Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, January 11, 2012

Analisis Prestasi BN Negeri Sembilan

Hari ini, 10 Januari 2012 genaplah 1,000 hari analisis politik rakyat khusus kepada wakil rakyat UMNO-BN dalam Negeri Sembilan. YAB Mohamad Hasan perlu ambil iktibar dan fahami sebenarnya, apakah kepincangan barisan kabinet Kerajaan Negeri Sembilan dan ADUN serta MP Negeri Sembilan:

Setiap kawasan Parlimen, Paneh Miang telah menemubual 7,000 orang pengundi. Daripadanya 80% Melayu, 20% Kaum-Kaum Lain. Kolerasi jawapan, sungutan, kebencian, amaran begitu konsisten kepada mereka. Kolerasi syukur, terima kasih dan terhutang budi kepada Kerajaan BN Negeri Sembilan juga begitu ketara. Namun demikian, dek belaian kasih sayang yang lebih bijak diamalkan oleh DAP dan PAS di NSDK, maka beberapa kegelinciran politiking rakyat makin memuncak dan genting.

Antara isu-isu teras yang MESTI diambil tindakan oleh YAB MB ialah:

1. Memberi amaran dan teguran secara lebih keras kepada YB-YB UMNO yang pemalas, kaki gossip, kaki golf tak tentu hala, kaki kelab malam, kaki dangdut, kaki betina, kaki rayau tak ketahuan, kaki kelentong, kaki pembongak, kaki tak basuh dan kaki tak solat.

2. Andai sudah diberikan tindakan dan didapati tiada perubahan, maka rakyat di kariah pula yang akan ambil tindakan dalam PRU-13. Oleh yang demikian, jika Mohamad Hassan mahukan BN menang besar, dan jika masih BEBAL ADUN-ADUN ini, maka rakyat mahukan mereka agar tidak lagi dicalonkan dan disingkir langsung daripada UMNO. Bagi rakyat, UMNO ialah untuk mereka yang taat kepada Agama, Bangsa dan Tanahair.

3. Melaksana program rakyat yang bersifat "think youth, by youth, for youth". Dalam saringan umur kajian, didapati para pengundi berumur 21 hingga 45 tahun masih tidak bersetuju dengan banyak usaha kecil BN NSDK. Mereka sentiasa merungut kepada Majlis Belia Daerah masing-masing. MBD akan taichi kepada MBN. Akhirnya tiada yang beres. Ada Majlis Perundingan Belia Daerah, wujud Majlis Perundingan Belia Negeri, dikobarkan bahas macam-macam, tapi dipulangkan ke laut lepas. Ini bukan amalan mulia Strategi Laut Biru. Ini ialah escapism politiking politician. YAB MB kono ambil tindakan SEGERA bab ini.

4. Ramai Pak Pandir dan Mak Andeh dalam MBD dan MBN. Apakah implikasinya kepada 1.67 juta warga muda berumur 15 hingga 40 tahun di Negeri Sembilan? YAB MB ambil tindakan dan fikir. Jangan suruh Sekretariat Belia YNS fikir, tak jauh langsung susulan fikrah mereka. Baik suruh Parman buat Karnival Budaya Asli Belia lebih afdhal, kerana itu bidang kepakaran dia.

5. Rakyat di Parlimen kritikal seperti Kuala Pilah misalnya, masih merungut berkenaan sikap daif Abdul Samad Ibrahim. BN Parlimen Kuala Pilah merupakan BN pertama dalam NSDK yang melaksanakan Agenda Transformasi Laut Biru di Kundasang. Tahniah Ahli Parlimen Hassan Malek atas usaha tersebut, tapi ADUN yang lain tak mahu sambut natijah yang baik ini. Bagaimana pula Kawasan Parlimen lain? Rembau? Jempol? Jelebu? Port Dickson? Rasah? Seremban? Tampin? Maksud BN ini ialah imarah bersama UMNO + MCA + MIC + PPP + GERAKAN + NGO Pro BN di Negeri Sembilan. Barulah ada ummph!

6. Rakyat melihat YAB MB tidak serius dalam urusan Pembangunan dan Pengkayaan Latihan Modal Insan. Diari politik DUN Rantau semata-mata tidak memberi ganjaran 2/3 majoriti BN dalam PRU-13. Jika payah sangat, dicadang posan Baharuddin Jali, setting Gerak Saraf Pemikir Anak Muda NSDK. Jangan tunggu lama-lama, lingkup karang.

5 comments:

  1. Buatlah apa pun. BN NS dah lingkup dah

    ReplyDelete
  2. pas mo pkr dah lamo ruyup kek NS. krusi sorang satu kiro mcm batu nesan la gamak eh.

    ReplyDelete
  3. Moh kito nengok rajo bergolek kek Bandar DIRAJA Seri Menantiapo apo yang ado, raso den macam biaso yo. Makam Diaja ado, Masjid Dirajo ado, Muzium Diraja ado, Kelab Golf Diraja ado.Pembangunan Ekonomi tak Ado langsung, modal insan kg dah longang ado 2 ke 3 masjid dah tutup makmum tak cukup koram dan ghumah banyak sah ghahai dan somak samun sepanjang jalan utamo dari Tg Ipoh sampai ko senaling itu pun BN bulih monang.......Ado YB pon tak menyomonggah hampeh. Nanti ente tengok sendiri kasi cerito samo ana

    ReplyDelete
  4. bercerito mcm tau semuo. tak payah lah tunjuk pandai jiko diri sendri kurang pandai or kurang cerdik. Paneh Miang ni pikir-pikir sebolum nak post apo-apo..kok yo hero or pandai bonar..keluar laa dari blogs, tunjuk diri tu. Poei laa jumpo PM mintak jadi MB N9 pulak. cam no?buleh? ataupun tak layak kot..whahahahha

    ReplyDelete
  5. Saudara Jembalang Senja, pilihan nama memberi persona bahawa saudara punya kerjaya dan mauduk tidak JELAS dalam jurus politiking Bangsa. Malaysia hari ini tidak ditelan Bumi, dek kerana, wujud pasukan pengkritik dan pengurus teguran seperti Paneh Miang. Allah pilih, sekumpulan kecil manusia untuk MEMIMPIN dan sekumpulan kecil manusia mengurus KRITIKAN kepada pemimpin. Jembalang Senja tidak Boleh DIGOLONGKAN dalam kumpulan ini, kerana, kalian berjiwa JEMBALANG.

    ReplyDelete

Blog Archive