Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, September 11, 2011

Belalai Mat Syabu

Mat Syabu yang berbadan gendut sedang dalam perjalanan menaiki keretapi. Keretapi pula pada malam itu sarat dengan penumpang, maka si gendut Mat Syabu terpaksa berdiri di sepanjang perjalanan. Namun tiba-tiba Mat Syabu berasa seperti ada sesuatu yang menyondol belakangnya, lalu dia berpaling. Kelihatan seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihatkannya, Mat Syabu pun bertanya…

Mat Syabu: Akak ni bunting ya?

Ibu Hamil: Takdelah! (*Dalam hati..."Sudah tahu bertanya pula...")

Mat Syabu: Isi dalam perut tu orang ya kak?

Ibu Hamil: Iyolah...! (*Mula rasa jengkel dan membalas) Kenapa? Encik pun bunting juga ke? Dah berapa tahun bunting?

Mat Syabu: Hahaha!!! (Gelak paksa).

Ibu Bunting: Isinya anak gajah ke? Hehehe!!!

Mat Syabu: (Mula hangat hati) Habis tu, kalau anak gajah sekalipun, apahal plak akak nak gelak?

Ibu Bunting: Oh...betullah anak gajah! Patutlah belalainya terkeluar (sambil menunjuk seluar Mat Syabu yang lupa dikancing).

Serentak semua penumpang dalam gerabak keretapi ketawakan Mat Syabu.

Mat Syabu: Errr...Errr...Saya cakap apa tadi? Saya lupalah. Bilik 121 atau 211? Lepas kena langgar pajero hari tu, ingatan saya kejap ada, kejap tak ada la kak. Lutut saya lupa nak repair untuk letak otak saya semula. Akak cakap ni ada bukti ke? Tunjukkan bukti...(sambil perlahan naikkan zip seluar).

Ibu bunting: Padan muka kau. Asyik nak aibkan maruah orang je tau. Maruah sendiri tak reti nak jaga!

*********

Selepas perhimpunan haram BERSIH 2.0, peringkat awal Mat Sabu mendakwa Pajero Polis yang melanggarnya. Apabila Polis menunjukkan bukti kukuh, terus 'Pajero Mat Sabu' bertukar jadi kereta Wira.

Dalam Sinar Harian bertarikh 28 Ogos 2011, Mat Sabu dilaporkan berkata, tidak mengingati isi ceramah beliau yang mengatakan Kompeni ke-4 Komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai pejuang kemerdekaan. Malah Mat Sabu menegaskan pada wartawan bahawa beliau tidak ingat isi butir bicaranya sendiri kerana kononnya ceramah itu sudah lama berlalu (21 Ogos 2011).

Namun, apabila ditunjukkan bukti video ceramah beliau di Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011 sepertimana yang diterbitkan dalam Sinar Harian 29 Ogos 2011, Mat Sabu terus pusing cakap beberapa hari lalu dengan mendakwa kononnya Mat Indera dan komunis adalah hero sebenar Bukit Kepong kerana memperjuangkan kemerdekaan berdasarkan buku terbitan Yayasan Warisan Johor.

Kemudiannya, apabila beliau ditempelak Prof Datuk Abu Bakar Abdul Hamid, penyunting buku Pengukir Nama Johor (2004) yang mengatakan Mat Sabu bukanlah orang yang layak untuk menentukan kedudukan Mat Indera, maka PAS Pusat Melalui Setiausaha Agongnya Mustafa Ali pula terus membuat sidang media untuk mengakui bahawa UMNO adalah parti yang memperjuangkan kemerdekaan negara ini dan bukannya komunis. Apa lagi, teruslah Mat Sabu meraban sehingga kini macam orang hilang akal berikutan tindakan partinya sendiri.

Dulu Mat Sabu selalu laungkan, "Membangun Bersama Islam", tapi sekarang Mat Sabu melaungkan pula slogan "Membangun Bersama DAP dan Komunis"!

Pada 8/9/2011 di dewan Perhimpunan Cina Selangor, Mat Sabu sekali lagi mengesahkan bahawa beliau sememangnya 'babi tunggangan DAP' apabila membuat kenyataan bahawa Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan!? Jelaslah melalui kenyataan tersebut, kita sudah tahu siapakah idola sebenar Mat Sabu selama ini ATAU kenyataan-kenyataan Mat Sabu mutakhir ini adalah sebagai kaedah bela diri pakatan pembangkang untuk mengalihkan tumpuan rakyat pada isu memurtadkan orang Melayu oleh gereja, kes liwat Bapak Anwar Bin Ibrahim, pembohongan perhimpunan haram Bersih; ATAUPUN Mat Sabu ni sememangnya sakit mental.

Tak tahulah apa lagi lawak jahanam yang bakal Mat Sabu tonjolkan pada rakyat Malaysia di masa akan datang...

7 comments:

  1. Spin la cerito jgn tk spin,,asal kau puas hati syok sendiri,,,

    ReplyDelete
  2. BRO,

    HE!HE!HE! MAT SABU BUKAN 'LUPA' ZIP SELUAR DIA. DIA MEMANG NAK TUNJUK. MAKLUMLAH ORANG RAMAI...

    INGAT HAJI RAZAK ' SELAK KAIN '?

    ReplyDelete
  3. bro bila nak tukar laughter is the best medicine. tak best la takde bahan nak gelak.

    ReplyDelete
  4. Kenyataan Mat Sabu di Haramkah lebih berbelit-belit, itu pun org PASkomunis boleh percaya.

    ReplyDelete
  5. aaiiittt!!!

    kenapa anon 3:14 n anon 3:34 naik angin ??

    nak berlawak pun tak leh ke???

    habis tu nak suruh memfitnah dan mencarut terus ??????

    Bro

    belali dia pendek sejemput boleh terjojol ke?

    ReplyDelete
  6. itu belum zip seluar nuar terbuka bro !!!!

    ReplyDelete

Blog Archive