Paneh Miang tersengat melihat kemiskinan idea dan akses dalam skrip pemilihan dan pertandingan Jawatankuasa Kerja MBNNS penggal 41 (2012-2014).
Nampaknya PM melihat gelombang Titan yang berlaku begitu merencam. Mata-mata di Pejabat Putra Perdana sedang meneropong apakah Khairolniezam mampu menang 2/3 majoriti? Atau apakah Wan Salwati mampu merubah persepsi perwakilan?
Paneh Miang sebagai blog arus perdana yang menjadi mata dan telinga serta denyut nadi gerakan-gerakan Min Yuen Gagasan 1 Tanah Melayu, ingin berpesan bahawa RPBNS 2 perlu diangkat oleh pasukan Khairolniezam. Sudah masanya, MBNNS diterima dan diangkat sebagai Aset Pembangunan Belia paling penting dalam lipatan sejarah Gerakan Belia NSDK.
Kepada para perwakilan yang dapat hadir ke Klana Seremban pada 7-8 Januari 2012, PM cadangkan kalian berdiri dan bertegaslah dalam ukuran penilaian saudara-saudari, untuk memastikan pasukan Khairolniezam & Ustaz Ridzuan menang lebih 2/3 majoriti.
No comments:
Post a Comment