Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, September 13, 2011

Daripada membazir ke PERMATA, lebih baik melabur pada IKSEP

Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme yang wujud di Melaka pada 1996, nampaknya GAGAL selesaikan isu-isu SEJARAH Bangsa Melayu, Tamadun Bangsa dan Ketuanan Islam di Bumi Melayu.

Apakah IKSEP bekerja atas maksud politik atau wujud untuk beri kerja kepada orang yang dah pencen, tak produktif serta tak cukup peluang kerjaya di Melaka? Jika masih wujud IKSEP, Pengerusinya ialah Jamil Mukmin yang dulunya Setiausaha Agung MBM dan orang kuat Gerakan Belia 4B Malaysia. Mula bertapak di Negeri Sembilan, dan pulang ke Melaka akhirnya.

Isu-isu komunis Melayu, IKSEP wajib jawab! Isu-isu Kesultanan Melayu dan salasilah keagungan empayar serta Kerajaan Melayu, IKSEP wajib jawab!

Andai tidak cukup bajet, minta peruntukan Persekutuan sebanyak RM1 billion untuk buat kerja-kerja KAJIAN Sejarah dan Patriotisme yang tulen. Takdelah duit kerajaan tu membazir ke Rosmah Permata. IKSEP tak boleh menyepi dan duduk di gigi kali. Pepatah Melayu pesan "Melukut di Tepi Gantang".

Adakah Ali Rustam yang tidak dibenarkan bertanding Timbalan Presiden UMNO "tidak ambil pusing" soal IKSEP? Jika kabinet kerja IKSEP tidak reaktif, produktif, partisipatif, agresif, dan segala mak-nenek sif, WUJUDKAN harakah dan halaqah IKSEP yang baru, muda, berwawasan dan tangkas.

Jangan heboh nak tambak laut sepanjang Pantai Puteri, Pantai Klebang hingga Pantai di Bandar Hilir sahaja. Jangan heboh nak indahkan Sungai Melaka dan lupa aliran asal Sungai Melaka ini. Buat Eskavasi Teroka A'Famosa semula dalam Bandar Melaka itu. Penjelajahan lautan Selat Melaka di mana di kenalpasti Pelabuhan asal atau tapak-tapak asal sumber kekayaan Melaka. Inilah tujuannya Peruntukan Negara sebanyak RM1 billion. Barulah namanya, Bandaraya Bersejarah Melaka dan Bandaraya Warisan Dunia, atau Warisan Penjajahan Portugis, Belanda, atau pembuktian kuasa-kuasa Kerajaan Melayu Melaka.

Den tahu bonar pasal IKSEP sobab pado Mac 1997, den dipanggil temuduga untuk jawatan Pengurus Projek. Banyak dicadangkan maso temuduga tu, tapi haram satu pun tak di apik. Hari ini, PADAN MUKO KAU. Maso tu den posan "Kocik jangan di sangka anak, godang jangan di sangko bapak".

Ketua Menteri Melaka, Kembalikanlah 'Kuasa' Taming Sari.

3 comments:

  1. KSN DEN DAH KOBA AN PANEH...MUDAH YO!

    NAJIB BONEKA ROSMAH...PM SEBONAR ADALAH ROSMAH..

    KO JGN TERPERANJAT LAH PANEH, BAJET 2012 TAK LAMO LAIE PASTI ADO BAJET TAMBAHAN UTK KELAS PERMATA, SYARIKAT SDN BHD ROSMAH...

    YO LAH NAK BAYAR GAJI CIKGU PERMATA, KOS, DAN KEMUDAHAN PERMATA....

    ALANGKAH BAIKNYA DUIT TU GUNA UTK KESEJAHTERAAN KITO SUMO!!!

    JD MANO NAJIB NAK KOREK DUIT? TU YG CUKAI TU NAIK, CUKAI NI NAIK, KOS ITU NAIK, KOS INI NAIK, ..MASO MAKIN SUNTUK NAK BAJET, DUIT HABUK SEPOSEN PUN TAK DO!!!

    ReplyDelete
  2. Apolak 1 billion, mintak lah berpuluh2 billion, kat duit gomen tu duit UMNO (fatwa sohih UMNO), gunolah sebanyak banyak yg mungkin. Oii Melako tu negeri maju, ko pi tengok, jalan dio semuo cantek, mano ado lubang, ada mono rail, dah operasi dah, tambak pantai pun yg kono ramai orang melayu, apa ada hal, UMNO kan pejuang Melayu

    ReplyDelete
  3. Sudahkah kamu berbincang dengan IKSEP mengenai fungsi, aktiviti dan perkembangan IKSEP sebelum menulis artikel ini?

    ReplyDelete

Blog Archive