Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, January 16, 2012

Teks Ucapan Penuh Nik Aziz yang tak keluar di Harakah

Bersihkan Malaysia

Pada 22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010 yang lalu saya telah merakam suatu pengharapan bersempena dua tahun usia Pakatan Rakyat yang terbina dan mencorakkan politik Malaysia pasca PRU-12.

Mengingati semula apa yang saya tegaskan dalam rakaman pengharapan tersebut, saya ulangi: "Perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. (Sebab itulah selama 3 tahun ini DAP telah faham Islam walaupun masih menolak Hudud dan Karpal tetap mahu mayatnya dilangkah jika Pas mahu menubuhkan negara Islam). Malah, Umno dilihat jelas mengkhianati perjuangan Islam apabila tidak berubah-ubah tindakan memfitnah PAS, misalnya menuduh PAS menjadi tunggangan DAP dan membuang matlamat negara Islam. (Adalah lebih baik Pas menjadi kuda dalam Pakatan sepertimana kata Hadi, berbanding UMNO yang hanya menjadi Joki dalam BN. Lagipun jadi kuda perjuangan kalau menang hanya dapat hadiah dedak dan rumput saja, berbanding Joki yang dapat hadiah lumayan)."

Atas sebab tersebut, Umno tidak layak menjadi rakan PAS dan jauh sama sekali untuk dijemput menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat. (Hanya DAP saja yang layak menjadi rakan Pas kerana DAP telah bersetuju untuk tidak bersetuju melaksanakan Hudud dan negara Islam. Yang penting rakyat telah dikelirukan).

Pilihan Raya Harmoni

Saya kekal dengan keyakinan bahawa kerjasama politik Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Meskipun di sebalik proses pilihan raya yang berjalan sekarang nampaknya paling tidak adil dan penuh dengan pelbagai spekulasi yang mendera dan menekan PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat. (Walaupun Pas dapat memerintah Kelantan dan Kedah, tak termasuk memerintah Selangor dan Penang melalui Pakatan, serta memenangi beberapa siri PRK, proses pilihanraya sekarang tetap kita anggap tidak adil).

Justeru, kenangan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 lalu perlu dipersegarkan, meskipun pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib telah menggunakan taktik melengah-lengah menerusi pengisytiharan Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen ke arah penambahbaikan pilihan raya. Ia suatu usaha yang patut diragui keikhlasannya. (Hanya keikhlasan DAP saja yang tidak perlu Pas ragui walaupun DAP terang-terangan menolak Hudud dan penubuhan negara Islam serta menjadikan Pas tidak lebih sebagai kuda tunggangan di Penang dan Selangor).

Ia tidak lebih daripada taktik mengalih perhatian umum supaya rakyat tidak menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya dengan proses pilihan raya yang diamalkan selama ini. Apa yang jelas, ia suatu taktik supaya rakyat melupai lapan perkara tuntutan Bersih 2.0! (Cuma rakyat tidak mungkin lupa demonstrator Bersih terdiri ramai dikalangan Melayu, berbanding penyertaan kaum Cina dan India yang sangat sedikit, hanya melibatkan pihak pemimpin kaum itu saja. Biarlah Melayu saja yang menjadi demonstrator Bersih kerana Melayu ini mudah diperkudakan).

Maka, sukacita saya rakamkan balik apa yang pernah saya nyatakan sebelum ini iaitu, "Tidak ada maknanya pilihan raya diadakan tanpa mengambil kira usaha-usaha pembaharuan pilihan raya, malah mengkebelakangkan lapan tuntutan yang dibangkitkan rakyat. Pilihan raya bersih hanya akan terjelma melalui kertas undi. Maka kalau pilihan raya diadakan dalam keadaan undang-undang dan peraturan yang ada, ia masih menghasilkan pilihan raya yang kotor. (Walaupun Pas sudah memerintah Kelantan hampir 22 tahun, dan pernah menang di Terengganu serta Perak, kini di Kedah, termasuk Penang dan Selangor, saya tetap menegaskan bahawa sistem pilihanraya negara kita tetap kotor. Jadi selama kita memerintah negeri-negeri ini, kita tanpa sedar sebenarnya memerintah dalam sistem yang kotor. Tapi buat apa kita peduli itu semua kerana yang penting bila kita menang SPR Adil, jika kita kalah SPR Tak Adil; dan kita tak perlu bubar DUN walaupun SPR tak adil)."

Bersih 3.0
Atas prinsip dan pemahamaan tersebut, saya berpendapat sikap Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Mohd Najib sekarang ini perlu terus diasak dan dipastikan agar penambahbaikan proses pilihan raya dibuat dalam pilihan raya ke-13 nanti. Ayuh, kita bangkit menggerakkan Bersih 3.0 demi memenuhi pilihan raya yang adil, telus dan bersih. (Kita kena teruskan Bersih walaupun rakyat sudah mula nampak pembohongan kita selama ini. Walaupun sistem pilihanraya Malaysia diakui sebagai salah satu sistem pilihanraya terbaik di dunia hingga menjadi rujukan beberapa negara Afrika, Asia serta negara-negara Dunia ke-3 yang turut mengaplikasikan sistem yang sama di negara mereka, tetapi kita tetap kena teruskan Bersih sebelum rakyat sedar Pakatan dah memperbodohkan mereka selama ini).

Bagi PAS, sampai masanya semua bahagian parti dapat menggarap dan meningkatkan kerjasama bersama Pakatan Rakyat. Kesempatan konvensyen ke-3 ini harus dimanfaatkan semoga hasilnya nanti, agenda Bersih 3.0 akan berjaya. (Adalah lebih penting Bersih ini dapat kita jayakan walaupun rakyat Kelantan terpaksa guna air kotor berwarna oren dan berbau hapak selama Pas memerintah Kelantan. Air Bersih tak penting, tapi Bersih 3.0 lebih penting).

Ia suatu kerjasama yang pasti memartabatkan lagi Pakatan Rakyat selepas 901– keadilan untuk Datuk Seri Anwar. Harapnya ia selari dengan firman Allah Subhanahu wa Taala:

Maksudnya, "Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya." [Surah as-Syura, ayat 41-42]

Semoga kerjasama politik Pakatan Rakyat ini benar-benar memenuhi prinsip tahaluf-siasi dan merupakan kebajikan yang mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Kejayaan Pakatan Rakyat, tertegaknya keadilan di puncak Putrajaya. (Walaupun dulu Pas pernah cakap akan lelong Putrajaya pada 1999, tapi apa ada hal, yang penting kami jadi kuda yang masyuuuuuuuuukkkkkkkkkkkkk!!!)

Luahan hati (dalam kurungan) Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang tidak terucap di bibir,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan,
20 Safar 1433 bersamaan 14 Januari 2012,
Alor Setar, Kedah Darulaman.

6 comments:

  1. Kasyaf la lu bro. Buleh tau apa yang tesirat dalam hati wali selipar ni. Hahaha. Apa2 pun itu bukan luahan hati wali air jampi ni bro. Itu apa yang dah lama terpikir di benak kebanyakan orang Melayu kat M'sia ni. Orang Melayu tak kan mudah ditipu oleh Pas. Orang Melayu memang dah lama sedar Pas hanya jadi kuda tunggangan DAP walau apa pun penafian orang Pas. Cuma agaknya hati orang Pas dah hitam tak nampak yang pemimpin mereka dah kena nasi kangkang DAP dan Brader Juburi.

    ReplyDelete
  2. kalu ader video dia dan subtitle dia atau atau suara latarbelakang, lagi baik Bro... siar kat youtube... masyuk :)

    ReplyDelete
  3. ni la padah berimamkan sheikh aljuburi & bertoksiakkan khalipap lge serta berbilalkan hj hadi... cacamerba mcm bubur asyura!

    ReplyDelete
  4. Berkata lah...
    hingga rosakkan bangsa dan agama...

    wei bangang!!!!

    dio tu ulama'...

    bukan calang oghang doh...

    apo kau ni dah x ghoti nak hormat oghang ko...

    buek malu oghang n9 yo...

    jangan sobabkan kato/artikel kau...
    kau trimo azab kek dunio ni...
    apotah laie kek akhirat...

    minta taubat la....

    tok sah la nak menghurai apo-apo selagi kau x pasti...

    itu yo la den ingatkan...

    bukan nak sbolah kan mano-mano...

    pikelah secagho waras...

    guno iman tu...

    bukan guno nafsu...

    ReplyDelete
  5. ulama abah kau...udah torang-torang dio nunjuk lidah bercabang, semalam cakap lain, arini cakap lain esok pusing kelain..kalau dio kau angkat jadi ulama, raso eh layak sangat ekau angkat guan eng jadi imam kau jugak..

    ReplyDelete
  6. nik ajis ulama? ka ka ka kah kah kah ha ha ha he he he keh keh keh kus kus kus. goli ketiak den dongar ado yang kato wali selipar tu ulama. hahaha. ulama kut colah mano? dio belajar tafsir yo tapi memandai buek huraian hukum memacam. hahaha. dio ingat islam ni satu bidang yo ko? hahaha. wei anon yang panggil nik ajis tu ulama, elok kau minum air rebusan selipar nik ajis. untung2 ekau dapek balasan dunio dan akhirat. hahaha.

    ReplyDelete

Blog Archive