Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, April 30, 2009

YANG TERLARANG...

'Swine Flu' merupakan bencana terbaru melanda manusia, peringatan Allah untuk semesta alam betapa kita semakin hampir dengan detik perhitungan. Moga2 kita masih diberi peluang untuk bertaubat.

Moga2 juga bala ini dapat memberi peringatan kepada kita semua agar kembali kepada ajaran Islam. Dari awal Islam telah mengajar kita betapa babi itu adalah satu daripada najis mughallazah dan mesti dijauhi kerana bukan sahaja ia kotor, malah hari ini, terbukti betapa binatang ini pembawa wabak yang membunuh.

Umum mengetahui, PKR dan DAP sangat bangga dengan pembukaan ladang2 ternakan babi yang luas kerana itu sahajalah pencapaian terbaik mereka buat masa ini. Dan BN sememangnya dari dahulu lagi tidak pernah menyokong perkara ini kerana tahu betapa buruk akibatnya, bukan sahaja kepada manusia, malah alam sekitar.

Namun, PAS yang sedari dulu bangga dengan status Islamnya, diam seribu bahasa. Pendirian tentang Islam hanya dilaungkan untuk menentang UMNO (saudara segama), tetapi bukan untuk menentang DAP/PKR (kebanyakannya kafir tetapi dilayan umpama sekutu seagama). Malang bukan bagi mereka yang menggunakan agama untuk kemenangan politik?

Sehingga ke hari ini, saya masih tertanya2 apakah masih wajar untuk dikekalkan ladang2 ternakan babi di negara ini? Mengapa tidak boleh kita buka ladang2 lembu, kambing dan sebagainya dalam skala yang besar, yang pastinya selaras dengan usaha memajukan sektor pertanian. Pastinya ia bukan sahaja menguntungkan penternak malah banyak lagi pihak lain akan dapat manfaat. Saya amat berharap kerajaan DS Najib akan mengambil perhatian serius terhadap isu ini, walaupun bagi sesetengah ahli politik ia mungkin dianggap isu lapuk.

2 comments:

  1. Sayang, kenapa tak paham projek BN yang nak buat ladang tu.Adapun kami PR anggap idea tu baik untuk kawal semua babi.Dalam kes selsema babi ni kan senang kawal nak ber vaksin atau nak bunuh binatang tu.
    Yang projek BN di Melaka dan pemidahan babi oleh Najib dulu amacam?

    ReplyDelete
  2. Bravo Bro,
    Orang pangkah PAS&PKR nakkan perubahan... in tak sama je macam UMNO malah lagi teruk lagi...

    ReplyDelete

Blog Archive