Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, April 17, 2009

Pengasas Sebenar Malayan Union

Kenal siapa lelaki di atas ni? Beliau adalah Tun Tan Cheng Lock. Ramai orang mengenalinya antara pengasas dan mantan Presiden MCA. Namun tidak ramai yang tahu bahawa beliaulah sebenarnya antara perancang utama yang bersubahat dengan British untuk menubuhan Malayan Union pada 1941. Tujuannya adalah untuk...MEMASTIKAN KAUM CINA MENDAPAT HAK SAMA RATA DENGAN PRIBUMI SERTA DIIKTIRAF SEBAGAI RAKYAT TANAH MELAYU. Tetapi beliau terpaksa memendam hasratnya pada masa itu kerana pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Hajat beliau kembali terlaksana apabila Jepun menyerah kalah dan British bersetuju dengan saranannya itu.

Nota Tan Cheng Lock (1947)

Malaya Tribune 12.9.47

Protes Orang Melayu Terhadap Malayan Union

Anti Malayan Union 28.12.46

Angkatan Wanita Sedar (AWAS) 28.12.46

Apabila Che Det menulis berkenaan sejarah, Ti Lian Ker telah mengulasnya serta menempelak negarawan itu sebagai 'pengarah' (piloted and captained) kepada ketegangan kaum di Malaysia. Banyak lagi perkara yang telah disentuh oleh Ti Lian Ker dan kami hormati pendapatnya itu. Namun kami juga tidak boleh dihalang untuk mengingatkan orang Melayu berkenaan sejarah kaum bukan Melayu di negara ini. Ini kerana kami SANGAT MEMAHAMI akan sikap suka ambil mudah serta tidak kisah orang Melayu dan mereka harus selalu diperingatkan agar lebih berhati-hati dalam menempuh cabaran masa hadapan.

Orang Melayu perlu diperingatkan bahawa kaum lain yang tinggal bersama mereka hari ini adalah kaum survivor yang berpengalaman luas dalam perjuangan kelangsungan hidup selama beribu-ribu tahun di negara asal mereka.

Orang Melayu perlu diperingatkan bahawa kaum lain di Malaysia sudah terdedah dengan persaingan sesama mereka selama beribu-ribu tahun, sedangkan pribumi Tanah Melayu sentiasa hidup selesa dan aman sejak zaman paleolitik lagi.

Orang Melayu perlu diperingatkan agar lebih berhati-hati dengan kaum yang cuba merampas hak mereka melalui cadangan penubuhan Malayan Union.

Orang Melayu perlu diperingatkan akan kaum yang telah menaikkan bendera negara asal di rumah serta kedai milik mereka ketika menyambut hari kebesaran negara kelahiran mereka sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

Orang Melayu perlu diperingatkan akan kaum yang belot di Melaka yang mempunyai kekuatan armada 170 ribu orang TETAPI tumpas kepada Portugis yang hanya memiliki ketumbukan tentera seramai 1400 orang sahaja.

Orang Melayu harus diperingatkan agar tidak lagi mengalah atau tunduk kepada tekanan daripada sesiapa sahaja terutama berkaitan percubaan menggangu gugat hak pribumi.

Dan kami amat berharap agar orang bukan Melayu menghormati hak pribumi serta JUS yang telah dikurniakan kepada mereka.

Ingatlah bahawa "kaum bukan Melayu dapat hidup aman dan damai HANYA JIKA kaum pribumi hidup dalam keadaan aman dan damai".

p/s: Forum perbincangan juga terdapat di sini.

17 comments:

  1. Aku sokong Melayu mesti terus diberi tongkat utk bersaing dgn bangsa asing seperti mana Mahathir pernah bagi pinjam tongkat kepada YTL, Ananda Krishnan, Lee kim Yew, Eric Chia, Ting pek king dsbnya. Hidup melayu.

    ReplyDelete
  2. dan mereka mahukan TPM2 di sertakan dengan tanah geran kekal....
    changkat lobak.
    arjuna waspada

    ReplyDelete
  3. good article bro!!!

    ReplyDelete
  4. ya...ya....salahkan kaum2 lain spt kami...

    kaum2 lain spt kami yg BERSALAH...semua salah kami....

    cermin diri tu dulu...u bloody racist

    ReplyDelete
  5. Hei orang Sarawak,

    Negeri engko masuk Malaysia tahun 65.Baca le perlembagaan tengokle keistimewaan orang Sabah dan Sarawak yang kaum lain x dapat.Jgn buat perangai X tau bersyukur.

    ReplyDelete
  6. ada lagi yang perlu diingatkan. cuba kaji parti komunis malaya pula, dimanakah keturunan mereka berada skrg

    ReplyDelete
  7. bang oii... dalam dunia ni takde bangsa melayu masa paleolitik laa.. ko ni tau sejarah ke atau putar belitkan, kaum pribumi nyg asal di malaysia ialah org asli, ko pun pendatang jugak.....

    ReplyDelete
  8. Syabas Paneh! Pendedahan yang sungguh menarik

    ReplyDelete
  9. ano 8.46pm ni mengata org buta sejarah tapi sebenarnya dia yg buta tak sedar. malay archipelago penah dengar ke ano? ko tau tak beza antara pendatang dari benua lain dgn penghijrah dlm benua yg sama? kau tau ka melayu asli dah wujud sejak paleolitik? kau tau ka melayu dan asli itu dari rumpun yg sama? ni la dikatakan bodoh tak bertempat dan bangang tak berajar.

    ReplyDelete
  10. Dia tu terpengaruh ngan sejarah buku teks..kena hasut ngan cina la tuhh..dia mana tau sejarah orang melayu..bongok tol dia tu

    ReplyDelete
  11. ni yg aku tak faham ni!

    Melawyer said...

    Aku sokong Melayu mesti terus diberi tongkat utk bersaing dgn bangsa asing seperti mana Mahathir pernah bagi pinjam tongkat kepada YTL, Ananda Krishnan, Lee kim Yew, Eric Chia, Ting pek king dsbnya. Hidup melayu.


    Mereka tu rakyat yang mahu memajukan Malaysia. Mereka approach kerajaan dgn proposal yang hebat, tetapi kamu tu kalau ada proposal yang hebat pi jumpa Najib, sebelum jmumpa patenkan dulu. Kalau tak ada baik terukan pekerjaan anda. Dan jika Melayu bercakap hal berniaga, hal projek, hal industri, tetap juga melayu lain tempelak kononnya asyik cakap hal projek juta-juta dan jika bukan melayu merebut kek ekonomi kita jadi macam khengga(kerengga), patutnya kita kena jadi macam semut! Jadi apa sebenarnya yang anda mahu sumbangkan untuk kemajuan diri sendiri sebelum anda menyumbangkan kepada malaysia spt nama-nam yg kamu sebut termasuk yang amat dihormati negarawan Tun Mahathir?

    *Apa usaha anda untuk kehidupan? berniaga atau bekerja? Atau lawyer kedai kopi?

    ReplyDelete
  12. Dalam islam la ye.. ni kalu korang islam laa.. semua bangsa asal keturunan satu aje ( harap korang tau.. malas nak terangkan, budak darjah satu pun tau.. )

    cuba kaji asal keturunan MB Perak, Tun Det.. duk beteriak pasai melayu..khaakk tuiiii

    ReplyDelete
  13. kalo aku cakap imamsibaweh ni bodoh..mesti dia marah punya. nak kata kurang cerdik pun..malas la nak terangkan. dalam islam..kalo imamsibaweh ni islam la..Allah jadikan manusia itu berbangsa2 ada sebabnya dan banyak dah kaum/bangsa yang Allah perlingkupkan sepertimana diceritakan dalam Quran..pun ada sebabnya..budak darjah satu pun tau...khaakk tuiiii kat imamsibaweh saje.

    ReplyDelete
  14. untuk pengetahuan 8387, pada 16 September, 1963 (bukan 1965)Negeri-negeri Tanah Melayu,Singapura, Sabah (North Borneo) dan Sarawak menubuh sebuah negara berdaulat, i.e. MALAYSIA. Semenjak penubuhan Malaysia pada hari itu, kebanyakan hasil bumi seperti petroleum dan gas adalah dimiliki oleh Kerajaan Malaysia. Untuk pengetahuan lebih lanjut kepada 8387,lebih daripada 85% hasil petroleum/gas datang dari wilayah Sabah dan Sarawak dan selebihnya dari Terengganu. Banyak pembangunan infrastruktur kelas satu semuanya tertumpu di wilayah Semenanjung Malaysia Hanya pembangunan kelas tiga sahaja terdapat di wilayah Sabah/Sarawak. Di manakah perlunya kami di Sarawak bersyukur.

    ReplyDelete
  15. jangan terlampau perkauman saya disini tidak mahu kejadian seperti 13 mei terjadi kembali

    anda hendak melayu tidak dijajah dan dipandang rendah. fikir jauh sape yang menjatuhkan maruah sendiri. kita sendiri. dah terlebih sangat mengikut orang. orang negara atas angin minum arak kita ikut minum arak,orang atas angin buat seks bebas kita buat juga. itu lah yang patut kiter lihat dan kaji
    jangan berdengki sesama sendiri. dengki yang baik kan nabi muhammad saw ada ajar jadi kita naik kan bangsa kita bersama-sama. kita ketepikan permusuhan politik kita bersatu. kita kembali kepada zaman kegemilangan melaka dahulu kita boleh. anda yang ada diluar sana boleh yang memengang tampuk pemeritahan sekarang boleh. baru dinamakan memperjuangkan nasib melayu bukan hanya diluahkan seperti melepaskan batuk ditangga tapi dilaksanakan supaya kita boleh bersatu padu dengan bangsa kita dan juga bangsa lain

    ReplyDelete
  16. Kenapa nak ungkitkan perkara lama?
    Apa manfaatnya?

    Dah tak ada modal ke untuk bincang isu semasa saperti mat rempit, kes ragut, remaja melampau dsb.

    Blog ini asyik merungut tak tentu pasal.

    Tak ada cadangan membina. Berbau negatif and jelas cetek.

    ReplyDelete

Blog Archive