Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, April 12, 2009

Kecelaruan Penstrukturan Kabinet

Ramai yang rasanya pening kepala dengan penstrukturan serta penyerapan sesetengah jabatan dengan kementerian yang menyerapnya. Sesetengah daripadanya nampak seperti tidak teratur dan efisyen tanpa ada Ketua Setiausaha untuk mengepalainya.

Contoh yang ingin aku kemukakan ialah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD).

Mengapakah kementerian ini dibubarkan? Bukankah asal penubuhan MECD untuk membantu golongan usahawan terutamanya golongan bumiputera dalam bidang perniagaan?

Wajarkah sebuah kementerian yang sebelum ini menyelia dan menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada usahawan baru untuk mendapat lesen, pinjaman, latihan dan bimbingan di bawah satu bumbung dipecah serta dipisahkan?

Mara dan koperasi kini diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, manakala LPKP di bawah JPM dan PKK di bawah JKR. Jelas bahawa keputusan ini bukannya bertujuan untuk memudahkan rakyat, sebaliknya menyusahkan rakyat yang terpaksa berurusan dengan pelbagai kementerian berlainan.

Apakah rakyat terlalu paloi untuk menilai penyerapan agensi-agensi ini, ke kementerian berlainan yang langsung tiada kena mengena dengan jabatan serta aktiviti mereka? Persoalannya, berapa banyak koperasi yang hendak di antarabangsakan? Adakah Mara ditubuhkan semata-mata untuk membantu perniagaan antarabangsa dan bukannya untuk membantu peniaagaan Melayu tempatan? Banyak sangat ke orang Melayu yang berniaga hingga ke luar negara? Atau mungkinkah hanya Melayu yang berniaga di peringkat global sahaja yang hendak dibiayai oleh Mara?

Begitu jugalah halnya dengan LPKP, mengapa ia tidak diletakkan saja di bawah Kementerian Pengangkutan seperti PKK yang diletakkan di bawah JKR?

Janganlah sewenang-wenangnya menukar sesebuah kementerian tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat. Adakah ini sifat sebuah kerajaan yang mesra rakyat?

Kononnya wujud PSI bagi Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik? Bagaimana pula PSI di kalangan kakitangan awam? Bukankah mereka juga memainkan peranan penting sebagai pelaksana dasar kerajaan?

Lu fikirlah sendiri.....

10 comments:

  1. MAHATHIR PERLU SEORANG MUSUH DALAM SATU MUSIM UNTUK KEKAL SIHAT Baca disini

    ReplyDelete
  2. bagi saya kita xperlu kelam kabut dgn kemana hilangnya MECD..cuba fikirkan berapa byk kah org melayu yg menjadi pengkhianat yg memakan duit bantuan kepada org melayu selama ini..2 yg perlu kita fikirkan..byk program spt tekun dan lain2 yg hanya cantik di luaran tp busuk didlm..ORG MARA sendiri yg byk merosakkn BANGSA sendiri..insyallah najib ada pendekatannya tuk perbetulkn masalah ni..sabar dan jgn cpt sgt melatah

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Semasa Paklah menjadi PM pelbagai keburukan dikorek dan didedahkan. Kini Najib pula menjadi PM. Marilah kita korek dan dedahkan apa sahaja keburukan beliau. Kabinet baru seminggu dibentuk. Mari kita buat pelbagai andaian buruk. Kalau kita tulis yang baik2, siapa yg nak baca, ye tak? Cuba lihat blog pembangkang. Amat popular berbanding blog BPN.

    ReplyDelete
  4. MECD, PUNB, MARA, TEKUN, AMANAH ke and ntah apa-apa nama lagi..tapi semuanya indah khabar dari rupa..


    Nak minta modal berniaga..macam2 helah menyusahkan diberikan untuk menyekat...protokol lah..RED TAPE lah..kolar biru hijau kelabulah..

    MElayu takat tu je...

    Kaum cina sanggup bagi credit/hutang kepada kaum kerabat utk jalankan bisnes..

    melayu menjadi caca marba kerana melayu yang fikir dirinya bijak tapi sebenarnya bodoh.

    ReplyDelete
  5. Ini bukan masalah cepat melatah atau tidak,pandangan harus diberikan untuk membetulkan apa yang kurang.Bukan semata-mata mengampu tidak kena tempat.Janganlah sampai dah terantuk baru tengadah.Takkan nak tunggu pembangkang bising baru nak betulkan keadaan?lu fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  6. Dari zaman Hang Tuah hingga sekarang, Melayu asyik mengkhianati bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  7. MECD umpama persatuan dan rujukan bagi orang2 Melayu untuk berniaga dan networking.. sama juga seperti persatuan2 cina..
    Dulu2 Agensi MECD banyak memberi pinjaman terhadap peniaga melayu, tetapi ramai peniaga melayu yang menyalahguna kepentingan tersebut dan tidak membayar balik pinjaman.
    Namun begitu MECD telah memperketatkan pinjaman dengan membuat kertas kerja bagi menguji viabiliti projek. Attitude peminjam juga dikaji, malah agensi dibawah MECD ada penyiasatnya tersendiri untuk siasat semua faktor..
    nampak usahawan melayu telah tumbuh seperti cendawan dan mempunyai kualaiti kebelakangan ini..
    Ini disebabkan latihan secara insentif, business matching dan ekspo-ekspo dalam dan luar negara.
    Pasaran produk halal kita terutamnya bumiputera mudah mendapat tempat timur tengah.
    DSN Najib walaupun telah membubarkan MECD, saya berharap fokus agensi2 dibawah MECD dulu diberi fokus dan diutamakan..

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah...

    http://aspirasi-baru.blogspot.com

    ASPIRASI BARU - "Menyusuri Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

    ReplyDelete
  9. salam muhibbah,
    saya melihat kepntingan MeCD amat penting bukan sahaja dari segi pemberi pembiayaan perniagaan.Sebaliknya MeCD ini boleh dikatakan sebagai jambatan yang menghubungkan kerajaan dengan kumpulan dasar masyarakat melayu di seluruh pelusuk negara. Ini adalah kementerian yang paling digeruni oleh bangsa lain.Kerana kementrian ini mampu menjadi kuku orang melayu kelak jika ditadbir urus dengan baik serta mampu memberikan output yang berkesan kepada 'client' kementerian ini. Saya agak tekejut apabila najib memansuhkan kementerian ini.Betul bagi golongan koprat mereka melihat kementerian ini tidak memberi impak kepada bisnes mereka.tetapi inilah kementerian alternatif yang ada bagi pemimpin melayu mengaplikasikan konsep from higher to bottom.Dekat kan orang melayu dengan sektor ekonomi serta merapatkan jurang yang jauh dikalangan orang orang melayu dengan bangsa lain. Saya melihat, Dato Mustafa Muhamad orang yang layak menerajui kementerian ini. Sebab beliau orang kampung dan beliau faham aspirasi masyarakat kampung. Datuk Noh cuba membawa gelombang MeCD dalam pentadbirannya dulu tapi gagal sebab khalid nordin dah banyak buat silap.Soal pendekatan, pegawai MeCD juga perlu membuka mata luas2, langkah luas2 tapi jangan pnjang tangan.Ini soal pembangunan ekonomi melayu.Hari ini ramai anak muda yang jadi pegawai dah berlagak minta komisen kepada peminjam.Ini tak baik. Paklah punyai impian terhadap kementerian ini. Saya melihat Paklah ingin melihat kementerian ini adalah sebagai tempat orang melayu berpaut dan mampu membawa gelombang ekonomi melayu kelak.Sebab itu paklah letak back up striker iaitu GABEM untuk boost kan ekonomi sekitar yang akhirnya akan menjadi premier supplier kepada pengusaha bumi termasuk melayu.Tapi apa nak buat, kita lambat membaca dan bangsa lain lagi cepat mencongak dari kita.Hari ini, orang melayu nak jatuhkan melayu n nak angkat cina.Macam cheguman ni, saya pun tak paham apa yang seronoknya dikorek-korek.Cuba 1hari orang lain menelanjangkan pekong didada dia. Masa tue nak marah sapa? Malu semuanya. Bagi saya, 'bagasi' najib terlalu berat. Soal semangat melayu najib perlu gunakan ramuan paklah.Soal ekonomi, najib kena blajar dari mahathir.Barulah 2 negarawan ini dapat disatukan.Negarawan ini adalah asset negara. Mereka punya sebab yang kita tak nampak. Saya berharap agar orang melayu berhenti bercakap negatif.Mari bersama-sama kita memberikan pandangan serta idea dan kritikan membina kepada pimpinan negara.Kalau kita sebagai islam pun nak berdoa pada ALLAH perlu doa banyak kali,ikhlaskan hati, tawadduk, menginsafkan diri serta berusaha dan bertawakkal.Ini kan pula kita berharap dikalangan manusia.Maka usaha dan doa itu lebih.Sokongan tu kenalah selalu semoga najib dengar sebab najib bukan Maha mendengar dan Maha melihat.Dia adalah manusia yang Allah dah takdirkan bahawa dia adalah pemimpin kita. Kalau tak betul kita tegur sebagai rakyat. Kita tak perlu menjadi pembangkang setiap masa sebab ia hanya akan mengundang parti ketiga iaitu syaitan.Sebaliknya jadilah pembangkang yang berkaliber.Buktikan dinegeri yang anda jajah dengan pentadbiran berkesan. Saya suka cara Nik aziz, kurang cakap,buat kerja,buktikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  10. salam semuo, rimeh botoi den...ekau semuo tak ado kojo lain ko..fitnah dan memfitnah jo kojo..pantang kalau ado org sokong KJ..ekau semuo kato KJ atau juak2 dio bagi org tu duit laa...tah apo2...kito tengok dulu caro dio bekojo..kalau tak botoi tlg botoikan..bulat air kerano pembotung..bulat kato kerano muafakat...wakakakaka

    jang anakpakngah amat

    ReplyDelete

Blog Archive