Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, April 5, 2009

Agenda TPM Bukan Melayu @ Minoriti

Kepada sdr Ti & Sekutu-sekutu yang setuju dengan Agenda TPM bukan Melayu @ minoriti.

Melihat kepada diskusi, celahan, hentaman sebagainya, saya fikir ada satu sudut yang semua bangsa kena fikir secara mendalam menggunakan ilmu teologi, falsafah bernegara dan epistimologi ilmu politik bersandarkan Perjanjian Madinah, Perjanjian Hudaibiah dan Perjanjian yang berlaku antara Kafir & Musyikirin dan Islam di Andalusia. Juga bacalah kitab The Republic & Perjanjian Maharaja Ching serta Perjanjian antara Sultan Melaka Sultan Mansur Shah bersama Laksanama Cheng Ho.

Dengan berasaskan kitab dan risalah-risalah ini, beberapa soalan yang dipaculkan oleh siapa pun yang akarnya bukan Melayu atau Islam PERLU melihat aspek-aspek pembangunan TAMADUN BANGSA dalam perspektif yang lebih afdhal, bukan berpandukan DESAKAN awam bahawa perlu ada penjawat TIMBALAN PERDANA MENTERI untuk maksud A,B,C dan... Sentimen politik, penguasaan pengaruh politik, batasan pemikiran dan kesatuan berpolitik bukanlah RESEPI yang mantap untuk tujuan apa jua TPM.

Kepada umat Melayu, jika ada peluang bacalah perkiraan tersirat dalam Buku Merah yang dikarang oleh pihak Komunis, atau bacalah urutan tersirat dalam buku tulisan YAM Perdana Menteri Pertama dalam kisah 13 Mei 1969; buku yang dikelas sebagai Koleksi Buku Haram yang tersimpan kemas di Perpustakaan PDRM dan buku strategi mengKOMUNIS dan meYAHUDI minda rakyat berdaulat merdeka Tanah Melayu yang masih tersimpan di beberapa perpustakaan Khas di Malaysia. Ini kena cari la...Pola 20 tahun kembali. Ini merupakan RAHSIA yang tidak dibincang secara terbuka. Tapi kepada yang mengerti dan faham akan FAHAM dan AKUR. Ingatlah bahawa NEGARA MALAYSIA merupakan NEGARA PEMERINTAHAN berasaskan ISLAM. Walaupun tidak secara TOTAL, tetapi semakin ada peningkatan akan kefahaman bahawa AKHIRnya ISLAM IS THE WAY OF LIFE.

Sesungguhnya banyak halangan dan cabaran mendatang. Tidak perlu TPM yang khas. Yang perlu secara ADAB dan ADAT ialah pengertian KESATUAN BERFIKIR dan KESATUAN KONGSI KUASA. Umat Melayu langsung tidak pernah ungkit isu-isu Bangsa Tiong Hua dan Bangsa Tamil. Langsung tidak ungkit perihal sesuka hatinya membina medan, markas dan tapak agama secara sewenang-wenang. Kerana Islam berpegang kepada KAEDAH - untuk engkau agama engkau, untuk KAMI agama KAMI. Umat Melayu langsung tidak sibuk hal bagaimana cerita sebenar atau peristiwa sebenar yang tersirat istilah PAKATAN Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambathan. Ketiga-tiga mereka membawa kisah KONGSI KUASA ke kubur masing-masing. Yang tahu pun dah ramai Arwah. Paling lama yang masih bernyawa takat ini pun mungkin dah nyanyuk.

Negara ini perlu kepada KEFAHAMAN bahawa ISLAM untuk semua (bukannya Pas untuk semua). InsyaAllah, rakyat yang punya kad pengenalan Malaysia mengerti bahawa RUKUNEGARA 1970 itu amat penting. ISLAM merupakan Agama Persekutuan dan Panduan mendasari Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Ramai orang suka buat huru-hara, sebab hanya tahu hidup. Bila hidup ada suara, ada mata, ada telinga, ada bau. Ramai tak mengenal apa itu Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Apa itu keturunan Melayu, keturunan Tiong Hua @ Cina, keturunan Tamil @ India dan sebagainya? Bagaimana sebenarnya Tanah Melayu-Persekutuan Tanah Melayu-Malaysia terbina? Bagaimana dan Punca sebenar bercerai talak 3, Malaysia-Singapura? Bagaimana dan Punca sebenar pertunangan, Malaysia-Brunei? Bagaimana dan Punca Sebenar Pernikahan Sarawak dan Sabah dan Semenanjung Tanah Melayu kemudian Malaysia?

Jika semua itu boleh dirungkai dan berjawab secara TERTIB, BERADAT dan BERADAB oleh semua yang mengaku ahli UMNO, ahli MCA, ahli MIC sebagainya; baru boleh BICARA isu lebih bersifat One Malaysia untuk adakan apa-apa pun yang diwakili oleh seorang insan yang bukan ASAL untuk memimpin warga lain seramai mungkin yang dipanggil Rakyat Malaysia.

3 comments:

  1. Nak tarik balik sokongan melayu pun belum kebah, sekarang nak ditambah dengan satu isu daripada opurtunist politik. cukuplah tu, jangan nak menangguk di air yang sudah tersangat keruh.

    ReplyDelete
  2. Orang putih ade pepatah yang berbunyi,kalau ada kawan saperti ini ,ta payah cari musuh.
    islyilah perang sejuk" agent provocateur", perang dunia kedua -"fifth column".
    changkat lobak
    arjuna waspada

    ReplyDelete
  3. sesunggohnya aku bangga dan berkeyakinan pada bangsa ku sendiri lebih -lebih lagi yang celik sejarah.
    Wasallam

    ReplyDelete

Blog Archive