Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, March 31, 2009

Undi Melayu Penentu Kemenangan PRK

Setelah tamatnya Perhimpunan Agong Umno, kini perhatian semua pihak mula tertumpu di PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

PRK kali ini sudah tentulah menguji kewibawaan Umno yang memperoleh suntikan semangat dengan barisan kepimpinan baru. Bahkan, perhatian masyarakat sudah pastilah akan tertumpu kepada kredibiliti Shahrizat Jalil yang mengetuai Wanita dan KJ yang mengetuai Pemuda Umno dalam kempen di kawasan berlangsungnya PRK.

Parti komponen BN seperti MCA dan MIC juga bakal dinilai akan keberkesanan kesepakatan diantara Cina dan Koling dalam PRK kali ini atau mereka hanya akan melepaskan tanggungjawab kepada Umno dan pengorbanan orang Melayu semata.

Di Bukit Gantang terutamanya, pengundi Melayu terpecah kepada dua iaitu satu kumpulan menyokong Umno, manakala satu kumpulan lagi menyokong pembangkang. Sejauh manakah peranan yang akan dimainkan oleh MCA dan Gerakan untuk menarik undi kaum Cina yang dianggarkan seramai 6,000 orang pengundi berdaftar di Kuala Sepetang? Bagaimana pulak peranan MIC dalam menarik undi Koling nanti?

Begitu juga halnya di Bukit Selambau, apakah MIC, MCA dan Gerakan hanya mengharapkan undi orang Melayu untuk memastikan kemenangan mereka seperti masa lalu?

Orang Melayu terutamanya kenalah bijak dalam membuat keputusan. Bukannya tidak boleh mendengar janji-janji dan kempen daripada parti politik, tetapi kita harus tahu bahawa mereka juga terikat dengan perjanjian antara parti pakatan mereka. Apa yang penting, kita harus bertanya kepada diri sendiri apakah faedahnya kita mengundi calon-calon yang dinamakan? Apakah mereka benar-benar memperjuangkan hak orang Melayu sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

Buka mata dan lihatlah di sekeliling kita. Perhatikan apa yang telah berlaku di Perak dan Pulau Pinang. Gunakan kepala otak jangan gunakan kepala lutut. Jangan jadi seperti Pak Kadok, menang sorak kampung (kampung baru) tergadai. Jangan disalahkan sesiapa nanti seandainya diri sendiri yang tidak tahu menilai. Lu fikirlah sendiri.

2 comments:

  1. salam,

    semoga bn akan beroleh kemenangan pada kali ini..

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Masalahnya kebanyakkan Orang Melayu terlalu EMOSIONAL bila buat apa apa keputusan pun.

    Dan ramai batu api pun dari kalangan Melayu yang kadang kadang nampak Alim. Jadi susah juga pengundi nak buat keputusan.

    Kita hanya mampu berdoa yang terbaik dari Allah swt.

    ReplyDelete

Blog Archive