Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, April 6, 2009

Why...why...why...

Walaupun terdetik dihati mengapa Che Det banyak menyebut perkataan maaf dalam ucapannya kali ini, namun saya teruskan mendengar. Sejurus kemudian kelihatan Che Det seolah tidak dapat meneruskan kata-kata. Suaranya seperti tersekat dan beberapa kali beliau meneguk air yang berada dihadapannya.

"Tuan Pengerusi Tetap, ahli-ahli Majlis Tertinggi, para perwakilan ke perhimpunan Umno 2002, tuan-tuan dan puan-puan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan satu perletakan jawatan saya..."

Che Det berhenti seketika, kelihatan sebak, kembali meneguk air dari gelas dan meneruskan..

"...perletakan jawatan saya sebagai Presiden Umno dan semua jawatan-jawatan yang dipegang oleh saya...dalam parti, perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan semua jawatan dalam Barisan Nasional."

Semua yang berada dalam Dewan Tun Abdul Razak ketika itu terpinga-pinga kerana masih belum dapat menangkap maksud sebenar ucapan tersebut. Sejurus kemudian terdengar teriakan daripada perwakilan, "Jangan! Jangan! Tarik balik...tarik balik..."

Suasana menjadi kelam kabut dan pelbagai reaksi dapat disaksikan yang memperlihatkan kejutan dan penolakan.

Paklah ketika itu dilihat bangun dan meminta izin untuk bercakap, "Tuan Yang Dipertua...Tuan Yang Dipertua, Pengerusi Tetap Umno Malaysia...izinkan saya..."

Rafidah dan Hishammuddin menerpa ke arah Che Det dan kedengaran bertanya, "Why...why...why..."

Pada masa yang sama, Paklah bercakap di mikrofon, "Kita tidak boleh terima ini, kita minta Datuk Seri tarik balik"...serentak dengan jeritan ramai perwakilan, "Tarik balik...tarik balik..."

Che Det ketika itu menyebut "No...no...no..." dan dibalas oleh Hishammuddin, "Please don't..."

Kedengaran kata Che Det seterusnya, "No, I have decided...I have decided...dah lama dah..."

Itulah peristiwa yang berlaku pada 22 Jun 2002 di Perhimpunan Agong Umno ke-53. Pada masa itu saya sedang menonton melalui tv di rumah. Ketika itu juga mata saya bergenang. Secara tiba-tiba merasa sebak.

Sepanjang pentadbiran Che Det, saya dan rakan-rakan sering mengkritik dasar dan keputusan yang dibuat oleh beliau. Malah semasa Che Det melawat universiti tempat saya belajar, saya juga berkesempatan menyoal dan mengkritik beliau secara bersemuka dalam majlis ramah mesra PM dengan mahasiswa. Namun beliau berupaya menjawab soalan dan kritikan saya dengan gayanya yang sinikal.

Allahyarham ayah saya juga merupakan pengkritik setia Che Det. Saya sering mendengar beliau mengkritik banyak keputusan yang dibuat oleh Che Det. Ada saja perkara yang dibuat oleh Che Det tidak kena pada pandangan mata dan hatinya. Namun selepas Che Det bersara, suatu hari semasa pulang ke rumah orang tua, saya melihat potret Che Det dan Siti Hasmah tergantung di dinding ruang tamu. Potret negarawan yang siap dibingkai cantik itu juga tertulis perkataan "TERIMA KASIH". Apabila saya ajukan soalan kepada emak, "Siapa yang gantung gambar tu?"...jawab emak, "Tanyalah ayah kau..."

Saya tersenyum ketika itu. Dalam ingatan saya, tidak pernah saya mendengar arwah ayah memuji Che Det sepanjang hayatnya. Tetapi dengan penggantungan potret itu, secara tidak langsung telah menggambarkan perasaan sebenar yang tersirat dihatinya. Mungkin arwah ayah segan untuk meluahkannya, namun saya tahu bahawa dia tetap mengakui akan kebesaran jasa negarawan ulung itu.

Saya akui...sebagai manusia Che Det tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Namun saya juga tidak mampu untuk menafikan bahawa jasa dan kebaikan yang dilakukan Che Det adalah lebih besar berbanding kesilapannya. Pada saya, rakyat Malaysia yang cuba menafikan hakikat ini terdiri daripada manusia yang angkuh dan sombong serta bukanlah tergolong dikalangan hamba Allah s.w.t. yang tahu bersyukur.

Di zaman pentadbiran Che Det, hanya satu saja keputusannya yang direstui saya tanpa bantahan iaitu memecat Brader Anwar Bin Ibrahim. Hanya mereka yang mengkaji serta terbuka minda dan hatinya saja yang tahu mengapa. Tetapi kepada pengikut tegar anWAR, generasi muda hari ini serta mereka yang baru mengambil tahu perihal Brader Anwar Bin Ibrahim selepas dipecat, mungkin akan berterusan menyokongnya.

Terhumbannya Brader Anwar Bin Ibrahim daripada kerajaan dan Umno sebenarnya merupakan satu rahmat buat rakyat Malaysia. Cuma tidak ramai yang mahu mengakuinya.

Kepada Najib, jika tidak mampu menjadi sehebat TDM pun...cukuplah sekadar hampir menyamainya. Ini kerana saya tidak ingin lagi merasa 'kehilangan' sebagaimana yang saya rasai di zaman Paklah. Semoga Najib mampu melaksanakan amanah rakyat.

23 comments:

  1. Oh Pantet Miang, komen la sikit tentang Mat Mongol. Bapak aku lain sikit sbb waktu aku muda dulu aku minat juga si mata satu mahakutty ni, tapi satu ketika sedang aku tgk tv3 meloya, ayah aku kata baik kau tutup TV3 yg dok tunjuk muka Mahasenile tu, kalau tidak aku hempas dgn bata. Aku tanya mengapa ayah, dia kata satu hari kau akan tahu. Waktu itu PM tua ni sdg memjelaskan isu tarik imuniti Raja-Raja. Sekarang ini baru aku ingat yg pandangan org tua-tua memang pandangan jauh. Akibatnya Karpal Singh gila pun nak saman Raja Azlan. Ingat lg waktu itu kenyataan Sanusi Joned yg dia menyatakan hanya 2 hospital Gila dibuat diMsia iaitu Tampoi dan Tanjung rambutan. katanya khas utuk 2 raja Negeri itu. Eighhhh!!! selayak ini yg kata Pemimpin Melayu hina Raja Melayu sendiri.

    ReplyDelete
  2. salam tuan,

    sobak pulak hati den baco artikel kali ini.

    kito pun berharap la anon kek ateh ni maso jadi PM nanti lobih baik dari chedet...

    satu lagi anon kek ateh ni.. paneh miang tak dapek buek apo kek mat mongol do..takdo kuaso.. caro yang terbaik ko sendiri poie jumpo najib suruh dio lotak jawatan.. lopeh tu ko ganti la dio...

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Saudara menyatakan bahawa hanya yang baru mengenali Anwar sahaja masih menyokongnya.

    Kajian saya pula menunjukkan majoriti yang simpati pada pembangkang adalah orang yang sebelum ini kurang mengambil tahu perkembangan politik negara. Kebanyakannya lama menetap di bandar dan kurang bergaul dengan masyarakat setempat.

    ReplyDelete
  4. Kepada Anon,
    Saya kasihan pada ayah anda. Bukankah lebih ditutup sahaja TV atau diubah siarannya. Kenapa nak hempas dengan bata? Saya fikir ayah saudara perlukan rawatan lanjut. Sebagai anak, saudara bertanggung jawab membantunya. Jangan jadi anak tak mengenang budi. Atau, saudara menganggap oleh kerana tanggungjawab seorang ayah memelihara saudara sejak kecil maka saudara tidak perlu berterima kasih padanya?

    ReplyDelete
  5. Ini mahatua tak boleh umat Melayu islam ikut sbb dia ni jonis Matlamat Menghalalkan Cara. Dia akan guna apa saja utk berkuasa. Raja pun direntap sampai UMNO terengganu hina Natang! Sejarah dia naik pun dari zaman Tengku sampai Pak Lah semua di musuhi. Masyarakat Cina secara umumnya dipanggil Komunis. Ini melayu Ultra tapi Cina yg lobi dia dia jaga, kalau tak caya tanya Eric Chia, Lee Kim Yew, Francis YTL. dsbnya. Ini Mamak tongkang sikander Kutty takda jujur punya tp apa nak buek si Paneh Miang nostalgia. waktu dia kata why why tu, aku pun tgk bersama ayah aku, kami 2-2 gelak tgk mamak ni bersendiwara. Kalau dia benar2 ikhlas, takyah la umum atas pentas. Umum waktu sidang MKT sudah la. Melayu mcm Tarieq hanya mampu naik bas aja setelah 52 thn merdeka. Mari lah kita nyanyi lagu Umno Bersatu kita bersatu dgn setia kita ber rasuah!!!

    ReplyDelete
  6. Kpd Cekguman, aku rasa kaulah 1-1 cigu yg skg UMPUNO. Kalau hari ni pergi kesekolah buat survey 90 peratus cigu anti gomen. Ini hakikat.Itu yg Hisyam Ponen keluar arahan guru2 dilrg politik. Pd hari ini Yg skg pembangkang rata yg banyak bergaul dgn masyarakat setempat. Tidak seperti Ahli UMNO yg Hati dah tertutup. Maklumlah dah jadi karat. TV aku aku tutup. Nasib baik lagi kalu tidah nescaya kena hentak bata.

    ReplyDelete
  7. Saya bersetuju dengan pendapat cheguman, dan majoriti rakyat khususnya melayu masih sayangkan UMNO.. tetapi ramai YB-YB UMNO ini jarang turun padang untuk mendengar masalah rakyat walaupun banyak usaha dibuat oleh pemimpin2 UMNO ini untuk memajukan negeri dan negara.. turun padang dan jelaskan rakyat misi perjuangan agar rakyat faham dan maklum serta boleh turut serta dalam perjuangan UMNO itu sendiri khususnya golongan muda.

    apa yang terjadi pada PRU 12 adalah bukti rakyat tidak bersetuju dengan BN, walaubagaimanapun undi terhadap pembangkang bukanlah satu penyelesaian.. ia lebih kepada pengajaran..

    ReplyDelete
  8. tak kisah lah non.. borkat dasar DEB, dapek yo den kojo as middle management dokek bank bawah naungan BNM.. dapek jugak lah kalau tak tigo duo keto den pakai.. dapek la den boli rumah untuk kobahagian keluargo den.. dapek jugak lah den naik "feri" poie langkawi, naik flight kemano-mano.. kut den dok merungut, asyik komplen dengan kerajaan tak kemano agak eh den ni.. motong gotah yo la jawab eh..

    anon ni ado "tolo' ko tak? nick pun main taram yo... ko kau takdo hidung sampai ghoman kau pun orang tak nampak.. yang kau tau baling batu sombunyi tangan.. the very 'typical' Fuckatan Riot Behaviour...

    ReplyDelete
  9. Kah kah kah

    Anon yang menyamar guna pelbagai nick ni kelakar la

    Kah kah kah

    Split personality

    Kah kah kah

    Macam orang gila

    Kah kah kah

    Patut la bapak dia nak hempas batu bata

    Kah kah kah

    Agaknya kepala dia dulu pun pernah kena hempas batu bata

    Kah kah kah

    Sebab tu jadi biol

    Kah kah kah

    Cayalah bapak anon ni

    Kah kah kah

    Keturunan pengganas

    Kah kah kah

    Keluarga pengganas

    Kah kah kah

    Mak dia pun kena hentak batu bata

    Kah kah kah

    Jadi biol lahir anak pun biol

    Kah kah kah

    Anon biol

    Kah kah kah

    Meraban tak tentu hala

    Kah kah kah huk huk huk ptuih..

    ReplyDelete
  10. Cheguman@Demang Lebar PunggungApril 6, 2009 at 2:46 PM

    Penipu rakyat dah emosional mcm Tareiq Dhiuddin. Jangan taasub bela sikander Kutty. Nanti mlm kalu mari 2 bukit, jangan lupo bawak le sama Ambulance. Bukan aponyo takut org tua nyayok tu semput tarik nafas, nangis pulak si Pantet Miang. Berbalik pd soal, kenapa umum ltk jawatan atas pentas? Sbb lain tak bukan hanya jenis pemimpin bacul aja. Pemimpin bacul aku tak respect. Kalau dah iklas sgt letak jawatan, kenapa pulak skrg dah tua aktif semula politik. Sbbnya perjuangan blum selosai. Dulu nak groom mokzani tp dia ni bodoh sikit kaya melaui proksi, idung tinggi, pemuda merbok tolak. Skrg cuba nak naik anak kau Mukriz, mukriz pun bodoh kuang jugak (mcm aku dah cito meka ni anak doc laki bini bodoh sumbat anak MRSM pintu blkg). Aku respct KJ sbb dia jenis cerdik dan jenis ayam sabung bukan jenis lembik mcm Hisham Auuw dan Mukriz. Apa nak buek Mahshit ooi, dah di takdirkan kau kena keja sampai kojol walaupun kau diantara PM terkaya sekita dulu Wuah wuah wuah. Berrasuah kita berrasuah. lagu UMNO Baru. Kau pun jenis melayu Tongkat jugak ke Tareiq?

    ReplyDelete
  11. Kah kah kah

    Anon menyamar ni dah tunjuk belang

    Kah kah kah

    Orang setiakawan rupanya

    Kah kah kah

    Setiakawan membawa mampus

    Kah kah kah

    Patut la bersungguh2 masuk kempen setiakawan di blog ni

    Kah kah kah

    Dah paneh miang rupanya

    Kah kah kah huk huk huk ptuih..

    ReplyDelete
  12. Tgk gaya tulisan Penipu Rakyat macam tak poie sokolah aja. Ada sikit fanatik. Biarkan lah kami yg nampak sikit ada gaya intelectual macam Pantet Miang ngaji sampai U. Kau kena tulisan aku sampai tergelak sewel. Mungkin jenis anak yg tak berdoa kot waktu mak pak bersama. Jgn marah walau pun akau tahu IQ kau ada kureng sikit.

    ReplyDelete
  13. Salam...

    AMAT BAIK DAN ACTIKEL INI SGT2 MENYENTUH JIWA PaKMie. TERUS TERANG PaKMie ckp PaKMie sgt terharu dan jiwa ini terasa kosong di dlm dewan yg mulia pada masa itu...

    Asalamualaikum...jiwa anda juga sama dgn PaKMie. TUN BKN SAHAJA PEMIMPIN NEGARA MALAYSIA>>>TUN JUGA PEMIMPIN DUNIA ISLAM SEBENAR!!!!PaKMie.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. takdo den bertungkek do anon.. den belaja pakai duit sendiri yo.. tak pinjam mano2.. tapi kot kerajaan tak bukak peluang ciput ajola melayu dapek belajar tinggi2..

    anon yang penakut kurang kasih sayang.. takdo tolo.. tak payah nak momokak..
    kek sini ko berani la momokak.. kot jumpo botul2 torkobil-kobil mato.. baru disorgah tunjuk parang dah torkoncing dalam seluar..
    species macam ni memang banyak dokek dunio blog ni.. habuk pun tarak.. membabi buto sokong B.A.B.I yang kaki kelentong.. lopeh tu lari ko kedutaan turki.. penakut...

    ReplyDelete
  15. Bermacam cara anon ni menyamar menggunakan pelbagai nick utk kelirukan pembaca blog ni. Memang benar agaknya kepala dia dah kena hentak dgn batu bata oleh bapak dia dulu. Mesti dia spesis yang terlepas dari tampoi atau tanjung rambutan. Takpelah. Sekurang2nya kami ada bahan baru utk diketawakan bila dok bersembang. Teruskan usaha kau anon. Tambah la lagi modal utk kami golak beramai2.

    ReplyDelete
  16. salam..

    er..err anon kat atas nie anak aram tol lar..One tu penyamar yer tq...

    ReplyDelete
  17. tanpa guru, saya tidak kenal abc dan menjadi apa yg saya jadi hari ini.saya minta maaf terlebih dahulu pada guru2 tetapi satu yg tak boleh dinafikan dgn cikgu ni, dia anggap dia betul semua, org lain salah. ckp dia yg betul. kena dgr ckp dia. cerewet tok sah citer. maklumlah cikgu.
    suka atau tidak kita kena dgr gak, sbb guru. nak melawan karang kot kita dikata kurang ajar. itu yg naik tocang cikgu ni. mereka sering anggap diri pandai hanya kerana mrk ini warga pendidik

    ReplyDelete
  18. aku seorang cikgu juga,uku mmg sokong UMNO.UMNO Dulu,Kini dan Selamanya..Hidup UMNO

    ReplyDelete
  19. Cikgu patut TQ pd krjn.Walaupun beban tugas kt byk kita buatla termampu kita.Dulu cikgu kita bantu kita.Skang kt sbg cikgu bantu pula muid kita.Untuk anak2 bangsa kita juga...Terima Kasih Cikgu2 saya dahulu..

    ReplyDelete
  20. Che Det mmg best.Dulu smua orang nangis masa die bersara.Aku pun nangis tau x..Masa anwar temberang kna buang,aku mmg sumpah Dr M.Tp bila aku pk baik2,negara lebih penting dr Anwar Si Penasihat Parti Kencing Rakyat...PKR

    ReplyDelete
  21. salam,
    alhamdulillah syukur aku bernaung dibawah bendera umno aku diajar baik-baik tak ajar maki hamun sesama bangsa.
    Hidup UMNO dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  22. sbak pulak tengok poket aku kosong nie....dr baca artikel di ats

    ReplyDelete
  23. poket kau kosong sebab malas usaha. patut la kau sebak.

    ReplyDelete

Blog Archive