Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, September 17, 2011

Apabila barua Pas berhujah...

Dalam sibuk ziarah raya, rupanya dialog Mat Sabu masih menjadi pilihan rakyat. Kebanyakan pendukung Pas masih bersetuju dengan hujah Mat Sabu, iaitu Mat Indera kononnya pejuang. Maka bertaburanlah ayat, "Mat Indera lawan British dan bukannya Kerajaan Melayu." "Mat Indera bukan ahli komunis, dia cuma terlibat untuk bela orang Melayu dan polis Melayu di Bukit Kepong." "Tunku Abdul Rahman bukan pejuang kemerdekaan kerana Tunku dapat kemerdekaan daripada buku dan kertas, hadiah Inggeris sahaja."

"Komunis Melayu iaitu Rejimen Ke-10 tak bunuh pun askar-askar Melayu di hutan", hujah yang dilemparkan pula oleh askar-askar RAMD yang kini menyokong membabi buta PAS.

Lantaran itu, Pak Sedaro balas hujah mereka secara terang-terang:

1. Bahawa Polis dianggap sebagai polis British, maka, Askar Melayu, guru, pemandu, penoreh getah, kerani, tukang sapu dan segala mak-nenek pekerja yang bekerja pada zaman itu juga adalah pekerja BRITISH? Tak pula barua Pas nak bangkang bab ini.

2. Kenapa Mat Indera tak tubuh gerakan lebih bijaksana, yang lebih berlandaskan Islam ketika itu? Kenapa Mat Indera pilih perang bersenjata dan menyertai kumpulan pengganas? Kenapa Rejimen Ke-10 Komunis tidak dibubar selepas 31 Ogos 1957? Mat Indera telah disahkan sebagai Panglima Memerintah Komunis Negeri Johor oleh Chin Peng, dalam seminar dan temubual eksklusif di Canberra, Australia pada 22 & 23 Februari 1999. Perkara ini dimaklumkan oleh mantan Pengarah Cawangan Khas PDRM, Datuk Zulkifli Abdul Rahman.

3. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dicop sebagai Perlembagaan Inggeris? Inilah bukti ceteknya ilmu menuras barua Pas dalam makna Perlembagaan Persekutuan. Sedarkah mereka, bahawa 2 daripada wakil penilai urusan Perlembagaan ini ialah Ahli Sunni dan Islam!? Selama ini barua Pas mudah dipesongkan kefahaman mereka disebabkan penilaian mereka yang cetek. Justeru, Barua Pas tidak mengkaji bahawa asas-asas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dipetik daripada Perjanjian Hudaibiyah dan Piagam Madinah. Blog ini telah dengan panjang lebar membahas dan menghujahkan isu ini.

Yang lain, bacalah dengan fikiran yang matang, tenang dan berilmu. Blog Paneh Miang dah banyak menulis dan beri hujahan balas kepada gelombang SONGSANG Pas selama ini.

Yang sodih eh, Hishammudin masih kobarkan isu Mat Sabu Komunis ini hanyalah political issues. Bangang ko Hisham ni? Kau nak sampai, Kumpulan Parang Terbang basahkan darah di muka bumi Allah ini lagi ko, baru kau nak bertindak TEGAS dan TANGKAS? Kok Bangang dan DAYUS jangan duduk kerusi Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Menangis almarhum Dato Onn, datuk kesayangan kau tu.

Rupanya ramai cucu cicit Melayu yang masih buto hati dan akal dek Pas Pis Pus.

5 comments:

  1. yg sebetul nya..lu lah barua umno yg menggadaikan tanah melayu ini..

    ReplyDelete
  2. tak boleh ke gunakan bahasa yang baik bagi blog ni. malu saya baca ayat2 yang di tulis. Nampak sangat IQ rendah sebab orang yakin dengan apa yang kita tulis. Bila kita menulis ni kena juga la buat solat istikharah supaya Allah bagi petunjuk apa yang kita nak tulis. Jika apa yg di tuis betul, bagus la tapi jika ia nya fitnak, mana kita nak jawab nanti....

    ReplyDelete
  3. saya setuju ramai sgt blogger2 ni lupa bahawa kita akan di tanya di kemudian hari apa yg kita tulis.

    ReplyDelete
  4. Pertama.. kita ucap tahniah atas posting tersebut.. tetapi soal bahasa itu pun boleh bangkit.. tetapi bahasa itu boleh kita tahu sebabnya.. bagaimanakah kita hendak gambarkan kekejaman yang dilakukan oleh pihak komunis kepada bangsa kita? kalaulah orang yang menganggap pas itu mendokong komunis samada pas itu sedar ataupun tidak.. kita rasa patut beliau mengguna bahasa sedemikian.. bagaimana rasanya.. sedih pilu.. terhina dan amatlah marah.. sebab penulisan itu mengambarkan emosi seseorang itu.. apa2pun apa yang jadi sejarah itu jadikanlah pengajaran yang berharga.. kerana sejarah itu akan kerap berlaku tetapi kita sahaja tidak mahu belajar..

    ReplyDelete
  5. Pas tidak mengkaji bahawa asas-asas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dipetik daripada Perjanjian Hudaibiyah dan Piagam Madinah..

    ............

    kau kaji ke kau copy paste? hahaha

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive