Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, January 24, 2012

Spesis Tidak Bermoral


Sahih Anwar Ibrahim tergolong dalam kalangan spesis paling tidak bermoral di Malaysia. Banyak ulasan dan kupasan berkenaannya yang tidak perlu diperkayakan. Lagi banyak ditulis tentang perilaku dan tabiat Anwar, akan memberi markah subsidi percuma kepada PkR.

Dalam kancah politik Malaysia INTEGRITI kelihatan masih begitu daif hadamannya. INTEGRITI tidak menjadi makanan roh wajib kepada politikus Malaysia. Bukan sahaja mereka, malah pemimpin korporat dan pegawai tingkatan kanan kerajaan juga tidak menjadikan INTEGRITI sebagai menu utama.

Justeru tidak mustahil jika Negara ini menjadi korban kepada kerakusan mereka. Ternyata kemasukan manusia seperti Anwar Ibrahim dalam UMNO dahulu telah memberi impak paling buruk dalam sejarah BERSIH kesatuan UMNO. Permainan dan gadaian maruah melalui rasuah wang politik kepada perwakilan dan agen pelobi yang diperkenal oleh Anwar Ibrahim semasa menjatuhkan Ghaffar Baba, ternyata amat berjaya. Dr. Mahathir akhirnya menghidu fenomena berkenaan dan saban tahun telah menyindir Anwar dalam ucapan-ucapan Presiden UMNO di PWTC.

Namun Anwar tiada berubah dan memaksa tindakan drastik diambil atasnya. Semakin merencam apabila fail sulit yang menukil keperluan kehendak seksual luar biasa dan luar jangka lazim seorang lelaki, menjadi galang ganti politik Anwar. Jika dibongkarkan semuanya; serta dipanggil segala saksi mantan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan dan Pejabat TPM dahulu, agaknya mungkin pindah Kak Wan sekeluarga dari negara ini dek kerana malu. Takpelah...demi menjaga aib orang, 'tahniah' kini AnuGerah menjadi Ketua Umum PkR.

Selagi UMNO tidak menggerakkan pasukan penceramahnya di seluruh tanahair bagi menangkis MAKANAN RUJI FITNAH DUNIA DAP+PkR+Pas, selagi itulah UMNO terpencil dalam kandang insan fakir.

Nak tahu siapa lagi spesis tak bermoral, klik sini.

2 comments:

  1. Korang tibai kawan tu tangan kawan tu bergari bolehlah, akai adaka kawan.

    ReplyDelete
  2. lu pun cakap mcm tak ade otak. kalau dah sengal tu,memang sengal.mangkokk

    ReplyDelete

Blog Archive