Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, September 6, 2011

PAS lahir dari rusuk Inggeris

Melihat kepada pelbagai cetusan pemikiran songsang merdeka, maka terjemput juga untuk Pak Sedaro menyatakan bahawa Pas sedang membawa aliran pemikiran kemerdekaan SONGSANG yang memberi kefahaman sejagat MERDEKA persis Syiah dan Khawarij.

Dalam blog Tranungkite, konon diertikan bahawa Komunis ialah pasukan kerja menuntut kemerdekaan. British cop siapa yang tentang British ialah Komunis! Ada definisi baru bahawa pejuang kemerdekaan bukanlah semua Komunis, tetapi dilabel oleh Inggeris sebagai Komunis. Inilah pola fikir yang sedang diresapi oleh kalangan para pengundi di bawah umur 45 tahun. Juga anak-anak muda (belia) sekitar umur 15 hingga 40 tahun. PAS nampaknya sedang memberi garisan minda, konon Komunis juga pejuang kemerdekaan. Nampaknya Pas amat buta akal, hati, jiwa dan ilmu kerana Perjanjian Baling 28 dan 29 Disember 1955 tidak dijadikan landasan berfikir dan yang baik.

Pas sedang memberi definisi dangkal kemerdekaan kononnya Komunis, Syiah di Malaya serta Freemasonary yang mula bertapak secara aktif sejak 1876 di Pulau Pinang juga aliran pejuang kemerdekaan Bumi Melayu ini.

Bumi Melayu telah diperjuang hak kemerdekaan sejak pertempuran di Bukit Putus lagi. Nama besar seperti Dato' Siamang Gagap dan Raja Hitam merupakan ikon pejuang Melayu awal dalam pengkisahan perjuangan kemerdekaan. Inggeris melabel mereka sebagai Pengkhianat tetapi bukan Komunis, namun untuk keseluruhan Bangsa Melayu mereka inilah PEJUANG SYAHID.

Kemasukan Komunis melalui Siam pada 1927-1928 yang akhirnya membentuk sebuah Parti Komunis Malaya pada 1933. Komunis memiliki senjata api daripada Inggeris semasa pendudukan Jepun, dan bergerak sebagai MPAJA. Apabila Jepun menyerah kalah, maka Komunis sudah gila talak, tidak mahu undur langsung daripada kelangsungan perjuangan Komunis yang sesat itu. Tahun 1933 jugalah, lahirnya Rejimen Askar Melayu Di Raja, sebuah ketumbukan khas Pegawai dan Askar Melayu yang dibahagiakan oleh Almarhum Lt. Adnan Saidi dan sabahat-sahabatnya. Di manakah relevannya Komunis? Inggeris tahu bahawa Komunis ialah cabang daripada aliran Freemasonary. Pas gamaknya bercemolot dengan KOMUNIS.

Haji Ahmad Fuad, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Yusuf Rawa, Fadzil Noor dan ramai almarhum pemimpin Pas pasti amat sedih dengan teknik pemikiran Merdeka ala Pas pada zaman Hadi Awang dan Mat Sabu ini.

Ada kalangan profesional Melayu mula menulis kononnya secara ilmiah, pandangan Mat Sabu ini ada kebenarannya!? Tunjukkan dalam perkataan dan pernyataan Mat Sabu ini, yang mana satu adalah benar? Mat Indera menentang Inggeris? Persoalannya, jika benar Mat Indera ikhlas berjuang menentang British, kenapa tidak Mat Indera atau Rejimen ke-4 dan ke-10 Komunis Melayu dibubarkan, dan seterusnya diwujudkan sebuah Parti Demokrasi Islam Melayu di zaman tersebut!? Kenapa Mat Indera tidak bina pasukan yang terdiri daripada para hafiz dan tasawuf dalam pasukan tersebut, dan berpakat dengan lebih banyak sekolah pondok di Malaya ketika itu untuk menentang British? Mengapa perlu juga Mat Indera guna platform Komunis?

Jika Mat Indera tubuhkan pasukan Islam ketika itu, sudah tentu Pas juga mungkin akan wujud lebih awal pada tahun 1946 juga, sama ada sebelum atau selepas UMNO dilahirkan pada 11 Mei 1946, yang sifatnya sebagai "Mizan" kepada Kekuatan Politik Melayu.

Tetapi realitinya Pas tidak lahir daripada kesedaran hakiki begitu. Sebaliknya Pas lahir daripada rusuk Inggeris yang menghasut mereka untuk berpisah daripada UMNO. Sebab itulah di awal kekuasaan UMNO, semua insan yang hebat tidak kira SYIAH, KHAWARIJ, MUKTAZILAH, JABARIAH, QADARIAH dan Freemasonary telah berjuang bermati-matian serta tidak mengiktiraf KOMUNIS hingga saat ini.

Selepas peristiwa Pilihanraya 1955, yang mana Pas menang 1 kerusi, agenda British adalah untuk mencaca-marbakan UMNO kerana kekuatan Kuasa Raja Melayu dan Rakyat Raja terhimpun di dalam UMNO. Natijahnya, lahirlah Pas yang kini menjadi duri dalam daging dalam perpecahan bangsa Melayu hingga ke saat ini.

Umat Melayu kena ingat, bahawa British telah mengakui gagal dalam misi Malayan Union pada 1 April 1946 disebabkan seluruh persatuan Melayu berpayung di bawah UMNO. Umat Melayu juga kena ingat, bahawa British tidak peduli pun apabila Pasukan RAMD di bawah Lt. Adnan Saidin bersendirian di atas Bukit Timah. Umat Melayu juga harus ingat, bahawa British memberi peluang merdeka bermula pada 31 Ogos 1957 hingga 31 Ogos 1967, dan selepas 10 tahun barulah Malaysia dilepaskan sepenuhnya.

Sebab itulah di Pulau Pinang, dalam zaman tersebut masih ada Tentera Australia dan New Zealand, askar Gurkha. Pangkalan Udara masih di bawah selia Inggeris. Apa jadi jika 13 Mei 1969 berlaku pada 13 Mei 1967 di Kuala Lumpur? Sudah pasti Malaysia tidak akan dilepaskan daripada ikatan kemerdekaannya.

Untuk kelompok anak muda yang totok diresapi oleh jin-jin Pas, serta sanggup untuk iktiraf Komunis, maka dipersilakan, kerana anda akan terus menangung seksa dunia yang tidak berkesudahan.

Musa Ahmad dalam temuramah panjang lebar telah memberi pengakuan bahawa Pasukan Komunis Melayu yang dipimpin oleh Mat Indera, Abdullah CD, Rashid Maidin dan ramai lagi sebenarnya:

1. Malu untuk keluar dari hutan bertemu masyarakat kerana melanggar bai'ah perguruan ilmu tarekat masing-masing.

2. Tidak sanggup berjumpa dengan waris-waris yang terbunuh dek tangan-tangan Komunis Cina, kerana mereka akur bahawa Komunis yang ditaja oleh Partai Koumintang China memberi kesan sampingan kepada kefahaman Ajaran Islam yang Luhur dan Suci.

3. Pemimpin Komunis Melayu hanyalah boneka Komunis Cina yang diteraju oleh Chin Peng dan Chien Tein. Sebab itulah Pengerusi Parti Komunis Malaya disandang oleh Musa Ahmad, seperti yang dipersetujui oleh Kongres Parti Komunis Dunia di Jerman pada tahun 1948.

Pak Sedaro fikir, Merdeka ala Pas yang memberi pengiktirafan kepada Komunis merupakan satu tanda bahawa Pas adalah Parti Ajaran Sesat yang perlu diharamkan oleh Kerajaan Persekutuan. Pas wajar di tadika semula di Universiti Kemunting dan diberikan latihan terapi minda sebagai seorang Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

11 comments:

  1. Mat Indera ni kiranya dah kena perdajal oleh puak dajjal dalam menentang geng dajjal la... Sebagai ahli kepada gerakan API, Mat Indera telah membuat kesilapan apabila menggunakan wadah dajjal komunis dalam perjuangan.. That's it.. Senario ini tak dak beza dgn apa yg sedang terjadi di masa sekarang.. Melayu ni dari dulu lagi terlalu berbaik sangka apabila desperate...

    ReplyDelete
  2. Paneh dan talibarut/balaci BN lahir dr rusuk IBLIS laknatullah.

    ReplyDelete
  3. Anon 1149am, 6 September 2011. Siapapun saudara-saudari, yang PASTI anda seorang Melayu. Suka Cicit Kamat posan dengan Anon ini, bahawa jika saudara mendewa rangka fikir seperti yang saudara-saudari nukilkan.MOGA ALLAH LIMPAHKAN HUJAN HIDAYAH KEPADA saudara-saudari. Jemputlah ke Kota Madinah dan Kota Mekah, andai kalian orang yang bersyukur.

    ReplyDelete
  4. Cicit Keramat....konon cirit keramat lah tu. Madinah dan mekah dah cukup dikotori oleh balaci2 BN yg kononnya nak bersihkan diri. Dosa dgn manusia Allah tak amponkan lah waimah seribu kali pun ke Mekah kalau hari2 dok fitnah org, mati konfom masuk neraka wail lah ko.

    ReplyDelete
  5. Paneh dan talibarut/balaci BN lahir dr rusuk IBLIS laknatullah.

    September6,2011 11:49 AM
    -------------------------------

    Harap Anon di atas dapat memberikan komen yang lebih bernas. Berikan sekali fakta2 menyokong.

    akuaniPAKATAN.

    ReplyDelete
  6. pak sedaro lagi? tutup laptop lah.

    ReplyDelete
  7. setiap kali dirujukkan kepada fakta sejarah yang tidak memihak kepada PAS, pasti penyokong tegar akan membuat komen yang jauh lari dari fakta dan terus mengutuk penulis dengan kata kata yang kesat lagi mencarut serta mengeluarkan fatwa sesuka hati seperti anon 1.40. yang pasti mereka akan menerakakan penyokong BN.

    ReplyDelete
  8. Allo tokey myk gamat@cirit keramat,,,,
    bukan main sodap lg kau berbungo bahaso gayo jual ubat kau tu mengatokan PAS lahir dari rusuk Inggeris??? Pandai2 pulak kau menokok2 tambah,memutar bolit mengado2kan cerito,disebabkan hasutan inggeris dlm umno mako lahirlah PAS.
    Kepalo banar kau,,,jangan sodap2 mulut nak buek tafsiran sendiri Jang.Kalau geng2 TomJobo,Telur tk ckp masin@Telor Sambang,budak2 sekolah boleh la kau jual ubat dok kelentong.
    Banyak dapek Komisen RAYO ko???
    Hee!!Hee!!Hee!!!

    ReplyDelete
  9. budak takde otak perasan pandai tak tau sejarah asal usul pas? kakaka. patut la senang kena kencing dek mat sapu bini orang.

    ReplyDelete
  10. tu sobab eh maso sekolah dulu belajar bebotul., dongar cikgu ngajar. kalau nak bangkang pasal sejarah, buek kajian dulu, jangan macam timbalan kau tu, buek teori sodap akal dio jo. tu sobab eh tak dapek membezokan bini orang ngan bini sendiri. nak susun semulo sejarah negara konon. kominih yang tak boagamo tu nak disanjung. tapi tak heran lah, agamo dah tolak topi, sekarang yang tinggal kebajikan, konon ehh. yo tak BUDAK TAK BEROTAK???

    ReplyDelete
  11. Kalau nak tau sejarah penubuhan PAS & mengapa British membenarkannya, muat turun ceramah Ustaz Kamal Saidin kat Youtube... Beliau mengulas banyak pasai hal ini...

    ReplyDelete

Blog Archive