Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, September 18, 2011

Pusako Kuaso

Ramai bonar penggemar dan pembaco blog dalam dunia siber dan maya yang MASIH kelabu asap dan buto pandangan alam hidup (world-view) politik dan pusako kuaso politik di Malaysia ini. Resepi yang telah diperwariskan sojak 1256 laie daripada Kerajaan Kedah Tua yang dinamakan Kerajaan Melayu Islam Istana Bukit Meriam.

Pusako Kuaso di Malaysia ialah Melayu selaku Bangsa Teras dan lambang kesantunan dan perpaduan Bangsa Malaysia yang berdaulat dan merdeka. Rakyat Raja ialah pembina dan pengasas kepada Tamadun Bangsa Malaysia sejak 1256, kemudian runtuh pada 24 Ogos 1511. Akhirnya kembali bernyawa secara kemerdekaan daripada kuasa penakluk Inggeris berkuatkuasa 31 Ogos 1957.

Peristiwa pusako kuaso bermula dengan Persidangan Rasmi Majlis Raja-Raja Melayu pertama pada 1891. Durbar ini berterusan hingga hari ini, sebab itulah jika diamati dilunaskan bahawa Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu di tahun 2011 ialah kali ke 160 tahun. Siapa punyo pusako kuaso? Melayu tuan-tuan, puan-puan.

Inilah resepi perjuangan 1 Malaysia atau lebih tepat 1 Bumi Melayu (hujah yang panjang telah dibahaskan dalam blog ini). Inilah resepi penjenamaan semula yang diangkat oleh YAB Perdana Menteri Ke-6 (Melayu). Pesanan dan ingatan yang diperjelaskan oleh para pelawat sufi Islam, ilmuan dan cendiakawan Islam, ulamak besar Islam iktiraf Negara Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Moden zaman ini, yang perlu dijadikan contoh.

Ini semua bukti pusako kuaso. Namun dalam kemiskinan dalil ilmu yang dipertahan oleh pendukung PAS, PKR, DAP, PRM, KITA, maka, analisa Pak Sedaro ialah anak-anak Melayu yang berikrar lahir di Bumi Melayu tidak mendalami kegiatan mengurus tamadun Negara Bangsa 1 Malaysia.

Isu rakyat bukan isu UMNO atau PAS. Isu bangsa bukan isu UMNO, PAS atau PKR. Isu rakyat dan bangsa ialah Jihad setiap insan yang ditafsir sebagai Melayu menurut perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan. Jihad Ilmu, Jihad Ekonomi, Jihad Sukan, Jihad Keselamatan, Jihad Sosial, Jihad Politik, Jihad Aqliah, Jihad Batiniah merupakan pusako kepada kuaso Melayu. Inilah adab yang WAJIB diurus dan dipimpin oleh rakyat Raja.

Namun andai masih ramai yang sanggup bercemolot dengan Komunis, Syiah, Khawarij, Freemasonary, Pluralis, Liberalis, Ekstremis, maka, ucapkan Marhaban Darurat 1 Malaysia. Amatlah malang, proklamasi darurat, artikel 150 dalam Perlembagaan Persekutuan dilupuskan.

2 comments:

  1. Dear tuan, saya mengaitkan laman web anda.Saya berharap

    anda tidak keberatan untuk menghubungkan saya kembali.
    ini laman web sayahttp://mal

    aysiannewstoday.blogspot.com/


    Malysiannewstoday: Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. the hidden history..
    http://psbjelebu.blogspot.com/2005/01/kisah-dato-moyang-salleh.html

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive