Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, January 4, 2012

Orang Negori...Moh Kito!


Umat Islam khususnya mereka yang berada Negeri Sembilan dan kawasan berhampiran dijemput untuk hadir beramai-ramai ke Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Selamatkan Aqidah Peringkat Negeri Sembilan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap perjuangan membanteras gejala murtad di dalam masyarakat. Perhimpunan ini akan berlangsung pada 7hb Januari 2012 (Sabtu), di Stadium Tertutup Paroi (Centre Court), Seremban bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

HIMPUN kali ini akan menampilkan empat orang pemidato jemputan iaitu Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman (Presiden ISMA), Tuan Haji Azmi Abdul Hamid (Pengerusi Bersama Sekretariat HIMPUN), Datuk Dr. Hasan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor) dan Dato’ Haji Murtadza bin Haji Ahmad (Mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan). Turut menyerikan acara ialah persembahan nasyid, deklamasi sajak, alunan munajat dan bacaan deklarasi HIMPUN. Hadirlah beramai-ramai ke perhimpunan ini bagi menzahirkan sokongan anda! - ISMA.

5 comments:

  1. InsyaAllah Den sampai

    ReplyDelete
  2. Den nak datang , bukan nak sokong tapi nak kiro berapo yang datang !

    ReplyDelete
  3. Dua-dua komen (Suman dan PP) ini Den gomar.

    Seelok-eloknya NGO betul-betul nampak tidak memihak.Baru oghang Melayu UMNO/PAS/PKR tidak ragu-ragu,tidak was-was.

    Kok berjuang ada udang di sebalik batu, buek ponek botompik dan berarak ke hulu ke hilir sahaja.

    Jgn lupo nak dekek PRU 13 ni, ghamailah pemimpin opportunis NGO yang menjeling-jeling nak jadi calun sesuatu parti.

    ReplyDelete
  4. datang jer lah...kito orang melayu lah kono sokong himpunan ni...jangan leko berpolitik jer...agamo dan bangsa di utamokan...hidup ISLAM....hidup MELAYU...PADA SESAPA YG POEI himpunan 901 kat KL pada isnin sok...MEMANG BINGAI...dah POLIS TAK BAGI PERMIT NAK YO JOIN MEMANG BANGANG N BAHLUL...pedulikan ANWAR tu...memocah bolah kan orang MELAYU jerrrr..

    ReplyDelete
  5. Ado sampul gua mari la .....

    ReplyDelete

Blog Archive