Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, January 8, 2012

Kah Mah membesarkan payudara

BAIK PUNYA...Kak Mah menunjukkan cara...

Gabungan urutan ‘overhaul’, membuang syaitan di dalam badan, mandi bunga dan minum air penawar kini menjadi pilihan wanita yang mahukan payudara pejal, punggung montok, hidung mancung serta dagu runcing.

Tidak menghairankan apabila seorang wanita di daerah ini menjadi buruan pramugari dan golongan wanita VIP yang ghairah untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan menawan menerusi khidmat buang syaitan dan urut ‘overhaul’.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 50 dari Kota Bharu Kelantan, menyediakan beberapa pakej dengan paling mahal RM400 untuk kecantikan seluruh tubuh, termasuk membuang kolesterol dan paling murah RM50 untuk kecantikan muka.

"Setiap manusia ada syaitan di badannya dan kerana syaitan itulah pelbagai keburukan berlaku kepadanya, seperti kelihatan tidak cantik dan berdepan pelbagai masalah."

"Justeru, kaedah rawatan yang saya lakukan adalah membuang terlebih dulu syaitan di dalam badan dengan menghembuskan sebutan Allah SWT, doa dan bacaan tertentu kepada pelanggan." - HMetro

1 comment:

  1. Salam, ada tak alamat rumah kak mah ini?

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive