Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, September 25, 2011

KORBAN NAJIB

Laporan terkini daripada Pejabat Perdana Menteri ialah pengorbanan oleh pejuang tak di dendang. Pengorbanan dituntut oleh Negara kerana sengketa yang tidak padam oleh dendam kesumat dan sandiwara agung politikus jembel.

Siapakah korban ke-13? UMNO sudah lama berkorban! Kali ini UMNO menuntut MCA, GERAKAN, MIC dan PPP pula yang berkorban. Sanggupkah kalian korbankan identiti kalian agar tidak kelihatan kelibat dalam PRU-13?

Korban paling utama ialah korban pencalonan. UMNO kena korban calon-calon yang tidak disukai ramai. UMNO kena korbankan calon-calon bangang, sombong dan bodoh. UMNO kena korbankan calon yang kelihatan tidak bersih, tak pernah bersih dan sentiasa memberi masalah di peringkat akar umbi.

Kerusi Parlimen yang dominan pengundi Melayu, wajib dijadikan milik mutlak UMNO. Kerusi Parlimen yang dominasinya Cina dipertanggungjawabkan kepada MCA serta Gerakan; dan kawasan ramai India diberi peranan kepada MIC atau PPP. Suka atau tidak, andai tidak bersetuju, maka korban ke-13 pasti menimpa UMNO.

Apakah rakyat sudah bersedia wujudkan Kerajaan Campuran di peringkat Persekutuan? Atau Kerajaan Media Baru dengan pendekatan UMNO bergabung dengan PAS di peringkat Persekutuan?...kerana dijangka MCA, Gerakan, MIC dan PPP langsung corot tiada kerusi.

PkR tidak boleh bersatu kerana mereka pendukung fahaman plural dan liberal. DAP bukan pilihan Rakyat Raja kerana meroyan mahu bikin bendera, mahu bikin doktrin Komunis, mahu bikin bahasa Mandarin yang setara dengan Bahasa Melayu serta mahu bikin akta-akta baru antaranya Akta Patriot seperti Amerika yang lebih zalim dan tidak percaya kepada kuasa Pencipta.

Korban ke-13 bakal tercipta jika Najib dan Muhyiddin saling berbalah dan berbeza pandangan dalam perkara induk. Dua teraju BN ini bakal terkorban jika Najib dan Muhyiddin saling berprasangka ketika laksanakan urusan terutama dalam perkara ranting, jika Najib dan Muhyidin tidak cekap uruskan isteri serta rumahtangga, jika Najib dan Muhyiddin tidak beri amaran keras kepada barisan Kabinet dan Ketua Bahagian UMNO serta Sahabat BN yang menjadi "gunting dalam lipatan", "api dalam sekam", "musang berbulu ayam".

Korban ke-13 bukan milik rakyat jika rakyat benar-benar rasional ketika membuang undi. Andai korban-13 benar, maka, Kelantan masih Pas, Terengganu milik Pas, Kedah kekal Pas, Pulau Pinang (campuran), Perak (campuran), Negeri Sembilan (DAP), Melaka (DAP), Selangor (DAP) dan Pahang (campuran).

Berkemungkinan selepas PRU-13, Speaker Dewan Negara bakal seorang Keling DAP, Timbalan Speaker Cina (DAP) dan Timbalan Speaker 2 ialah Melayu (KITA). Ketua Kerajaan ialah Pas (Hassan Ali), Ketua Pembangkang ialah UMNO (Khairy Jamaluddin), Menteri JAKIM ialah MP PkR, manakala, Menteri MITI ialah DAP.

Di akhir episod Korban ke-13, apabila menjelangnya 2018, Kerajaan Malaysia bakal menjadi kerajaan paling bankrap di dunia.

1 comment:

  1. ngeri bos dengan cerita korban ni,harap tidak lah menjadi kenyataan,jikalau iya benar mmg satu petanda kejatuhan bangsa melayu selepas PRU13 seperti mana pernah berlaku di negeri jiran kt,awalnya di baginya gula2 kemudian habis dituba.

    ReplyDelete

Blog Archive