Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, September 10, 2011

Historical Fact & Fiction

Kajian mutakhir Guruku, Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas memaklumkan bahawa maklumat Sejarah Malysia perlu diperbetulkan semula. Terlalu banyak maklumat sejarah yang ditulis bersandarkan kepentingan nahu dan direktori Inggeris.

Kajian beliau dalam buku yang baru dilancarkan hari ini, oleh Pro-Canselor UTM di UTM Antarabangsa KL, menjelaskan, penulisan semula sejarah mesti dimulakan dengan pembuktian bahawa Islam mula bertapak di Semenanjung Emas pada 1256, berdirinya Kerajaan Kedah Tua di Istana Bukit Meriam, yang dikala itu di bawah Kuasa Raja Siam yang kemudian ia mudik ke Pasai, Acheh.

Pendedahan rahsia yang diukir di atas Batu Bersurat Terengganu, yang mana Prof. Al-Attas adalah Ketua Pengkaji manuskrip pada dinding batu tentang Islam di Bumi Melayu. Pengkisahan sejarah tentang penjajahan Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris berdasarkan kajian yang lebih mendalam oleh pengkaji Sejarah Melayu Islam. Maklumat berkenaan Freemasonary bermula 1876 di Pulau Pinang dan kesan Perjanjian Pangkor serta Syarikat Hindia Timur dengan Belanda.

Maklumat berkenaan Komunis dan Komunisme di Tanah Melayu bermula 1923 di Siam, dan alirannya masuk ke Malaya pada 1927-28. Apakah peranan Parti Komunis Indonesia di Persekutuan Tanah Melayu di awal 1940, iaitu beberapa tahun sebelum 1 April 1946. Bagaimana gerakan Syiah dan Khawarij meresapi Parti Islam Se-Malaysia selepas 1969? Siapakah kalangan Munafiq yang berpakaian PAS dalam PAS? Siapakah kalangan Munafiq yang mengakui UMNO dalam UMNO? Mengapakah penting di dedahkan, kenapa Raja-Raja Melayu bersetuju PEKEMBAR atau UMNO tertubuh dengan rasminya pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Bukit Serene, Johor.

Fiksyen sejarah yang di dewa oleh Mohamad Sabu misalnya adalah 110% tahyul PAS, termasuklah fiksyen orientalisme yang di jaja oleh Anwar Ibrahim pada 1971 di Baling. Juga, sejarah Murtad yang menjadi asas kepada kepentingan dan kewujudan Mahkamah Syariah, ialah kes Natrah - Mansor Adabi tahun 1950 di Singapura.

Nampaknya manifesto PAS untuk PRU-13 ialah Subjek Sejarah Malaysia Baru. Sukalah Pak Sedaro katokan bahawa PAS akan kutip kitab-kitab muktabar sejarah yang telah ditulis dan dikaji oleh para sejarawan yang BERJUANG untuk Bumi Melayu ini, yang lahir sebelum merdeka. Sesungguhnya mereka ini (pengkaji sejarah) ialah insan yang SEDAR "Di mana Bumi di Pijak, di situ Dacing Menimbang, di bawah Langit yang sama-sama kita JUNJUNG".

4 comments:

  1. Cerita apa ni.TV3 ckp malaysia tak pernah di jajah kot.So semua pejuang melayu, tok janggut dan sbgai nya penderhaka sbb bukan british yg memerintah.

    hidup la UMNO sbg anjing penjajah selama2 nya

    ReplyDelete
  2. xkan mat sabu ckp 2-3 minit je ? pandai krajaan potong .. amik sket ja pastu wat fitnah .. gud job

    ReplyDelete
  3. kepada anom 10:12 PM, dah ader video pun tak nak percaya, bukalah pintu hati tu luas-luas, ini bukan kali pertama mat sabu membuka mulutnya yg celupar tu, masih ingat kah lagi ketika Anwar Ibrahim masih lagi menjadi TPM malah kekuasaannya melebihi DR M sendiri, Mat Sabu telah menjaja ke seluruh negara dalam ceramah- ceramahnya menamakan ANWAR AL JUBURI

    Perbuatannya menjatuhkan maruah anwar di buat selepas yakin dgn dakwaan ummi hafilda ketika itu yg telah berjumpa dgnnya setelah segala percubaan utk medptkan kepercayaan pemimpin kerajaan ketika itu gagal.Ketika itu, tiada seorang pun pemimpin kerajaan termasuk DR M sendiri percaya dgn dakwaan Ummi.Mat Sabulah yg cuba menjadi wira membela Ummi dgn membuat serangan bertali arus terhadap anwar....

    hari ini, mulut celuparnya telah terbuka luas lg & kali ini ia telah melampau batasnya dgn cuba mengangkat Mat Indera sebagai wira,,tanpa memikirkan segala perasaan waris-waris polis bukit kepong & juga rakyat malaysia yg cintakan kemerdekaan,,yg kita kecapi hari ini.

    ReplyDelete
  4. Towkey mnyak gamat berkato:"Dimana bumi d pijak D situ Dacing menimbang" Kah!!!Kah!!!Kah!!!
    Ayat jual ubat kaki 5 jalan,,,biasolah tu.
    Kah!!!Kah!!!Kah!!!!

    ReplyDelete

Blog Archive