Yang Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
D.K. (Johor), D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.U.K. (Kedah), S.U.M.Z., S.P.M.S., D.B.S.J., S.S.S.J., S.P.S.A, S.S.A.P., D.U.P.N., S.P.D.K., D.U.N.M., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N.

Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 pada 31 Oktober 2003.
Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.
Setelah tamat pengajian, Abdullah menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian yang sama pada tahun 1974.
Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga kini. Beliau adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Abdullah telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.
Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80), Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87) . Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik sebagai Menteri Luar sehingga Januari 1999. Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Pertahanan.
Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Datin Seri Endon Dato' Mahmood pada tahun 1965. Setelah 40 tahun bersama, Datin Seri Endon telah meninggal dunia akibat penyakit kanser pada 20 Oktober 2005. Mereka mempunyai 2 orang anak dan 5 orang cucu. Abdullah kemudiannya berkahwin dengan Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007. Jeanne mempunyai 2 orang anak perempuan.

Pengalaman
31 Oktober 2003-2 April 2009: Perdana Menteri
Jan 1999-Okt 2003: Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri
1999: Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)
1991-1999: Menteri Luar Negeri
1986-1987: Menteri Pertahanan
1984-1986: Menteri Pendidikan
1981-1984: Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1980-1981: Timbalan Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan
1978-1980: Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan
1974: Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
1971-1973: Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
1969-1971: Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Operasi Negara, Jabatan Perdana Menteri
1964-1969: Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam
Anugerah
2009
*Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pemikiran dan Tamadun Islam - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2007
* D.B.S.J Dato' Bendahara Seri Jamalullail - Perlis
* D.K Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK) - Pahang
* Anugerah Kepimpinan Global Yayasan Napoleon Hill - Yayasan Napoleon Hill
* Bintang Republik Indonesia Adi Pradana - Indonesia
* Anugerah Pramuka Lencana Tunas Kencana - Indonesia
2006
* Doktor Kehormat Teknologi - Curtin University of Technology, Australia
* D.U.K Darjah Utama Kedah (DUK) - Datuk Seri Utama, Kedah
2005
* S.U.M.Z Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin - Terengganu
2004
* Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa) - Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India
* Pingat Jose Marti (Jose Marti Order) - Cuba
* D.U.N.M Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) - Datuk Seri Utama, Melaka
* D.K.J Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK1) - Johor
2003
* D.P Datuk Patinggi Bintang Kenyalang - Sarawak
* S.P.S.A Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah - Perak
2001
* Honorary Fellowship - Institute of Engineers Malaysia
* S.S.S.J Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail - Perlis
2000
* S.P.N.S, Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan
* S.P.M.S Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor
1999
* Honorary Fellowship - London Chartered Institute of Marketing
* S.S.A.P Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad
* S.P.D.K Seri Panglima Darjah Kinabalu - Sabah
1997
* First Class Order Of Friendship Of DPRK - Democratic People's Republic of Korea.
* D.G.P.N Darjah Gemilang Pangkuan Negeri - Penang
1994
* A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The White Elephant - Kingdom of Thailand
* Grand Cross Of The Order Of Merit - Chile
1992
* D.S.S.A Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah - Selangor
* "Qwang Hwa Chang" Award from Republic of Korea - Republic of Korea
1991
* Grand Cordan Of The Order Of The Sacred Treasure - Japan
1987
* Honorary Doctorate by University of Western Michigan, United States of America - United States of America
1983
* Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal by South Korean President, Chun Doo Hwan - South Korea
1981
* DM.P.N Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri - Pulau Pinang
1979
* D.J.N Darjah Johan Negeri - Pulau Pinang
1974
* K.M.N Kesatria Mangku Negara - Persekutuan
1971
*A.M.N Ahli Mangku Negara - Persekutuan
WARGA PANEH MIANG INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA PAKLAH, TIDAK SETAKAT SEMASA BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI SAHAJA, BAHKAN JUGA ATAS SEGALA PENGORBANAN DAN JASA BELIAU SEPANJANG BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN DAN NEGARA MALAYSIA BERMULA 1964 HINGGA 2009. TERIMA KASIH SAHABAT DAN SELAMAT BERSARA.
Kau ni Pantet Miang cukup-cukuo hipokrit. Kau tendang Pak lah skrg ini kau puji dia melambung. skrg ini kau masih membenci KJ walau pun kau tahu kj tak bersalah. Yg bersalah wakil pemuda bahagian seluruh Msia yg melahap duit rasuah.
ReplyDelete