Brader Anwar Bin Ibrahim mungkin seorang pemidato yang hebat. Walaupun intipati atau idea ucapannya bolehlah diistilahkan sebagai 'kebrobrokan mereput ciput', namun tiada siapa yang dapat menafikan kehandalannya dalam menggetar-getarkan huruf serta perkataan sehingga mampu mempersonakan ramai gay boy picisan.
Sungguhpun begitu, Nurul Izzah tidaklah mewarisi kehebatan berpidato yang dimiliki ayah kesayangannya itu. Nurul Izzah yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai kini sedang berhadapan masalah komunikasi serta krisis keyakinan diri yang serius. Sedang Brader Anwar Bin Ibrahim berjuang untuk menghapuskan PPSMI dengan alasan kononnya bagi memartabatkan bahasa Melayu, Nurul Izzah pula masih bergelut dengan masalah untuk bertutur dengan betul dalam bahasa kebangsaan.
Sumber menyatakan bahawa Nurul Izzah tidak berani bersuara dalam sidang parlimen, sama ada untuk menjawab mahupun berbahas, adalah kerana takut dihentam oleh ahli parlimen lainnya. Tambahan pula beliau tidak tahu bagaimana untuk menanyakan soalan dalam bahasa Melayu standard kerana tidak begitu fasih bertutur dalam bahasa ibundanya itu. Dikhabarkan Nurul Izzah kini sedang giat berlatih bersama 'guru vokalnya' untuk memperbaiki kelemahannya menguasai bahasa Melayu. Beliau terpaksa mengambil inisiatif sendiri kerana ahli parlimen pembangkang lain, hatta bapanya sendiri tidak begitu mengendahkannya.
Kebanyakan soalan atau isu yang dibangkitkan terutama daripada ahli parlimen pembangkang, sebenarnya tidak pernah dibincang atau diselaraskan sesama mereka sebelum dibawa ke dalam sidang parlimen. Mereka hanya mengutarakan isu mengikut kehendak hati serta parti masing-masing. Contohnya, isu yang diutarakan oleh LGE di parlimen hakikatnya tidaklah diketahui oleh Nurul Izzah mahupun Hadi Awang sebelum sidang bermula. Mereka masing-masing bergerak bersendirian dalam membahaskan isu atau mengutarakan soalan di parlimen. Realitinya, ahli parlimen pembangkang tidaklah berpakat dalam erti kata sebenar sebagaimana yang sering diwar-warkan bahawa mereka terdiri daripada geng pakatan rakyat.
Nurul Izzah kini bertindak berseorangan, sementelah beliau sering disisihkan oleh ahli-ahli parlimen pembangkang muda yang lain atau dalam bahasa mudahnya - mereka tak nak geng dengan dia. Ahli-ahli parlimen pembangkang yang senior juga tidak memperdulikan Nurul Izzah kerana menganggap beliau masih terlalu muda dan mentah. Situasi ini telah menyebabkan Nurul Izzah berada dalam 'kemelut di muara kasih', 'kesepian dalam kekecohan', 'kesedihan dalam keceriaan' yang amatlah bertentangan dengan lakonannya di khalayak ramai selama ini.
Hakikatnya, Nurul Izzah kini memerlukan seorang 'hero' yang mampu menyelamatkannya daripada dilema yang sedang dihadapi. Mungkinkah KJ bakal menjadi penyelamatnya, sebagai insan yang boleh diharapkan Nurul Izzah untuk menjadi seorang pemidato yang hebat? Mungkin juga KJ mampu memberikan tips kepada Nurul Izzah agar lebih berkeyakinan untuk menghadapi cabaran sebagai ahli parlimen. Mungkin juga bantuan yang akan diberikan KJ kepada Nurul Izzah itu nanti mampu untuk mencetuskan kembali bibit-bibit usang agenda perkahwinan yang lebur akibat tercampaknya Brader Anwar Bin Ibrahim dari mercu kuasa.
Kami berpendapat, tidak perlulah Nurul Izzah menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap ayah kesayangannya itu, kerana Brader Anwar Bin Ibrahim kini sedang tenat memikirkan kaedah bagi menghalang kes liwatnya dari dibicarakan pada 1 Julai nanti. Terimalah hakikat bahawa tidak semua kuah akan tumpah ke nasi kerana kadangkala kuah juga boleh tumpah di atas meja.
kesian budak ni...cantik pandai...tapi dipergunakan bapak sendiri untuk melepaskan nafsu rakus nak berkuasa di bumi yang aman...
ReplyDeletekamu ni blogger ikut sedanp hati aje nulis ttg yb nurul izzah. aku 100 % tak percaya apa yang kamu tulis ni. buat isu lainlah, spt isu kemiskinan, kebajikan adalah juga inpit utk pak najib utk tadbir negara, katanya pak najib nak mendahulukan rakyat di atas segala tindakanya. aku sokong 100 % dgn hasrat pak najib tu. org umno dan penyokong umno bila nak berubah lagi.
ReplyDeleteanon, yg ko marah sgt bila sebut pasal izzah ni nape, ado ati ke kat dia
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya ada mengikuti kursus "effective communication & presentation skills" baru-baru ini. Tenaga Pengajar iaitu bekas guru Bahasa Inggeris @ guru bahas sek assunta ada mengatakan Anwar Ibrahim amat berharap Nurul Izzah dapat mewakili pasukan bahas sekolahnya.. tetapi guru bahas mendapati nurul izzah tidak yakin akan kemampuan berbahas.. maka nurul izzah cuma diletakkan sebagi pembahas simpanan sahaja.
Assalmualaikum anak anak semua,
ReplyDeleteApa yang Mak Cik tahu Bahasa Melayu tidak susah nak belajar.
Bangla atau Gurka duduk sini 6 bulan pun dah pandai cakap Melayu.
Tapi Kalau Bahasa Arab, yang ini memang susah sikit nak belajar. Sebab ada banyak Tenses nya. Feel Madi, Mudarik, Amr dsb.
Apa apa pun kalau hati betul betul mahu semua akan jadi juga.
orang mengantuk disurung bantal, orang sepi disurung apa...
ReplyDeleteini lah yang dikatakan takde akal punye blogger...ikut sedap jari menaip mendengar bisikan daripada syaitan.
ReplyDeleteTakde faedah lansung isu yang di perkatakan sebab takde fakta yang jelas untuk menyokong setiap apa yang ditaip.
Saya pernah pergi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Nurul Izzah ni, pada pendapat saye ok je dia punya ucapan. Adat lah tu setakat sangkut sikit2, yang penting maklumat yang ingin disampaikan tu di fahami oleh pendengar.
Salam Bro,
ReplyDeleteMmmmmm! Mantap tulisan ni. Syabas. Den sokong bebonar ~ huhu
Paneh miang ni bahaso negori ni.
ReplyDeleteBlog yang paling hampeh. Langsung tak ada objektif. Tahunya fitnah dan cakap kosong.
Beb,buang masalah lu...
Ini tipikal umno negeri kampong solok mano?
khabarnya datuk mukhriz pun tidak ada keyakinan diri selepas kalah jawatan pemuda umno...dan mukhriz terpaksa bergantung di atas nama dan da darah daging tun mahathir utk menjadi menteri kabinet..maknanya jika di hujung nama mukhir tidak ada nama mahthir..mungkin tak jadi nya menteri...sayang sekali seorang ahli pemuda umno terpaksa bergantung diatas kegagahan ayahnya untk menteri..apa guna jadi pemuda umno kalau camtu!!
ReplyDeleteMmg tak pernah nampak dia berbahas di Parlimen..takut la tu. Tok Najib bagi aku risau dengan 1 malaysia..patutnya 1 melayu...
ReplyDeleteboto ko ni jang..
ReplyDeleteden tengok dulu kek 'youtube'.. elok yo bunyi bahso melayu eh..
tapi takpo la... takdo la ponting mano pun.. janji kojo kuek untuk rakyat..
jangan cakap yo pandai.. tapi habuk pun takdo
salam utk weber, eden cayo cakap ekau..tetapi bahaso pun kono botoi, kalau tak nanti..org kato tak roti bahaso pulak..lain yg disuruh lain yg dibuek..takkan nak ckp kurang pendengaran plak..kpd YB Izzah bilo nak join BN...mari laa join ese dlm BN..tak yah takut.. abah kau tak marah doh!!!
ReplyDeletedari: jang anakpakngah amat
Awak jangan tipu lah, saya sendiri pernah dengar Izzah beri ceramah dalam BM semasa PRU12--Ok penguasaan bahasanya.Mungkin dalam parlimen beliau tidak banyak cakap--berapa orang MP yang cakap dalam parlimen di tunjuk di TV--sekerat sahaja. Tetapi yang aneh, Gabenor Bank Negara--Zeti Aziz yang sentiasa keluar di TV tak pernah cakap BM--selalu jawab soalan dalam BI--Apo nak dikato
ReplyDeleteSaya boleh ajar bahasa isyarat pada nurul Izzah.. rasanya lepas tu tentu tak ada orang yg akan pertikai masalah bahasa yang dia gunakan..itu pon kalau dia sudi.. Toll Free lagi.
ReplyDeleteblog pukimak camni pun bleh carik makan ? adoi punya la bodoh umngok ni patut la semua ahli merempat
ReplyDeletekakaka. anon. pukimak kau sama macam blog ni ke? kuikuikui. kalau begitu sah lawa pukimak kau tu. bleh la aku rodok. hahahaha. jangan marah haaa.
ReplyDeleteorg ngantuk disorongkan bantal ; org sepi disorongkan pipit la ; hehehe
ReplyDeleteSENANG JER UBAT UTK NURUL IZZAH UTK PETAH BERCAKAP.MEH BLOW JOB KAT ABANG TERUS PETAH BERCAKAP..GERENTI
ReplyDelete