Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, September 3, 2011

PAS Ahli Syurga

Tahniah kerana Syurga yang dibina oleh PAS menjadi asas perjuangan baru Abdul Hadi Awang. PAS bukan sahaja bekerja untuk memesongkan pandangan dan perjalanan hidup umat Melayu Islam, malah, sedang bekerja kuat untuk memesongkan ilmu sejarah manusia Tanah Melayu bermula tahun 1919 hingga 1957.

PAS sedang bekerja mengadakan buku-buku sejarah baru:

1. Menyama letak dan memberi pandangan sama taraf bahawa peristiwa Bukit Kepong 1950 sama keadaannya seperti Perjuangan Muhammad bin Abdullah, Rasulullah di Mekah. Gambaran ini menunjukkan bahawa PAS cuba menyesatkan umat Islam, hari ini. Kedudukan perjuangan Rasulullah tidak boleh disama erti dengan mana-mana peristiwa pertempuran-peperangan sama ada perang saudara atau perang yang berlaku semasa zaman Tok Janggut, atau Mat Salleh Pahlawan Sabah. PAS menyatakan Mat Indera ialah ikon Pejuang Melayu. "HARAMJADAH punya PAS".

2. Ingin membuktikan bahawa Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman bukan Bapa Pengasas Kemerdekaan.

3. PAS ingin membubarkan Muzium Sejarah di Bukit Tunku, Muzium PDRM dan Muzium ATM di Sunggala, Port Dickson.

4. PAS juga berhasrat untuk menulis semula kisah-kisah perjuangan Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbung, Raja Melewar, Tok Kenali, Tok Gajah, Dol Said Datok Naning, Samsiah Fakeh, Abdullah CD, Rashid Maidin dan sebagainya.

5. PAS telah mengadakan Think-Tank Gila Babi PAS di setiap Negeri, yang dipimpin oleh Mubaligh Syiah yang dikader dari India dan Rusila.

6. PAS juga telah membina pasukan BERANI MATI atau SYAHID, untuk menjadi benteng manusia andai wujud sebarang tindakan undang-undang ke atas PAS. Maka, mereka melatih kumpulan ini untuk menikmati Syurga seperti MEMALI. Inilah nilai syurga PAS iaitu untuk Dunia Wal Dunia.

7. PAS telah meletak calon PRU-13 dengan tambahan 30 lagi muka-muka baru di kawasan kritikal, untuk menang dalam pilihanraya manusia. PAS juga telah terbit manifesto propaganda iaitu Komunis ialah Pejuang Suci. Komunis Melayu ialah Ikon Pejuang Bangsa. PAS sudah lama menentang Inggeris sejak 1943 lagi. "KEPALA OTAK BERJAMBUL KO, sedang PAS hanya tertubuh pada 1951".

8. PAS ingin menulis sejarah baru, bahawa Almarhum Tan Sri Ahmad Ibrahim juga penyokong kuat PAS. Inilah pendekatan erdogan yang ditaja oleh CIA melalui Abdul Hadi Awang & Mohamad Sabu.

PAS mengesahkan kedudukannya sebagai Ahli Syurga untuk Komunis, Syiah, Freemasonary. Syabas Parti Ajaran Sesat.

6 comments:

  1. matlamat kita hidup memang nak kesyurga..kecuali puak2 spt paneh biang ni mungkin telah sesat atau tidak pernah belajar agama islam jadi tak kenal perjuangan umat islam kot..bertaubat le kalau kamu tu islam kalau tidak tak kisah

    ReplyDelete
  2. wahai anonymous 9:34pm..apa awak lalut ni..otak awak tu dah dibekukan oleh pemimpin2 awak..tak tau nak terima kenyataan..awak patut bertaubat..

    ReplyDelete
  3. Memang pun Paneh miang ni merapu tahap gaban. Satu apapun tiada fakta di dalamnya. PAS tidak perna mengatakan ahli-ahlinya garenti masuk syurga, tak pernba kedengaran di lubang telinga hamba yg kerap mendengar ceramah TGNA dan TGHH. Apa yg mereka ugkapkan ialah kebobrokan pimpinan sekular. Menolak hukum Allah, memakai hukum Lord Reid, itulah yg sesatnya malah syirik! Pimpinan PAS hany menyeru dikembalikan hak Allah, hdududullah, batas dan sempadan kepunyaaan Allah sebagai Rabuljalil.

    Walaupun aku sudah tidak percaya kepada perjuangan politik sekular, aku menghormati dasar PAS ini.

    Dan apa yang nak dibanggakan dengan UMNO? hanyalah sebuah tong taik yg penuh dengan geleme-geleme najis; memetik kata Prof Shahnon Ahmad dalam novel "shit"nya.

    ReplyDelete
  4. Pas dah buang islam dari parti, sekarang nak jadi negara kebanjingan,supaya dapat bersama kekasih haram nya Dapig.Kalu Pas dominant dalam fauckatan saya setujulah sokong pas tapi pas hanya watak pembantu sahaja.Hj hadi tak ada aura untuk jadi pm ,memang tak layak pun ,jadi guru sekolah pondok memang layak benonar loboi janggoet hoi!

    ReplyDelete
  5. 1. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

    2. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

    "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, 24 Januari 1999.

    Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik … siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik". (Disambut beramai-ramai "UMNO")…Ha…UMNO… Apa hukum orang ni?…..(Pendengar jawab "Munafiq") dan disambung dengan "Munafiq... - sekarang Pas bekerjasama dengan DAP.

    3. PAS telah mempersendakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata "Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang". Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

    Haji Hadi juga berkata :" Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000).

    4. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

    "Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah." (QS. AN NISAA':138-139).

    ReplyDelete
  6. Sokong PAS mungkin tak masuk syurga kalau tak cukup syaratnya. Sokong saja tapi tak percaya ngan hukum tuhan, bolehkah masuk syurga? bapak sedara nabi SAW pun percayakan kenabian Nabi kita tetapi tak ikut, masuk nerakalah juga dia..

    Tapi kalau masuk UMNO, sah-sah tolak hukum tuhan, sah-sah munafiq, sah-sah masuk neraka!

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive