Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, September 6, 2011

Daripada 10 yang Pas cakap, 13 tak boleh percaya!

A picture says it all (klik gambar untuk besarkan)

8 comments:

  1. PAS dah sesat dan mengajak ke kemungkaran. Enough is enough. Kita dah tak tahan lagi dengan politik bodoh sombong yang membelakangkan dan merugikan islam
    ini.

    ReplyDelete
  2. Apa yg sesatnya ngan slogan di atas wahai Anon C? Aku pun kepingin sangat nak tahu..adakah kenyataan menegakkan negara Islam sebagai wajib itu salah? Adakah Kenyataan hendak menggunakan Al Quran dan Sunnah itu juga salah? Apa dalil awak pula?

    Apakah hujah PAS hendak menegakkan hukum Allah itu tak betul? Setahu akulah, kelantan dan Terengganu pernah mendrafkan undang2 hudud utk diluluskan kuasa Pusat tetapi ditolak mentah2 oleh mahathir ketika itu. Oleh itu siapakah yang berbohong dalam isu ini?

    Alasan Mahathir ialah undang2 hudud itu bukan dari Al Quran tetapi hudud PAS. Oleh itu PAS meminta pihak UMNO menyediakan hukum hudud Allah versi mereka pula tetapi tiada apa-apa dari UMNO! UMNO hanya pandai bercakap saja, macam paneh miang inilah tapi isinya kosong! Fakta langsung tak diambil kira. Merapu tahap gaban!

    ReplyDelete
  3. anon 923am. ekau dah baco ko draf undang2 hudud kelantan tu? atau ekau dah baco draf undang2 hudud terengganu tu yg pasberg buek sumo tu? kok ekau tak baco laie jgn nak memokak nyalah an mahathir. ekau tau tak draf hudud kelantan dan tganu tu duo2 pas yg buek, tp duo2 tak samo draf hukumannyo. mcamano undang2 hudud ado duo dasar implementation yg berbezo? cubo kau jawab skit. sobab tulah ia dipanggil undang2 hudud pas dan bukan undang2 hudud islam. ekau pi la baco balik draf tu betul2. bab zina pun berbeza di dua negeri, padahal org pas jugak yg buek. kalo lum baco jgn nak memokak.

    ReplyDelete
  4. oi bongek,,mcm kau pandai bonar pulak yo?
    persoalan eh pulak mano pulak dio undang2 hudud UmPORNO????
    Habuk pun tkdo,,,,lagi tk berguno.Langsung tkdo usaho nk buek undang2 hudud tu.kau tk payah nk tunjuk pandai la Jang.

    ReplyDelete
  5. Pas dulu lain - Pas kini lainSeptember 8, 2011 at 2:25 AM

    Sebelum ini PAS membuat pelbagai tuduhan kepada pimpinan UMNO mengenai hudud. Namun kenapa kini wujudnya perubahan sikap pemimpin PAS sendiri mengenai pelaksanaan hudud apabila hendak mewajarkan kerjasama dengan DAP.

    Pada 7 Mac 200, Timbalan Presiden PAS ketika itu, Haji Hadi pernah dilaporkan berkata:

    "Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000.

    Terbaru,Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika membuat kenyataan mengenai pelaksanaan hudud pada 2 September 2010 dengan jelas menyatakan:

    “Tidak semestinya kita akan laksanakan hudud, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat. Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya”

    ReplyDelete
  6. umno pejuang islam ke?

    jawap la dulu

    ReplyDelete
  7. kalo kate nik aziz sesat. korang bawak semua bukti, bawak gi pejabat agama... jgn tuduh je..nanti tuduhan tu pergi kepada diri sendiri dengan kuasa Allah ta'ala..nik aziz takde kuasa apa2...

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive