Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, April 10, 2009

MCA & MIC TAK RELEVAN, PROSES PEMBERSIHAN KAKITANGAN AWAM

Setelah meneliti keputusan tiga kawasan pilihan raya kecil baru-baru ini, ramai pemerhati berpendapat bahawa bukan sahaja Umno yang telah ditolak oleh orang Melayu, malahan MCA turut ditolak oleh orang Cina, termasuk MIC juga yang ditolak oleh Calling.

Antara faktor-faktor yang dikenalpasti sebagai punca penolakan rakyat terhadap Umno ialah pemimpin-pemimpin yang menjadi Ketua Bahagian, Ketua Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, termasuklah para AJKnya adalah muka yang sama setiap kali pemilihan. Adakalanya mereka ini memegang jawatan dari sebelum pencen hinggalah ke usia "rumah kata pergi, kubur kata mari". Bagi mereka, asalkan pandai mengampu Ketua Bahagian pun sudah mencukupi. Disebabkan Ketua Cawangan pun dah hampeh, maka Ketua Bahagian yang dipilih mereka pun akan jadi 2x5.

Begitu jugalah senarionya dalam pemilihan MKT apabila pemimpin yang terang-terangan ditolak oleh akar umbi telah diberi tempat pula oleh para perwakilan. Sebabnya mudah saja, perwakilan yang datang ke perhimpunan agong pun dipilih melalui kaedah yang sama.

Aku nak bagi contoh satu senario yang berlaku di Negeri Sembilan;

Rais Yatim seorang yang berpendidikan dan berpengalaman luas, tetapi telah, ditolak oleh para perwakilan dari negerinya sendiri. Dikhabarkan kekalahan Rais dalam pemilihan Umno sebelum ini adalah rentetan kisah seorang veteran Umno yang juga perwakilan ke Perhimpunan Agong, telah pergi ke pejabatnya untuk berjumpa si Rais ni. Malangnya Rais tidak mahu berjumpa beliau dan hanya menyuruh setiausaha sulitnya sahaja untuk melayan hamba Allah tersebut. Disebabkan terkilan, maka perwakilan veteren ini telah berkempen kepada rakan-rakan perwakilan yang lain untuk tidak mengundi Rais. Kalau beginilah sikap Rais memilih bulu, maka beliau perlu berfikir banyak kali untuk menerima jawatan sebagai menteri kerana beliau langsung tidak mesra rakyat. Inilah iktibar yang perlu diambil kira oleh setiap pemimpin..bila rakyat datang dari jauh untuk berjumpa, suka atau tidak kenalah peruntukkan masa untuk mereka. Ini tidak...hanya memilih untuk berjumpa dengan orang-orang tertentu sahaja.

Berapa ramaikah pemimpin-pemimpin MCA dan MIC yang benar-benar berkampung di Bukit Selambau dan Bukit Gantang? MCA nampaknya telah ditolak oleh orang Cina. Dalam artikel aku yang lepas, ada disentuh mengenai isu Cina di Kuala Sepetang. Di mana peranan MCA dalam perkara ini? Kalau dulu bolehlah MCA bergantung kepada undi orang Melayu, tapi sekarang undi Melayu pun dah terpecah 2. MCA dan MIC kini dah tak berani nak bertanding di kawasan yang majoritinya terdiri daripada bangsa mereka sendiri kerana takut untuk menerima kekalahan. Mereka beria-ia hendak bertanding di kawasan majoriti Melayu kerana mereka tidak yakin mampu meraih sokongan sedara sepapat mereka sendiri. Apa yang mereka sibukkan ialah menuntut hak kawasan di Dun Melayu serta jawatan menteri, sedangkan mereka tiada kesungguhan untuk membantu kempen sewaktu pilihanraya.

Perkara ini patut diberi perhatian oleh Umno untuk menegur 'peranan lekeh' parti-parti komponen terutamanya MCA dan MIC akhir2 ini. Pemimpin Umno tidak harus takut untuk menegur parti komponen mereka sebagaimana peranan yang pernah ditunjukkan oleh Dato' Harun Idris. Suka atau tidak, nampaknya selepas ini MCA terpaksa bertanding di kawasan yang majoritinya Cina untuk berlawan satu sama satu dengan DAP.

Persoalannya, mampukah mereka? Kecelaruan pemilihan pucuk pimpinan serta persepsi lucah yang dihadapi oleh pemimpinnya juga menyebabkan orang Cina lebih selesa memilih DAP berbanding MCA. MIC juga tidak terkecuali daripada masalah apabila Samy Vellu seboleh-bolehnya hendak menjadi teraju MIC sampai mati. Mungkin itulah punca pilihanraya kecil Bukit Selambau yang memperlihatkan rakyat lebih cenderung menyokong Calling PKR berbanding Calling MIC. Masalah dalaman kedua parti komponen BN ini sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada keputusan PRK yang baru selesai.

Umno telah ada acuannya sendiri iaitu berperanan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak bangsa dan agama serta ianya harus ditunjukkan dengan lebih lantang dan berkesan. Janganlah terlampau menjaga hati atau berkompromi dengan kaum lain terutama yang melibatkan hak orang Melayu dan agama Islam. Pemimpin yang ada perlulah lebih vokal dan berani seandainya berhasrat untuk menarik kembali sokongan orang Melayu. Janganlah bertindak seperti pembangkang yang asyik membangkang saja kerjanya. Benar atau tidak perkara yang dibangkang, itu soal lain.

Sudah sampai masanya bagi UMNO sama ada suka atau tidak, membuka ruang seluas-luasnya kepada barisan pelapis muda yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi untuk diketengahkan dan ia harus bermula daripada peringkat cawangan lagi.

Akhir sekali, kakitangan kerajaan seharusnya menjadi mata serta telinga kerajaan dan bukannya menentang kerajaan. Semua orang maklum bahawa ramai pengkhianat yang terdiri daripada kakitangan kerajaan. Penjawat awam yang menentang kerajaan sebenarnya telah menafikan hak ramai graduan menganggur yang menyokong dasar kerajaan di luar sana. Halalkah rezeki yang mereka suapkan pada anak bini mereka sedangkan amanah yang terpikul di bahu mereka sebagai pelaksana dasar kerajaan tidak diperlakukan sewajarnya.

Ramai kakitangan kerajaan hari ini jika diamati, hidup melebihi pendapatan. SPRM sepatutnya terus membuka kertas siasatan terhadap mereka ini tanpa perlu menunggu laporan. Kakitangan awam yang korup inilah yang menjadi parasit serta sedikit sebanyak turut memburukkan imej kerajaan di mata rakyat. MAMPU juga kini kelihatan tidak lagi berfungsi.

Beranikah Dato' Seri Najib untuk mengikut jejak langkah ayahandanya Tun Abdul Razak yang telah membubarkan Perikatan serta mewujudkan Barisan Nasional dengan membawa masuk Gerakan, kerana MCA tidak lagi boleh diharap pada waktu itu. Lu fikirlah sendiri...

5 comments:

  1. BERANI BERUBAH..ITU LAH YG MESTI DI LAKUKAN

    BUKAN KITA TAK SAYANG GOLONGAN VETERAN TETAPI KITA KENA SAYANG LEBIH UMNO DARI SEGALA-GALANYA.

    DLL YG RELEVEN///

    ReplyDelete
  2. Bingai botui lo eh si Pantet Miang ni. Org Cina dah tak nak ngundi UMNO sbb UMNO dok ajar politik rasuah. selain wang 1 juto, geran tanah pun di bagi pd Cina Kuala Sepetang. Dio org ni cerdik tidak spt Pemudo UMNO yh Lombu. Sobut pasal Lombu, mano yo Mat Said SPRM Lombu diam ajo semenjak 2 menjak konun nya dah antar ramai pegawai menyamar kek PWTC. Aku raso Pegawai ni tak ko tandas kok. Mano yo Gerak si Mat Ezam, dah tak gorak kok.

    ReplyDelete
  3. Hai Pantet Miang, ado ati ko nak jomput DAP masuk BN sptmana Allahyarham Tun Razak jemput Gerakan. Ini tak mustahil sebabnya kalau dasar politik parti penjajah mmg akan matlamat menghalalkan caro. kalau ini berlaku, aku cadang kan kau tukar blog kau ke Pantet Miang.

    ReplyDelete
  4. IpohMali dan Anon ni mesti orang yang sama. Nampak spt huraian yg menarik. Mungkin dia buat kajian mengenai sokongan cina secara mendalam. Sbb tu dia boleh kata mcm2.

    Cina ini adalah golongan optimis dan sukar utk menerima rasuah. Bagi mereka jika hidup selesa dan tenteram, maka mereka akan berterusan menyokong pelindung mereka. Dalam kes di Bukit Gantang, orang cina sgt selesa kerana MB Pertama dari Pas dan MB Kedua dari DAP telah menjaga kepentingan dan menunaikan kehendak mereka. Justeru mereka akan meneruskan sokongan kpd pembangkang sebagai pelindung mereka. Kenyataan bahawa MCA dan MIC tidak menjalankan t/jwb mereka ada kebenarannya.

    Tapi jika kerajaan nak kembalikan sokongan orang Cina maka mudah saja iaitu "jangan serang poket rakyat dan stabilkan ekonomi". Tindakan KJ dan juaknya dahulu yg byk mengganggu kestabilan ekonomi dan periuk nasi rakyat telah menghilangkan keyakinan segelintir rakyat terutama kaum cina kpd kerajaan. Jika kerajaan berusaha utk tdk menyerang poket rakyat dan negara kembali makmur dan mewah seperti dulu, maka pembangkang hanya boleh bermimpi di siang hari utk membentuk kerajaan persekutuan.

    ReplyDelete
  5. Kakitangan kerajaan mestilah bekerja dengan profesional dan tidak partisan. Tak kira penyokong parti apa mestilah bekerja dengan tidak bersikap pilih kasih atau berpihak. Gaji yang dibayar datangnya dari cukai, duti, eksais etc daripada seluruh rakyat Malaysia, bukannya dari poket parti tertentu sahaja. Bekerja dengan wang Rakyat, bekerja untuk Rakyat..

    Polisi kerajaan mestilah diikuti walau sokong siapa pun kerana mereka adalah penentu dasar. Jika penyokong parti tertentu sahaja boleh bekerja kerajaan maka setiap kali berubah kerajaan di peringkat Persekutuan atau Negeri maka ramailah yang akan kehilangan pekerjaan semata2 berbeza ideologi.

    Parti adalah Parti, Kerajaan adalah Kerajaan.. Itu amat berbeza, sila faham baik2

    ReplyDelete

Blog Archive