Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, September 2, 2011

Mengimbau Peristiwa Bukit Kepong

Peristiwa Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Bukit Kepong adalah sebuah kampung terpencil yang terletak di tebing sungai Muar, Johor yang mempunyai lebih kurang 20 buah kedai kebanyakannya kepunyaan orang Cina. Kampung ini berdekatan dengan beberapa kampung Melayu dalam jarak persekitaran 3 ke 6 kilometer melalui jalan darat. Cara yang paling mudah untuk ke Bukit Kepong ialah melalui jalan raya ke Lenga dan melalui jalan sungai ke Bukit Kepong yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Kedudukannya yang terpencil ini, menyebabkan Bukit Kepong terputus hubungan dengan dunia luar. Penduduk kampung ini adalah orang-orang yang sederhana, berani dan berdikari. Mereka banyak mencapai kejayaan dalam menentang pengganas komunis sejak bermulanya darurat. Insiden yang paling menarik bermula 18 bulan terdahulu apabila 3 orang Melayu bertembung dengan 3 orang pengganas komunis yang bersenjata.

Dengan hanya bersenjatakan pisau, mereka berjaya membunuh seorang pengganas, mencederakan dan menawan seorang lagi serta menyebabkan pengganas yang ketiga melarikan diri. Dalam pertempuran yang lain, pengawal kampung yang terdiri daripada 40 orang polis bantuan dan beberapa kumpulan bersenjatakan parang telah diberi penghargaan 'Colonial Police Medals' ke atas keperwiraan mereka.

Pasukan Polis bantuan ini bekerjasama rapat dengan pasukan polis Bukit Kepong. Tiga orang daripada mereka sedang bertugas seperti biasa semasa Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan pengganas komunis (180 orang) lebih kurang jam 5.00 pagi, 23 Februari 1950. Pertahanan balai polis dan berek kelamin serta merta didirikan untuk menghadapi serangan hebat daripada pengganas komunis yang menggunakan senjata-senjata automatik yang mengepung balai polis. Tembak-menembak berlaku dengan sengitnya, dan pihak pengganas komunis mengarahkan supaya anggota polis menyerah diri tetapi tidak diendahkan oleh mereka. Pertempuran berterusan dan beberapa orang anggota di balai polis terbunuh, sementara di berek kelamin pula anggota-anggota polis yang tidak bertugas terus bertempur sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota marin polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Apabila komunis memulakan pengepungan, komunis percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

1. Kelebihan senjata dan jumlah anggota
2. Keadaan stesen yang terpencil

Balai Polis Bukit Kepong ketika itu diketuai oleh OCPS Sarjen Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika kejadian, dia tiada di situ, kemungkinannya pekara yang diketahui oleh pihak komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 polis Melayu dan Konstabel Polis Marin di bawah Sarjan Jamil Mohd Shah. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabel khas dan empat polis tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang polis kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak polis tinggal di berek kelamin di sebelah belakang balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan polis marin di situ.

Mayat anggota polis hangus terbakar.

Serangan Komunis

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan mereka dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu dan Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepung balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 4.15 am. apabila SC Jaffar mencabar dan menembak seorang anggota komunis yang sedang memotong kawat duri.

Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap mengejutkan pihak polis tetapi kini menerima tentangan hebat, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Allahyarham Sarjan Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Beberapa anggota terbunuh apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Tambahan beserta sekumpulan sukarelawan digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh pasukan pengawal belakang komunis dan beberapa orang turut terkorban. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Stern Gun turut dimusnahkan komunis.

Memandangkan kekuatan pertahanan balai polis, komunis mula menggunakan taktik kotor. Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Miriam Ibrahim, isteri kepada konstabel Mohamad Jaafar. Pihak komunis memaksa Miriam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Miriam dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga mati setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek pegawai dan stesen polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari stesen yang terbakar dan menyerbu kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Hanya seorang sahaja berjaya menyeberangi sungai dengan rifle masih di tangannya. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya mengalahkan polis dan membakar stesen itu. Mereka kemudian berundur ke dalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada konstabel Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup ke dalam api.

14 anggota polis, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

Bantuan dari perkampungan berdekatan

Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui ketika pertempuran bergema di beberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk seramai 7 orang yang diketuai oleh ketua kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Tambahan-Auxiliary Police/Pengawal Kampung-Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen polis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik, berbanding rifle dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepong dan memaksa pengunduran umum komunis.

Disebabkan keadaan tidak seimbang, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Setelah bertahan selama 2 jam, pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.

Pada masa yang sama, sekumpulan pengawal dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh ke arah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai di sana pada 10 pagi dan ketika itu berita mengenai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong disampaikan.

Apabila pengawal kampung berjaya memasuki pekan Bukit Kepong, mereka hanya dapat melihat kesan kemusnahan dan mayat-mayat yang terbujur. Buat sementara waktu, penghulu mengambil alih pentadbiran sehingga pasukan polis daripada Muar sampai pada hari itu dan mendirikan balai polis baru. Mereka juga mewujudkan perhubungan semboyan di sebuah kedai kosong. Tindakan segera ini mendapat bantuan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu tetapi di hati kecil mereka masih menyimpan tanda tanya sama ada kerajaan akan mendirikan sebuah balai polis yang baru atau tidak. Segala teka teki itu terjawab apabila Menteri Besar Johor Dato' Onn bin Jaafar, yang diiringi oleh penasihat British dan Ketua Polis Johor tiba keesokan harinya. Beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan mendirikan sebuah balai yang moden.

Pertempuran di Bukit Kepong merupakan suatu kekalahan dari segi fizikal tetapi memberi suatu kemenangan dari segi mental dan semangat perjuangan. Pasukan yang kecil bilangannya bersemangat dan kecekalan dalam mempertahankan maruah mereka dari tipu daya pengganas komunis supaya menyerah diri, walaupun terpaksa berhadapan dengan musuh yang 10 kali ganda kekuatan daripada mereka. Pihak pengganas komunis juga mengalami kecederaan yang banyak.

Ini ialah kemenangan bukan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri dan keluarga, sahabat handai tetapi kepada negara dan bangsa. Anggota-anggota polis boleh menyelamatkan nyawa mereka dan keluarga mereka dengan menyerah diri tetapi mereka sedar bahawa mereka berjuang kerana perkara yang lebih penting dari nyawa mereka. Mereka berjuang untuk menyelamatkan tanah air mereka dari dijajah oleh pengganas Komunis. Semoga Allah akan mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh mereka. Al-Fatihah.

Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, menyiram air mawar di pusara anggota polis yang terkorban ketika melawat Bukit Kepong pada 23 Februari 1976. Jika nak dibandingkan Tan Sri Ghazali dengan Menteri KDN sekarang umpama wrestler dengan pondan.

Sumber di sini.

18 comments:

  1. ayat-ayat akhir , berjuang demi membela tanah air dari dijajah komunis....kah kah kah... padahal polis itu sendiri masih tidak sedar bahawa selama ini mereka hanya bekerja dengan penjajah juga iaitu British, cuma mereka masih menganggap British itu bukan penjajah tetapi kerajaan dan tanah air...sekali lagi kah kah kah kah...Melayu sekali lagi diperbodohkan oleh sejarah.

    ReplyDelete
  2. Mana wujud lagi polis masa nih? Buta sejarahkah Pak paneh oii! yang ada ialah mata-mata gelap British. yang di serang itu bukan balai polis tetapi rumah pasong, panggilan orang dulu2 sebab ramai orang kena pasong kat situ.

    Tahun 1950, ketua polis ialah general british."Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.
    Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

    Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini."

    malangnya ramai yg ambil sejarah dari kaca mata filem jins Shamsuddin yang nyata sangat terpesong dan memesongkan. Apalagi dalam keadaan British berjaya melancarkan perang saraf yang hebar di mana mereka mengajak sama rakyat menentang perjuangan golongan kiri dan melabel semuanya sebagai pengganas komunis. malah perkataan darurat dan pengganas itu sendiri dicipta oleh pakar perang saraf british C.C. Too utk menimbulkan kebencian orangramai terhadap perjuangan suci puak berhaluan kiri ini. Kalau tak percaya cari nama ini, google sendiri, anda pasti temui fakta yang tidak ternafikan lagi! Sesungguhnya kita ditipu hidup2...

    ReplyDelete
  3. aku cuma nak quote apa yang kwn aku paneh miang tulis di facebook page.

    "Kepada yang cakap konon dulu komunis perjuangkan kemerdekaan, soalan kami mudah saja, kenapa selepas merdeka hingga 1989, komunis tetap menentang kerajaan yang ditubuhkan oleh bangsa Melayu? Ingat komunis hanya meletak senjata, hatta Chin Peng sendiri akui komunis tidak pernah menyerah kalah."

    "Jika konon komunis hanya mahu menentang British sebelum merdeka, jadi mengapa ramai orang kampung yang kebanyakan Melayu tanpa senjata ketika itu turut di bunuh, dirogol, dibakar, diseksa oleh komunis?"

    "Mat Sabu kata "polis ketika itu berkerja dgn penjajah" seolah polis ketika itu menzalimi rakyat. Kalo mcm tu bkn polis sajalah Sabu oi, malah cikgu2, doktor2, tentera2, jurutera2, kerani2, ADOs, etc. masa tu pn kerja bwh British. Jadi adakah mereka smua pn layak dbunuh? Padahal mrk kerja berkhidmat utk rakyat yg dh tentulah Melayu. Bandingkan polis yg digaji British, dgn komunis yg konon pejuang merdeka TAPI bunuh rakyat sendiri dan sabotaj prasarana tanahair, mana satu lesser of two evils?"

    aku cuma nak cakap, yg bangsa melayu ketika itu adalah subjek to the ruler iaitu raja2 melayu dan ingat bahawa raja2 melayu diiktiraf oleh british sebagai penguasa di tanah melayu ketika itu. sbb tu apa2 british nak buat kena dpt persetujuan raja2 melayu. maka tidak salah orang2 melayu ketika itu dikatakan mempertahankan tanahair kerana mereka subject to the ruler sbg tuan tanah negara ini suatu ketika dulu.

    kepada anon2 atas ni belajarlah daripada sejarah yg benar. rujuklah kpd pakar seperti saranan khoo kay kim. jgn ikut sejarah matsabu dan tukartiub yg sesat.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  4. Perkara yang paling sukar untuk KOMUNIS mendekati orang Melayu ialah kerana pegangan agama yang kuat.
    Lalu Chin Peng mengarahkan agar dilantik talibarut dikalangan Orang Melayu. Maka ketika itu golongan agama seperti Mat Indera mula didekati. Orang Melayu pun terpengaruh hingga sanggup menjadi pengganas sesama anak bangsa dan agama sendiri!

    ReplyDelete
  5. UMNO tidak pernah mendakwa bahawa British tu orang baik, malah sentiasa menceritakan melalui pelbagai media bahawa British itu sebenarnya penjajah.

    Tapi Orang PAS sanggup mengatakan KOMUNIS yang kejam, yang bakar rumah orang Melayu,yang rogol anak dara orang Melayu dan yang merompak dan mencuri barang2 kemas orang Melayu itu adalah pejuang! Ptuih.

    ReplyDelete
  6. telurku tak cukup masinSeptember 2, 2011 at 11:22 PM

    Adakah UMNO talibarut British? Sedangkan kewujudan UMNO adalah semata-mata menentang Malayan Union yang ditaja British. Jika benar juga kenapa Penubuhan UMNO turut disokong oleh kesemua Kesatuan Melayu ketika itu? Ulamak juga berdiri teguh dibelakang Tunku. Ketika itu PAS dan Mat Sabu belum lahir dan mak bapak pemimpin PAS sekarang sudah tentulah Orang UMNO.

    ReplyDelete
  7. kah kah kah. anon 1057pm berhujah pakai google. kah kah kah. patutlah mengong pencacai pembangkang ni suma. kah kah kah.

    ReplyDelete
  8. orang melayu pintarSeptember 3, 2011 at 1:51 AM

    Berdasarkan apa yg dikata tudeh, maknanya komunis menjadikan golongan yg mengaku kuat agama ni utk menyebarkan dakyah dikalangan org Melayu. Maknanya komunis mempergunakan pas la mcm skrg utk pengaruh org Melayu dgn ideologi komunis. CIA dan Mossad pun guna golongan yg berimejkan agama sejak dulu utk memecahbelahkan masyarakat ssbh negara. Maka sahlah pas itu komunis.

    ReplyDelete
  9. PAS = komunis?standard la tuh...kena lak penyokong liwat,china doll n kaki khalwat nye geng

    ReplyDelete
  10. Sesiapa yg menjadi talibarut penjajah(British) adalah PENGKHIANAT NEGARA.Mat Indera tetap tokoh terbilang.Pejuang haluan kiri adalah Pejuang Kemerdekaan sebenar bukannya pengkhianat yg menjadi BARUA British.

    ReplyDelete
  11. Patutlah...nick pun takde otak. Hehehe. Kesian.

    ReplyDelete
  12. bodhh berjuang dari dijajh komunis pasal byak2 idologi menentang agama komunis la. klu komunis ade jgan arapla kamu nak lakukan pekara berkaitan agama. atau memg kamu x ade agama ni sebabtu kamu jd pyokong mat sabu kuat isap syabu tu

    ReplyDelete
  13. mat indera tu klu buat parti sendiri takpe gak. ni parti komunis . bodo2 dan bengap2 semua. orng yang menentang adenya Allah dan agama adalah aties dan lahir nya komunis dari idologi ini. mane2 parti komunis di dunia ni adalah x akan terima agama. klu nk sokong komunis ni kene kaji la dulu mcm contoh negara besar komunis rusia. abes orng islam tatar dibunuh oleh rejim stalin

    ReplyDelete
  14. mat indera tu pengkianat> bersekongkol dengat chinpeng. yang tertipu dengan britis. pasal komunis ni digunakan british untuk melawan jepon. pasal orang china dulu benci jepong mase kene jajah di jepon. britih nk kc tanah melayu kat chinpeng ni. tapi british biasalah takan nak kc negara jajahan ni dia nak bolot hasil negara kita juga. tu mengamuknye komunis nye. doirang cari jalan gune orang melayu yang kene tipu pule di cinpeng mat indera, samsiah fakeh tu dan ramai lg melayu untuk tentang british. dia tak tau ching peng tu gune kan mereka je.dia guna nak tarik ramai orng melayu untuk tentang british. tapi dorng tak sedar ke idiologi komunis takan terima agama dan memg kejamla klu ko nak tau ko carila idiologi di internet ke mane2ke. korang klu sokong juge maknenye ati da koto latu. tgok la pasal rusia, china masa awldiperintah komunis, ehhh jagn lupe polpot rejim kejam kemboja tu. baru brapejam merintah abis seme kne bunuh. yang paling banyak islamla. jangan ingat org pas je islam kemboja tu lg ramai umat islam sebelum dorng dibunuh ramai2 oleh rejim polpot.

    ReplyDelete
  15. aku klujumpe mat sabu ni aku nak rejam sepuluh terlor tembelang yang aku simpan kat reban ayam umah aku. binanatng ko mat sabu aku sanggup mati utuk rejam telorni walu dibunuh penyokong mu ni mat sabu. woi celake koi mat sabu pengkianat pnghina pejuang . aku rase klu ko ade watu tu ko tekencing la tgok komunis masuk umah mu rogol anak bini mu mmg ko suke mcm tu agaknye

    ReplyDelete
  16. klu la komunis meng waktu tu. mat inderani dan penyokong melayu len mati kene bunuh di dalam parti sendiri. yelah dorng nikan gunekan aje dorgni. lepastu dorng nk perintah dengan idologi dorng mestilah x leh gune idologi lain. lagipun pengikut mat indera ni klu banding dengan chinpeng mestila orang patuh lg pada chinpeng x mustahil la drgni kene bunuh pulak kan

    ReplyDelete
  17. Xleh nk slhkn umno taupon pas.sbb zaman dulu perjuangan berbeza dgn zaman skrg.dulu mmg lurus lame2 ade yg lencong .veteren umno dqn pas fhm perjuangan yg berbeza ni.

    ReplyDelete
  18. Fakta sejarah bukit kepong sangat bertentangan antara semua artikel yg saya baca. Di artikel ini tidak disebut peranan mat indera yg menyelamatkan Yusoff Rono dari dibunuh komunis (disahkan oleh isteri dan anaknya Yusoff). Juga disebut komunis membunuh beberapa kaum isteri dan kanak-kanak sedangkan kita tahu mereka yg terbunuh semasa serangan sedang memuncak dan bukan disengajakan. Sila rujuk filem bukit kepong arahan Jins Samsudin

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive