Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, September 16, 2011

NAJIB Jatuh Sakit

Difahamkan daripada perisikan yang berwibawa, Najib sedang alami penyakit kronik. Sejenis penyakit yang menyebabkan Najib jatuh sakit dek kerana beberapa perkara yang melanda negara menjelang ilham perancangan perang PRU-13. Najib jatuh sakit kerana:

- Tun Dr. Mahathir beri signal bahawa kejatuhan Najib akan berpunca daripada tidak prihatin kepada keperluan dan kehendak umat Melayu. Dok lebihkan Cina apa hal?

- Tun Dr. Mahathir beri signal bahawa kejatuhan Najib akan berpunca daripada kedudukan media yang terlalu banyak buat news coverage tentang Rosmah Mansor. Apabila disensasi Rosmah Mansor, maka Najib bakal hilang Kuasa Eksekutif !

- Muhyiddin Yassin belum dapat bantu sampaikan ilham, bagaimana peperangan Khandaq boleh dilaksanakan antara pasukan-pasukan gurkha BN dalam BN sendiri. Nampaknya UMNO terpaksa berjuang habis-habisan bila mana menyentuh soal kebangsaan dan tanahair. UMNO terpaksa keseorangan bila mana berbahas dalam isu Komunis, Orientalis, Penjajahan, Freemasonary, Syiah dan Khawarij di Tanah Melayu dan Malaysia. Maka pengorbanan besar UMNO terkandung dalam 3/4 Ucapan Hari Malaysia 16 September 2011. Apakah Muhyiddin akan disabotaj dari dalam juga? Alamat Najib tersungkur sakit jika Muhyiddin sedang dirundung malang. Kerja sabotaj daripada siapa? Punahsihat Najib atau Master Plan Papan Catur musuh-musuh politik UMNO?

- Syarikat Telco tidak pandai membaca rentak dan fikiran rakyat jelata, bila mana sesuka hati dan penuh bongkak mahu kenakan tarif 6% cukai perkhidmatan ke atas pengguna talian prabayar.

- Syarikat bekalan air juga ingin naikkan tarif dalam tempoh 6 bulan dari sekarang.

- TNB selaku syarikat monopoli bekalan elektrik juga hendak naikkan tarif dalam tempoh 6 bulan lagi.

- 90% CEO syarikat-syarikat GLC syok sendiri dan bebal untuk mengembirakan rakyat bagi pihak kerajaan menjelang PRU-13.

- 86% Ketua-ketua Bahagian UMNO tidak mampu membalas hujah-hujah retorik dan simpati politik jembel Mat Sabu dan gagal menjawab rencana-rencana pujukan PAS dalam Harakah.

- 85% pegawai dan kakitangan kerajaan tidak jelas dalam polisi dan pelaksanaan program-program kerajaan. Difahamkan kerana KSU, TKSU, KP dan Setiausaha Politik serta SuB tidak dibawa bersama dalam Kuliah dan Agenda Kursus Transformasi Perdana Pegawai Tertinggi Kerajaan yang sepatutnya dijayakan oleh BTN.

- 90% pegawai dan kakitangan rendah di Kementerian Pelajaran merupakan pengundi simpati kepada pemimpin-pemimpin fahaman Khawarij dan Syiah. Simpati kepada Khalid Gagap, Nik Aziz, Abdul Hadi Awang, Wan Azizah Wan Ismail.

- PEMANDU dan TERAJU masih keliru dalam urusan memakmur MPPB dan Agenda DEB 153. Usahawan Melayu yang ditaja untuk tujuan groom big atau sebarang program tidak diselesaikan urusan-urusan asas perniagaan mereka. Banyak projek yang berdaya maju mengikut pengamatan pengusaha, dinilai TIDAK BERDAYA MAJU oleh Pemandu dan Teraju. Soalnya, siapa yang berniaga? PEMANDU atau TERAJU...atau Peniaga itu!?

- Bini Najib masih tak dapat mengawal nafsu beli-belah dan gila glamour. Kesian sungguh melihat telatah dan dunia amalan Kak Rosmah ini. Sedih benar melihat bila dalam Majlis Sambutan Aidil-Fitri pun tak sedar hati untuk tudungkan jambulnya. Kesian, Najib tanggung dosa hidup Rosmah Mansor. Bab jaga isteri, Muhyiddin Yassin CLASS AAA la.

- Kenyataan pelaburan FDI Najib, dilihat begitu keawang-awangan. 18 projek bernilai RM1.43 billion tidak dilihat oleh rakyat dalam dompet masing-masing. Difahamkan oleh MITI bahawa nilai FDI hingga Julai 2011 ialah RM76 billion, tapi apakah kesannya dapat dirasai oleh rakyat dalam masa 6 bulan dari sekarang? Siapa terima untung? Rakyat terbanyak atau minoriti manusia tamak haloba?

- Suratkhabar dan Media elektronik tidak bijak mengendali isu dan perihal topik panas Negara. Kisah Mat Sabu dijolok, terus tenggelam kisah Anwar. Jika dikaji mendalam, Timbalan Presiden PAS dan 10 orang MKT PAS Kebangsaan ialah puak Anwarisme yang simpati maut kepada Al-Juburi ini (dikutip daripada mulut Mat Sabu yang gelar Anwar Al-Juburi pada tahun 1998).

- Ada sepupu yang mengaku lahir daripada keturunan hebat, diberi mandat jaga KDN, tetapi begitu lesu, lemah, leweh, beweh dan tak laku. Tun Hanif sudah bongkar habis di Perak, dan benarlah bahawa AKTA ISA sepatutnya halal dikenakan kepada Mat Sabu. Banyak peristiwa yang boleh membawa kepada penahanan spesis pengkhianat ini. Namun, Hishammudin lah bakal penyebab Najib ke IJN semula. Akhirnya ISA 1960 mansuh. Perkara 150 Proklamasi Darurat juga mansuh. Ganjaran Politik yang mengundang "LUKA BERDARAH" andai rakyat tidak cekap baca POLITIK MATANG.

- Harga barangan makanan dan keperluan harian rakyat makin melambung. Harga ayam ada yang jangkau RM8.50 sekilo hari ini. Apa punya gila ini? Batang pinang kekal RM23 sekilo. Ikan-ikan di pasar menjejak lebih RM10 sekilo, kecuali Kembung Uji Rashid, harga siling RM10.00. Siapa yang tak bekerja? Kerajaan? Menteri atau Pegawai-Pegawai Menteri? Pegawai-pegawai kementerian atau pelaut, pemborong, peruncit? Siapa yang wajar jawab isu kartel harga ini? Najib menjadi bertambah sakit, sebab dia tak boleh nak jawab panjang lebar. Adakah Rosmah pergi ke pasar setiap hujung minggu untuk beli ration rumahnya? Begitu juga, KSU atau Pegawai Kanan lain, tauke kaya-raya, Tony Fenandez, atau Syed Mokhhar Bukhari pernah ke menjenguk pasar untuk mendalami isu harga barang keperluan rakyat? Sebab itulah selama ini isu harga barang hanya diselesai "ibarat melepaskan cipan di mata tangga"!

- Ramai Ahli Parlimen bukan BN yang Melayu tidak disepakati baik-baik oleh BN. Mereka ini ramai yang cerdik dan lebih bijaksana daripada Menteri-Menteri Kabinet sedia ada. Namun dek kerana mereka bukan BN, maka mereka tidak dirunding cara. Maka Najib dikelilingi oleh ramai manusia yang 'Beraja di Mata, Bersultan di Hati'. Para ilmuan besar tidak menjadi Think-Tank Najib. Kenapa tidak hari ini Najib yang cadangkan Prof. Al-Attas untuk anugerah Tan Sri? Kenapa tidak juga diberi kepada lebih ramai manusia berilmu tinggi seperti beliau, dan seterusnya mereka ini menjadi "Members of the Elders dalam Skim Pemikiran Politik Mahawangsa Negara"?

- Ada Menteri Cina masa mesyuarat rasmi sibuk cakap Cina. Semaklah dengan pegawai-pegawai kanan di Kementerian yang Menterinya Cina. Juga pakatan dengan pembina perumahan Cina yang tak jujur dalam industri. Lot Melayu pun diberikan kepada Cina, alasan penipunya, takde orang Melayu mampu beli lot tepi. Kementerian yang datangkan hasil kepada negara, diberi pula kepada Menteri Cina. Bertambah sakit le Pak Jib...

- Penulis ucapan Najib ternyata tidak konsisten dalam urusan penulisan skrip-skrip penting YAB PM. Agenda Melayu, Agenda Islam, Agenda Ilmu tidak menjadi ibu hujah dan bahas. Jangan ingat Orang Kampung tidak pandai twitter dan blog. Orang kampung pun udah ada IPod dan IPad4 lagi. Jangan dok mengampu dan buli pemikiran rakyat melalui Ucapan yang dibutakan nilai faktanya oleh penulis ucapan PM. Najib jatuh sakit berguling lagi le...

- Sidang 3 Penggal 4 Parlimen 2011 akan mula pada 3 Oktober hingga 7 Disember 2011. Andai ramai Ahli Parlimen seperti Kepala Batas dok tinggal kosong kerusi itu, pasukan BNBBC pun melopong takat 'booo' dan tepuk meja saja, pakat bangun maki hamun bersama pasukan sebelah kiri Dewan, maka Najib pasti akan berterusan sakit.

- PRU-13 amat genting, kerana isu perdana hari ini, bukanlah isu komersil. Tapi isu Pemimpin Politik PENIPU RAKYAT, PEMALAS, PERAGUT, PELAMPAU, PENGURUS WANG GELAP, KAKI TIDUR DAN BODOH SOMBONG.

Andai ada kegiatan sabotaj dari dalam melalui jentera kerajaan, pasukan IT, SUK, SPR atau apa juga mekanisme tertentu, maka percayalah bahawa rakyat terbanyak akan tahu juga. Buruk padahnya jika tembelang pecah. Ingatlah bahawa BN boleh menang dalam keadaan Najib berlaku JUJUR kepada dirinya, JUJUR kepada UMNO, JUJUR kepada Raja-Raja Melayu, JUJUR kepada ALLAH YANG MAHA ESA, kerana ALLAH jua penentu kemenangan BN dalam PRU-13.

Waspadalah bahawa Tentera-tentera Allah lebih kuat dan gagah yang diturunkan dari langit. Peristiwa tentera Abrahah yang cuba melanggar Kota Mekah ialah pesanan hidup yang akan kekal hingga nafiri Sangkakala pertama. Allah Hu Akbar!

4 comments:

  1. Warith, izin kan den:
    Saya berpendapat bahawa UMNO/Bn yakin,setelah mentelaah pada kajian mereka bahawa:
    selepas PRU13,kerajaan pusat akan bertukar.
    Akibat peralihan kuasa dari UMNO/BN selapas PRU13, yang akan menjadi pati pembangkang, kapada kerajaan baru,........
    maka pati kerajaan ketika itu, akan menguna apa saja undang undang yang ada untuk mengekang dan kongkong musuh politik..
    Dengan unjuran senario itu, dalam kajian UMNO/BN, maka lebih baik kita mansuhkan undang undang semacam ISA dll.
    Kalau UMNO BN menjadi pati pembangkang, sekurang2 nya ada mahkamah ,UMNO harap harap begitu.
    Ini strateji pre emptive strike...
    Yang lain lain itu hanya populist,nak jaga talian hayat UMNO dan nak jaga hati kerabat anak cina muar tu.
    Kerabat dan kaum nya saperti dua sepupu tu, tidak akan pindah undi dari PR kapada BN.
    Najib buat apa pun undi cina tidak akan lagi memihak kapada UMNO.
    Saya tidak sokong pendiriian Najib,sebab 1.undang undang baru akan di istihar selepas UMNO menang (satu petaruhan)PRU 13.
    2.nak raihkan kepujian antarabangsa.
    3.ketagihan kepujian dari Bar council bersih ngo, Amerika England.
    Sekarang ni buang yang lama sebagai persiapan kalu kalah PRU13.
    Den sokong semua yang Warith nyatokan tu.Terima kasih
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  2. Anonymous 4:04,
    Awak seperti melayu UMNO lain, typical, dalam pikiran, kalau UMNO tak boleh buat, orang melayu lain tak boleh buat, kalau UMNO raja rasuah, orang lain pun akan rasuah, kalau UMNO dah memang jahat pelingkup melayu, yang lain pun sama. KAtak bawah tempurung. Statement biasa orang UMNO yg dah nampak kerajaan memang teruk, hancus, "Alaaa, semua orang politik sama, bagi kat PAS ke, PKR ke pun cam tu jugak". Sedih.

    ReplyDelete
  3. sudah sampai masanya kita mengumpul blogger-blogger dari n9 seperti blogger wangsa maju dan blogger perak

    ReplyDelete
  4. Bukan ko ado lagu Blues Gang dulu pasal sakit ni kan,,?
    Sakit-sakit,,mcm2 perkaro sakit,,,
    sakit buek lagu untung banyak lanun yg sapu,,
    Sakit orang umno,,,
    Takut hilang kuaso,,!!??
    Kah!!!Kah!!!Kah!!!
    Macam kuaso tu pusako mak bapak dio pulak,,,

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive