Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, September 16, 2011

Najib tanya..."Pakatan sanggup ke?"

"Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.

Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa."

~Intipati perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia 16 September 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 15 September 2011, jam 8.45 malam.~

Note: Untuk menggubal atau menghapus Perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, contohnya Perkara 10 atau Perkara 149, maka sesuatu usul itu mestilah mendapat sokongan atau undi majoriti 2/3 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat untuk dilulus serta diwartakan. Namun jika hanya untuk menggubal atau menghapus akta seperti Akta Dadah Merbahaya, Akta Keselamatan Dalam Negeri etc., maka hanya sokongan atau undi Majoriti Mudah sahaja diperlukan di Dewan Rakyat.

Walaubagaimanapun, Perkara 3, Perkara 32, Perkara 38, Perkara 152, Perkara 153, Perkara 161A dan Perkara 181 dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dimansuh atau dihapuskan sama sekali dengan apa cara sekalipun di Dewan Rakyat, KECUALI negara ini berubah daripada SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN & RAJA BERPELEMBAGAAN kepada SISTEM REPUBLIK macam Singapura (negara Republik adalah IMPIAN DAP untuk hapuskan Institusi Diraja Melayu).

Persoalannya sekarang, SANGGUPKAH Pembangkang menyokong usul BN di Dewan Rakyat dan seterusnya memastikan majoriti lebih 2/3 diperolehi untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan?

4 comments:

  1. Ni apa punya orang... kalau nak mansuh undang-undang ISA dgn EO tak perlu 2/3 majoriti la, bukannya nak pinda perlembagaan. kalau nak spin pun pada-pada la... adussss FAIL.... SYABAS NAJIB! HIDUP NAJIB!

    ReplyDelete
  2. Jangan saudara tidak tahu. DS Najib telah berjaya meyakinkan ahli Parlimen Konsesnsus Bebas dan beberapa orang ahli Parlimen Pakatan Rakyat (beli) untuk berpaling tadah dan menyokong BN dalam penggubalan dua undang-undang yang baru. Sebenarnya draf undang-undang itu telahpun tersedia. Cuma tunggu Parlimen bersidang. UMNO/BN lebih bersedia dan strategik dalam urusan ini. Lepas itu gaji kakitangan awam akan dipinda skim perjawatan agar tidak nampak sebagai kenaikan gaji untuk tujuan pilihanraya. Ini semua telah diatur secara sistematik dan bijaksana.

    ReplyDelete
  3. Siapakah yg menentang dan takut kpd ISA?
    Sudah tentulah mereka yg begitu gemar utk menabur fitnah dan bertindak mengancam keselamatan negara.
    Sebenarnya ISA melindungi rakyat jelata dari anasir2 jahat spt ini yg ada dlm negara ini.
    Tindakan Najib ini tidak mendahulukan rakyat tetapi memberi ruang yg lebih luas kpd anasir2 jahat yg selalunya berada dlm parti2 pembangkang spt PAS, PKR dan terutamanya DAP.
    Rakyat jelata sudah tentu tidak akan berasa selamat bila Najib memansuhkan ISA. Ini akan memberi kesan yg negatif kpd BN di PRU13 nanti.
    Inilah akibatnya apabila Bajib mendengar nasihat2 sumbang dpd penasihat2 yg ada di sekelilingnya yg sebenarnya adalah gunting dlm lipatan.
    Najib sendiri tidak akan kalah di Pekan, Pahang. Sebab dia dlm diam2 telah membawa masuk beribu2 orang Melayu dari Kedah, diberi tanah dan diberi pembangunan infrastruktur di kawasan Nenasi. Mereka ini akan memberi sokongan undi yg kuat utk Najib kekal sbg MP. Tetapi apakah Najib hanya akan jadi Ketua Pembangkang selepas PRU13?
    Nampaknya Najib sudah menggali kubur utk BN. Maka betullah Teori R.A.H.M.A.N yg mengatakan Najib akan jadi PM yg terakhir bagi Malaysia.
    Bila Pakatan Rakyat sudah berkuasa, Perlembagaan akan dipinda. Malaysia akan dijadikan sebuah Republik dgn sistem raja-raja dihapuskan yg dgn sendirinya akan menghapuskan kuasa politik kaum Melayu. Jadilah The Republic of Malaysia spt The Republic of Singapore. Kaum Melayu yg bodoh dan yg mudah lupa akan mengemis di tanah air sendiri!
    Nauzubillah ........

    ReplyDelete
  4. ISA MANSUH DAN DIGANTI DENGAN UNDANG2 YANG LEBIH SPESIFIK DAN KETAT MACAM PATRIOT ACT.

    HEHEHE. KESIAN RAMAI KENA TIPU.

    ReplyDelete

Blog Archive