Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, April 11, 2009

Kritikan Seiring Cadangan

Kami tertarik dengan komentar seorang anonymous di blog ini. Komen sebeginilah yang kami dambakan daripada pengunjung blog Paneh Miang. Selain mengkritik, orang Melayu juga perlu bersama memberi cadangan ke arah kemajuan bangsa sendiri. Kami paparkan komentarnya di sini untuk difikirkan bersama.

Anonymous Anonymous said...

Kat Malaysia, tanah paling mahal terletak di Lembah Klang.. Sekarang 3 Kampung Warisan Melayu akan diambil alih oleh kerajaan..

Sebahagian darinya di Sentul akan di beri kepada Yeoh Tiong Lay Corporation..

YTL akan membayar RM300++ psf kepada penduduk kampung tersebut yang merupakan orang Melayu.. Kemudian YTL akan membina kondominium setinggi 30 tingkat dengan harga minima RM300 psf kepada RAKYAT.. Bukan YTL dah untung 30x ganda ke?

Tanah Melayu di Padang Rengas dah bagi kat Yeoh Tiong Lay Cement.. Bape banyak tanah melayu nak diberi kepada orang kaya nie..

SAPA DIA NIE? BUMIPUTERA ke? MELAYU ke?

April 8, 2009 11:58 PM

Anonymous Anonymous said...

Sebelah dari Sentul nie Jalan Ipoh.. Terdapat banyak penempatan Cina di kawasan tersebut.. Tetapi, tanah mereka tidak diambil oleh kerajaan..

Sebab apa?

UMNO nak tolong MELAYU sebab tu kami amik tanah melayu dan dibayar pampasan.. Hat Cina biaq p la depa kat situ, lepas nie baru kami amik tanah depa plak.. Melayu dah okay masa tu

Tolong pa dia.. Lepas tanah melayu tersebut dibangunkan, tanah2 sekitarnya akan naik harga juga.. Jadi, di masa akan datang, kerajaan terpaksa membayar pampasan yang lebih kepada penempatan Cina di sekitar Sentul..

SAPA LEBIH UNTUNG


Untuk AGAMA, BANGSA dan NEGARA

April 9, 2009 12:18 AM

Anonymous Anonymous said...

Settlekan dulu kampung-kampung ini. Guna balik sistem pentadbiran Tun Abdul Razak dan Tun Hussein. Sistem tersebut masih tidak ternoda dengan amalan rasuah.

Utamakan MELAYU LUAR BANDAR. Memang kerajaan kurang membangun, tetapi apa perlu kita satu lagi KLCC dan KLIA. Semua dah ada.

Kita pacu ekonomi pulak untuk MELAYU dapat merasa nikmat pembangunan.

Tolong rakyat bertani, beli hasil mereka. Bayar harga berpatutan dan TUNAI.

SELANGOR kena kekalkan kawasan MELAYU dibandar dari dijual kepada taikun Cina. Dulu gombak, sentul, kerinchi, ampang kawasan MELAYU. KERINCHI dah HILANG. gombak, ampang, sentul sikit-sikit cina masuk. Melayu xmampu nak beli kondominium ditengah bandar. Nak beli rumah atas tanah di kawasan disebutkan BOLEH MIMPI JE LA. Sebab itulah Kampung Warisan Melayu di Lembah Klang kena dipelihara.

Korang nak tengok MANJOI jadi macam tu. 10 tahun dulu Kampung Warisan yang sedang dipertahankan di GOMBAK, AMPANG, SENTUL dari dijual kepada tangan lain ialah MANJOI sekarang.

Buangkan fahaman politik. UMNO teliti balik polisi nak bangunkan Kampung Baru, Kampung Chubadak, Kampung Berembang. JAGA TANAH MELAYU. LEMBAH KLANG BAWAH FEDERAL.

Concentrate BANGUNKAN TANAH MELAYU di di luar bandar.

Aku xnak tengok KL jadi S'pore ke-3. Kita boleh pertahankan LEMBAH KLANG, kita beli masa sebenarnya untuk kita selamatkan LEMBAH KINTA.

April 9, 2009 7:06 AM

Anonymous Anonymous said...

Apa kata 3 Kampung Warisan tersebut dibangunkan tetapi selain dari dibayar pampasan penduduk asal kampung tersebut JUGA diberi pegangan saham ke atas projek2 berkenaan.

Ini akan membolehkan MELAYU secara x langsung masih memegang sedikit pegangan ke atas tanah tersebut..

Kerajaan kena ganti balik tanah rezab Melayu..ITU HAK KITA.. Tetapi dengan adanya pampasan DAN pegangan saham, tanah ganti tersebut boleh diganti di luar bandar sedikit..

Ini dah dibuat oleh MCA.. UMNO pun benarkan.. Xkan UMNO xleh buat untuk MELAYU..

Bagaimana mereka buat..

Tanah ditengah2 LEMBAH KELANG dibeli oleh pemaju dengan harga pasaran untuk pembangunan.. Kemudian sekolah tersebut dipindahkan ke tanah baru di Putrajaya seluas 2 kali ganda.. Potensi nak naik balik pun xlama sangat..

Kita guna konsep sama.. Ganti balik tanah tersebut di luar bandar yang berpotensi untuk naik..

Ini membolehkan MELAYU masih ada TANAH di LEMBAH KLANG.. Sekarang MELAYU kena beli rumah luar KL sebab xmampu nak beli rumah di LEMBAH KLANG..

Kita nak ke depan, tapi kena tengok belakang sikit untuk pedoman.. Tanah MELAYU di PENANG, begitulah terhakis..

KITA jaga LEMBAH KLANG, untuk selamatkan LEMBAH KINTA, NUSAJAYA, PUTRAJAYA, CYBERJAYA..

Kita xnak MELAYU cuma mampu duduk di kuarters kerajaan.. Nanti dah pencen kena pindah balik ke kampung..

April 9, 2009 8:36 AM

4 comments:

  1. Binawe punya UMNO, jika tiada blok ini, tiada Medium utk dedah kepincangan UMNO Ptui. Sejarah UMNO penuh dgn curi tanah Melayu bagi kpd Cino. Org kampung tak tahu asyik dok baco Utusan ajo.

    ReplyDelete
  2. Macammana pula dengan diPerak ada tolong Melayu ke?Yang 900 tahun lebih milik tanah untuk Melayu ke? Siapa yang berkuasa diPerak masa tu?Jangan pandai komen saja.

    ReplyDelete
  3. Koperasi Ukhwah telah pun mengorak ke arah itu dengan membeli hartanah2 di dalam bandaraya KL. Jadilah ahli.

    ReplyDelete
  4. Hempuk Bata,
    nak salah UMNO pun tak guno bondo dah lopeh.. cerdik pandai macam kau diperlukan untuk membetulkan semulo SAF..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive