Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, January 27, 2012

NFCorp: Bapa, Kroni & Anak-Anak

1. En. Arifin bin Mustafa, berusia 39 tahun mula terlibat dalam penternakan lembu pedaging secara kecil-kecilan pada tahun 1985.

2. Beliau yang asalnya hanya memelihara 5 ekor lembu yang dibeli secara ansuran daripada penternak tempatan, namun dengan kebijaksanaannya mengacukkan lembu dengan lain-lain perternak, beliau akhirnya berjaya mengembangkan projek ternakan lembu sehingga mencapai 400 ekor pada tahun 1988.

3. Walaupun hanya mendapat pinjaman daripada Maybank sebanyak RM1 juta pada peringkat awal perniagaan dan tambahan RM2 juta daripada bank yang sama untuk mengembangkan perusahaannya, En. Arifin terbukti berjaya menternak lembunya dengan penuh dedikasi dan belajar cara-cara untuk mengembangkan projeknya dengan kaedah yang betul. Bidang yang dilaksanakan secara komersil ini membolehkan beliau memperolehi keuntungan yang optimum dan pulangan pendapatan yang lumayan.

4. Kini hasil pendapatan daripada bidang ternakan lembu telah membolehkan Arifin Mustafa menambah pelaburan serta memiliki harta termasuk ladang sawit seluas 12 hektar, ladang pisang dan buahan seluas 3 hektar, 10 unit rumah (bukan kondo), 4 unit kedai, 5 buah lori, 5 buah kereta dan 10 motosikal. Beliau juga pernah menerima beberapa penganugerahan seperti Usahawan Jaya Negeri Selangor tahun 1996, Anugerah "Biggest Buyer" daripada ladang pengeksport lembu Australia dan Usahawan Penternak Jaya Negeri Selangor tahun 2003.

5. Kejayaan En. Arifin sekaligus telah membuka pelbagai peluang perniagaan lain seperti melahirkan ramai penjual daging di pasar, membekalkan sumber protein yang berkualiti di restoran-restoran, dan yang paling penting, masyarakat mendapat manfaatnya.

6. Kisah kejayaan En. Arifin boleh dilayari di Portal Rasmi Lembaga Pertubuhan Peladang di sini.

7. Kini daging tempatan di pasaran berharga RM24++ sekilo, membuktikan bahawa kita masih memerlukan ramai pengusaha seperti En. Arifin untuk membekalkan sumber protein yang mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Mudahnya, bekalan daging berkualiti dan murah sekaligus.

8. Hakikatnya, sumber daging tempatan masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan rakyat Malaysia yang menyebabkan harganya masih kekal tinggi. Rentetan itu pada 2006, kerajaan melalui Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani telah memperuntukkan RM4.4 billion untuk membangunkan sektor pertanian dan penternakan agar Malaysia tidak terlalu bergantung daripada sumber luar negara.

9. Maka sebuah 'High Impact Project' bernilai RM250 juta telah diagihkan secara pinjaman mudah oleh kerajaan kepada sebuah syarikat Bapa & Anak-Anak untuk memastikan projek ternakan lembu terbesar di negara ini mampu membekalkan sumber protein yang murah kepada rakyat Malaysia pada masa hadapan.

10. Dan wang beratus juta pun berpindah tangan, daripada kerajaan, kepada Bapa dan seterusnya kepada Anak-Anak. Dan hasilnya...kondo mewah?! melancong?! mercedes?! restoran?! kad kredit?! Namun selepas hampir 5 tahun berlalu, harga daging lembu tempatan tetap kekal mahal disebabkan stok bekalan masih tidak mencukupi.

11. En. Arifin tidak mendapat pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan, namun tetap berjaya dalam bidang ternakan lembu. Malah beliau hanya memperoleh pinjaman RM3 juta daripada Maybank hanya selepas beberapa tahun mengusahakan ternakannya sendiri.

12. Mengapa mereka yang telah terbukti kejayaannya seperti En. Arifin tidak mendapat kepercayaan kerajaan atau diberi bantuan 'wang segera' untuk memastikan 'High Impact Project' seperti ladang lembu nasional itu berjaya? Satu persoalan yang masih menjadi tanda tanya berjuta rakyat Malaysia yang 'buta' corporate game.

13. Seorang graduan undang-undang tidak mungkin layak menjadi pakar bedah di IJN, dan begitu juga sebaliknya, graduan perubatan tidak mungkin diberi tugas sebagai hakim di mahkamah. Itulah yang dinamakan ADIL iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

14. Sebagai rakyat yang membayar cukai, kami sangat berharap agar apa jua projek yang dijalankan memberi manfaat & impak kepada semua rakyat, sepertimana KR1M, Klinik 1Malaysia, mahupun PR1MA.

15. Bukan hanya untuk Bapa, Kroni & Anak-Anak...

16 comments:

  1. TERBAIK BRO ! Ini baru Meritokrasi Terpilih seperti yang disebut oleh Najib baru ni kalau mamat ni dibantu oleh MOA.

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat.

    Jika Menteri ini dapat projek kerajaan jutaan ringgit ... tak salah kita andaikan 'member of Cabinets' juga dapat projek kerajaan jutaan ringgit ... kan ?

    Berapa ... keluarga DSNTR ... dapat ?
    Berapa ... keluarga TMMY ... dapat ?
    Berapa ... keluarga (isi sendiri nama Menteri) ... dapat ?
    Berapa ... keluarga MT UMNO ... dapat ?

    Yg pasti rakyat tak dapat projek mega.
    Yg pasti rakyat bertambah miskin.

    ReplyDelete
  3. anonymous 11.55 kenapa suka buat andaian mt umno sahaja,mana tau anwar braim pun dapat jugak untuk support chinadoll

    ReplyDelete
  4. betul3 bro den rase inilah puncanya mengape ekonomi bumiputra tak kembang2 psl bajet utk ape2 pon da pasti suku sakat umno yg belasah samada mereka ade kemampuan atau pengalaman belakang kire.. hasilnya peruntukan2 lebur.. usahawan2 yg tulen terbiar ataupon terpaksa merangkak2 utk berjaya kerana kekurangan modal dan lain2 sokongan. ini kenyataan dan kalau parti lain pon memerintah masalah nie tetap sama....

    ReplyDelete
  5. SamDol, SamDol, apa lu buat masa lu PM....Lu PM jam tu, takkan lu tak tau project ni. Duk tidur ke....tolong jawab sikit......

    Nak tau juga process acam mana project ni bolih approve....

    tolong sikit.....

    ReplyDelete
  6. salam,

    tak boleh nak banding en ariffin dengan dato'. en ariffin dah cukup dengan gaji 5 6 ribu. dato mana cukup kalau tak 5 6 puluh ribu. en ariffin cukup la dengan rumah 10 biji berjumlah 200k sebuah. dato' tak cukup kalu umah kondo tak bernilai 3 4 juta sebuah. en ariffin tak perlu kad kredit nak layan pelanggan. makan kat warung jer. dato kena makan kat hotel 5 star dan belanja makan kat kedai daging berharga +50 hinggit sepinggan.
    en ariffin kerja jaga lembu sendiri sampai badan pun bau lembu, dato kalu badan bau lembu nanti kak ijat lari cari laki lain. pejabat en ariffin kat umah dekat dengan kandang lembu, pejabat dato kat ofis yang jauh daripa lembu. guna ramai pekerja nak jaga lembu ni. en ariffin takut kalu hutang tak berbayar. dato tak kisah pasal kalu rugi projek kerajaan gagal.

    mana boleh bandingkan orang yang cerdik berpolitik untuk berjaya dengan orang yang berusaha untuk berjaya dalam perniagaan. cara berniaga pun tak sama. sorang berusaha daripada perusahaan kecil. yang sorang lagi berniaga secara mudah dan cepat.

    ReplyDelete
  7. Betoiii...setuju sesangat. Byk kes usahawan kecik yang mmg serius buat kerja tapi susah nak dapat loan. Slps berhempas pulas, bergolok bergadai depa buktikan juga usaha capai kejayaan. Inilah yg Umno patut tolong untuk naikkan ekuiti melayu. Cuba gak wakil rakyat Umno ni jengah kt kawasan masing2, pasti ada usahawan berpotensi yang tengah terkial2.

    ReplyDelete
  8. Patutlah dulu den tgk mak ijat tak pandai melaram tetapi kebelakangan ini nampak sgt dressing kasut dan beg tgn boleh seiring dgn mak rosmah.

    ReplyDelete
  9. pr pun ada juge wat camtu,projek kambing amacam bro?lu siasat tgk apa dah jadi?pas tu lu war2 kan le sape2 dia yg dpt projek tu n suku sakatnya..

    ReplyDelete
  10. aku rasa bela chinadoll lagi untung berlipat kali ganda,tak caya....tanya tokeh2 besar....

    ReplyDelete
  11. betul kata anon 12:15PM..

    guan eng anak bapak pembangkang pun ada 100,000 dlm asn..brapa dividen dapat tu? kerajaan zalim sgt ka? kalau zalim, 1sen pun pembangkang tak dan nak rasa!!!

    cuba tengok projek janapari husam dgn koridor depu tok guru? debu? berapa labur? berapa lebur?

    ReplyDelete
  12. BUang yg Tak Betul Dalam UMNO

    & Masukkan kedalam penjara penjenayah yg gagal melaksanakan amanah..

    & Rosmah pakai Tudung

    Kalau Najib berani buat Ni??

    90% melayu/Mamak Sokong BN semula..

    ReplyDelete
  13. DAP DAN PKR PUN PARTI ANAK BERABAK...BANYAK PENYELEWENGAN...KOTE BENGKOK KAYA CURI DUIT TAK HABAQ NOH....
    MAT GAGAP SONGLAP PROJEK JUTA KAT SELANGOR TAK HABAQ NO.....DAP BELASAH PROJEK BUMIPUTERA KAT SELANGOR TAK HABAQ NO...PASAI...RASHIA TAK BOCOR..KES NFC NI..BOCOR PASAI PEGAWAINYA SEORANG AHLI DAP JUAL BUKU KEWANGAN KEPADA PKR SETELAH DI PECAT PASAI...PECAH AMANAH 2.7 JUTA DUIT SYARIKAT...
    ...DAP DAH HANCURKAN SYARIKAT PENTERNAKAN BUMI BAGI MEMBOLEHKAN KARTEL2 SYARIKAT CINA PENGIMPORT DAGING TERUS KAYA RAYA...
    ....INI KORANG TAK SEBUT KAYA RAYA....
    ...CAKAP PAKAI OTAK...
    ....ADA ORANG BUMI NAIK ...DITEBANG AHLI DAP YANG PECAH AMANAH....

    ReplyDelete
  14. DEN CUKUP SETUJU HUJAH DAN KATA KATA DARI anonymous 28 januari , 8.19 am ...bagus dan bagus...tak kiro lah sapo buat salah dan silap...DAP dan PKR MEMANG PARTI ORANG SIAL SESIAL DI MALAYSIA...salah orang semua dio nampak salah sendiri buat muka babi jer ....parti anak beranak lah katakan....kalau binatang yg banyak anak beranak adalah binatang BABI @ PIG...DAP + PKR = !!!!!! camtulah ragam dan perangai anak beranak...dalam BN lak kalau ada ragam camtu ...apa tunggu LETAK JAWATAN JER...MUDAH DAN BAIKI BALIK KESALAHAN...

    ReplyDelete
  15. Sodih,sodih,sodih..Paklong,Makngah, Pak Lang di Kampung Den berpuluh tahun bela lembu dan korbau. Apah tak dapek bantuan macam ni..Seriknya bela korbau Mak Ngah sampai dapek strok. Bertahun2 merana. hingga meninggal dunia. Tetibo,famili Kak Ijat yang tak pornah bela lembu dapek RM250 juta secara mudah..

    ReplyDelete
  16. Anon January 28, 2012 8:19 AM. Jadi kalo pkr, pas, dap pun byk penyelewangan dan parti anak beranak, maka umno pun dapat lesen utk buat benda yg sama ke? Patutnya umno la yg patut jadi juara menentang sebarang bentuk kronisme dan penyelewengan. Bukan ikut tabiat peel pembangkang. Tunas2 penyelewengan dlm umno yg baru nak bercambah mcm nfc nilah patut dipancung segera agar umno kekal parti keramat suci.

    ReplyDelete

Blog Archive