Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, September 21, 2011

Fuziah Reaktor GILA MEROYAN...

Keldaian Daily (20/9/2011): Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi.

"Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini."

"Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan," katanya kepada Keldaian Daily, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

*********

Kasihan Fuziah Reaktor! Selepas dimalukan dengan isu kilang Nadir Bumi Lynas, Fuziah Reaktor meroyan lagi apabila memetik satu LAMAN WEB PALSU yang mendesak diadakan siasatan diraja dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, kononnya mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi asalkan mengundi Parti Pemerintah.

Tetapi hakikatnya, menurut Ketua Pendaftaran Negara, hanya 37 orang warga Bangladesh mendapat taraf kerakyatan Malaysia sejak 13 tahun yg lalu, daripada jumlah itu hanya 14 orang sahaja yang layak mengundi, itu pun jika mereka mendaftar sebagai pemilih.

Pemberian taraf kerakyatan yang ada adalah tertakluk kepada kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 15 (1), 15 (2) 15A, Perkara 16 dan Perkara 19. Majoriti kerakyatan Bangladesh di beri di negara ini tertakluk di bawah Perkara 15 A iaitu permohonan kewarganegaraan dalam keadaan khas bagi kanak-kanak bawah 21 tahun.

Sementara itu Suruhanjaya Tinggi Bangladesh dalam satu kenyataan menafikan laporan laman web tersebut dengan menyifatkannya sebagai tidak berasas dan direka.

Jelaslah Fuziah Reaktor sebenarnya berniat jahat dalam cubaan untuk mengeruhkan hubungan Malaysia-Bangladesh. Dulu buat isu kerajaan membiarkan pendatang tanpa izin dari Bangladesh tanpa kawalan. Tetapi bila kerajaan laksanakan pendaftaran PATI melalui program 6P, dituduh pula kerajaan nak beri taraf kerakyatan kepada warga Bangladesh untuk jadi pengundi hantu semasa PRU ke-13.

Persoalannya sekarang, siapa yang sebenar-benarnya HANTU dalam isu ni?

9 comments:

  1. minah niihh datang dr keluarga yg huru-hara @ mudah percaya pd kabar angin kot...aku rasa skim cepat kaya pun...minah ni jd ahli

    ReplyDelete
  2. Ko Anon 11.13pm, minah nie tgh berjuwang nak bantu Bro ABI alihkan perhatian rakyat drp isu Boss dia dikunyitkan si saiful. Paling2 tidak pun dpt dipilih lagi dlm PRU ke-13 nanti....

    ReplyDelete
  3. Kurang2 dia buat kerja untuk pengundi die, tak macam adun atau mp bn, yang dok makan je, lepas tu angguk angguk angguk angguk, mulut ternganga, perut kenyang, lepas tu tidur, mulut masih ternganga, dan kepalaaaa masiiih angguk

    ReplyDelete
  4. Anon 9.47 (22/9/11),

    Pembetulan Bro, bukan Boss dia dikunyitkan si saiful, TAPI Saiful dikunyitkan oleh Boss Fuziah Reaktor nie...Punya lah takut Boss Fuziah tu, abis kononnya segala pakar mat salleh satu dunia dipanggil bantu dia lepaskan diri ....

    ReplyDelete
  5. Kata pepatah, Berani Kerana Benar,takut kerana salah...... Telur lelaki Y dah kecut la....

    ReplyDelete
  6. bukti website NGO Bangladesh ni mudah di hacked :

    http://www.news-h.com/2011/09/bangladesh-prime-minister-office-ngo.html

    http://www.youtube.com/watch?v=X1uCDrhFABE

    Artikel asal yang diubahsuai :

    http://www.weeklyblitz.net/744/outcome-of-bangladeshi-pms-trip

    ReplyDelete
  7. Semacam ada satu arahan rasmi kepada semua pejuWANG Anwar & pakatan pembangkang supaya memainkan isu kerakyatan drp Bangladesh ini. Setelah gagal menyerang PDRM, SPR, ATM & SPRM. kini giliran Jabatan Pendaftaran Negara menjadi mangsa. Apa agenda pakatan haram ini sebenarnya?

    ReplyDelete
  8. Agenda pakatan riot ni kalau dilihat dari bershit, sokongan pada komunisme, pemberian lampu hijau pada mubaligh seperti dumc, menyerang kredibiliti PDRM dsb ni lebih menjurus pada fasa untuk mengikut rentak Syria, Libya dsb.

    Mereka akan memburukkan Malaysia selagi boleh, dan tak mustahil akan memomokkan pada dunia luar bahawa mereka menentang "rejim" di Malaysia (zaman Tun M diorang dah cuba, tapi tak berjaya).

    Mereka akan memprovokasi setiap golongan orang dari bermacam segi (agama, negeri, kasta, bangsa dsb) hinggalah Malaysia huru hara.

    Moga Allah pelihara negara ni dari golongan2 perosak macam pakatan riot.

    ReplyDelete
  9. Misi pembangkang kan ke Putrajaya 'with any cost', Matlamat menghalalkan cara dan tajdid siyasi ala yahudi.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive