenalkan oleh UMNO. Sedangkan tiada satu pun cadangan daripada ahlul Pas selama ni yang boleh memurnikan atau menambahbaikan terhadap segala keputusan yang telah dibuat oleh UMNO. Agenda Pas hanya mencari salah serta menghukum apa saja yang dilakukan UMNO.

Teringat semasa Che Det menjemput semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk membincangkan krisis ekonomi 1997/98 yang melanda negara. Apabila diminta untuk memberikan cadangan, dua orang Menteri Besar daripada Pas (Presiden sekarang dan MurshitAmpas sekarang) mencadangkan supaya kerajaan harus kembali kepada Islam untuk menyelesaikan krisis ekonomi.

Tapi apabila Che Det tanya apakah kaedah Islam yang boleh dicadangkan, takde pulak idea bernas daripada dua orang Menteri Besar tu. Tetiba je dua Menteri Besar Pas tu jadi bisu. Setakat cakap kita kena kembali kepada Islam, budak tadika Pasti tu pun boleh cakap poik.

Maka tidak hairanlah jika ahlul Pas hanya tahu berbicara mengenai UMNO kerana pemimpin mereka sendiri pun ramai yang bebal untuk bawak anak buah ke arah kemajuan sains, teknologi dan ekonomi dunia Islam.

Maka bersyukurlah jika ada dikalangan pemimpin Pas yang sekurang-kurangnya boleh memberikan cadangan atau merangka pelan tindakan untuk memperkasakan umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya. Kalau takdo jugak...maknanya Pas hari ini sedang mengalami krisis kepimpinan yang kronik. Nasib kau la yeh...

13 comments:

  1. Operate balik lutut Mat Sabu tu. Letak balik otak dia kat tempat asalnya. - Mok

    ReplyDelete
  2. Saya baca Mat Indera tu kebal sebab tangkal azimat satu badan walaupun dia alim tahfiz al-Quran. Masih juga bergantung pada yang khurafat, minta tolong dari jin dan Syaitan. Dia ditangkap lantas dihukum bunuh kerana terlupa pakai tangkal pada hari tu.

    Mat Sabu pun kebal. Kebal mulut dan lidah. Sebab itu siang malam maki UMNO. Tidur malam pun agaknya menginggau UMNO. Kita tunggu je nanti... Tengok tengok sok dapat menantu puteri UMNO.

    ReplyDelete
  3. kita ni banyak cakap aje..sesekakali cuba buat praktikal pulak buat macam kominis tu pulak , pasai banyak yang sokong kominis sekarang ni, KDN cuba ikut stail kominis pulak, kita tengok yang sokong kominis ni suka ke tidak , sebab depa duduk di pekan aje, kami ni duduk di gerik lagi faham tentang hukum kominis tu.

    ReplyDelete
  4. Takder orang giler lain ker yang nak dipilih untuk jadi Timbalan Presiden PAS ni..?

    Is this the next best person PAS can offer after Nik Ajis and Hj Hadi...?

    Macam ni punya buruk perangai nak dibuat pemimpin..??

    Malu kat kepala lori hantu laa....

    ReplyDelete
  5. mat sabu kan best.orang kata bilik 121 hotel perdana tempat mat sapu menyorok kepalanya.betul ka tidak. eh bukan 121 tapi 211. yang mana betul ni. buang kes saja lah. mitak ampon dengan pok nik. bolegh masuk syurga.

    ReplyDelete
  6. xkira lah sape melayu ke,cina ke..asal orang tu pakai uniform kominis, topi ada cap bintang tiga dan bawak senjata plak dalam hutan...maka memang sah lah dia nih tentera kominis...

    ReplyDelete
  7. Kalau Komunis kuasai Malaya pada masa tu agaknya tak de lah PAS...habis agaknya surau masjid kena bakar..UMNO pun tak de. Solat Puasa semua tak boleh..faham-fahamlah Komunis.

    DiImport pula berjuta komunis dari mainland China jadi penduduk tetap Malaya. Biar saingi penduduk Melayu. Mat Sabu tak de lah belajar di ITM..mungkin sekarang jadi driver Lim Kit Siang.

    ReplyDelete
  8. Aku rasa la..otak dia mesti tercucuk skru waktu buat operation kepala lutut dia baru-baru ni...kesian Mat Sabu...

    ReplyDelete
  9. perbezaan ketara Mat Sabu dan Mat Indera ialah Mat Indera tak khalwat dgn bini orang, Mat Sabu lepas tutuh bini orang buat muka sardin, Mat Indera jadi ketua kepada komunis2 Cina tapi Mat Sabu jadi balaci & pencacai komunis2 Cina. Persamaan kedua-duannya ialah sanggup berjuang hapus keturunan Melayu utk ambil hati org cina komunis.

    ReplyDelete
  10. Hidup!!! Mat Sabu,,,,
    ALFATIHAH buat Mat Indera.

    ReplyDelete
  11. Tiada beza antara keduanya, kedua2nya pejuang yg satu angkat senjata lawan penjajah secara fizikal yg satu pejuang membebaskan atak anak muda yg lahir tahun 80an dan 90an spt tomjobo, GedoyakGedembuk bebas dari dihimpit sejarah nukilan yes sir boss british.

    ReplyDelete
  12. To Anonymo
    September 4, 2011 4:07 PM
    ..yang sudah kembali tu tak usahlah diumpat fitnah..ko ni ape hal ?
    dah tinggi sgt makam diri?

    si sabu tu lantak laa ko nak wat ape pun..masih hidup lagi..boley laagi nak pi minta maaf dan berdakwah dgn dia..

    "dadi wong ojo goblok..."
    kata org jawa.

    ReplyDelete
  13. To Anonymo
    September 4, 2011 4:07 PM
    ..yang sudah kembali tu tak usahlah diumpat fitnah..ko ni ape hal ?
    dah tinggi sgt makam diri?

    si sabu tu lantak laa ko nak wat ape pun..masih hidup lagi..boley laagi nak pi minta maaf dan berdakwah dgn dia..

    "dadi wong ojo goblok..."
    kata org jawa.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive