Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, April 9, 2009

Pecahan Undi 3 PRK

Barisan Nasional (BN) menepati ramalan apabila berjaya mengalahkan Parti Keadilan Rakyat bagi pilihan raya kecil DUN Batang Ai, Sarawak dengan majoriti 1,854 undi.

Bagaimanapun harapan untuk menyaksikan BN merampas semula Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak kesampaian. BN tewas di Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi dan Bukit Selambau pula dengan 2,403 undi.

Berdasarkan kepada pecahan undi yang diperolehi BN di Bukit Gantang, undi yang diperolehi oleh calon BN, Ismail Saffian bertambah sebanyak 622. Manakala undi calon PAS yang diwakili oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin meningkat kepada 1,845.

Pertambahan undi dan majoriti di Bukit Gantang itu disumbang oleh peningkatan hampir 3% atau 1,327 pengundi yang keluar mengundi.Pada pilihan raya kecil kali ini 75.1 peratus atau 41,626 orang daripada 55,462 orang telah menunaikan tanggungjawab mereka berbanding 72.65% atau 40,299 pengundi.

Daripada pertambahan undi tersebut, BN memperolehi tambahan undi sebanyak sekitar 60 undi dari DUN Kuala Sepetang yang majoriti pengundinya terdiri dari kaum Cina berbanding undi yang diperolehi pada pilihan raya umum Mac 2008. DUN Changkat Jering dan DUN Trong pula menyumbang pertambahan lebih 500 undi.

Kemampuan calon BN menambah undi di DUN Changkat Jering mempunyai makna tersendiri kerana ia tidak mencerminkan bantahan rakyat kepada keputusan ADUN kawasan berkenaan Kapten (B) Osman Jailu yang meningggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.

Manakala PAS pula selain turut mendapat pertambahan undi daripada kawasan majoriti pengundi Melayu iaitu DUN Changkat Jering dan Trong sekitar 800 undi.

Pertambahan paling ketara diperolehi PAS ialah daripada DUN Kuala Sepetang, di mana pengundinya majoriti kaum Cina iaitu kira-kira 1,000 undi.

Berdasarkan senario tersebut, isu BN menumbangkan ‘kerajaan Cina’ dipelopori oleh DAP yang pegang kerusi terbanyak dikalangan pembangkang di Perak memang menjadi faktor menyebabkan mereka memberikan undi kepada PAS.

Ia tanda jelas sentimen tebal mereka terhadap hal berkenaan itu.Kelebihan para pengundi Cina di Bukit Gantang ialah mereka menjadi ' undi penentu ' diketika sokongan pengundi Melayu terhadap BN dan PAS tidak banyak berubah.

Mengulas mengenai faktor pengundi Cina tidak memilih BN, Timbalan Presiden UMNO pada sidang medianya Selasa malam memberitahu, BN akan menubuhkan pasukan bebas bagi membuat ‘bedah siasat’ terhadap keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang secara menyeluruh.

Manakala Nizar pula dalam reaksinya menyifatkan keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang itu sebagai pengktirafan kepada kerajaan campuran pembangkang sebelum ini .

Sementara itu bagi DUN Bukit Selambau, PKR menang dengan majoriti 2,403 undi. Calon parti itu memperolehi 12,263 undi berbanding Datuk S.Ganesan yang dapat 10,229 undi.

- agendadaily

1 comment:

  1. Kalau dah kalah tu ngaku aja lah. Jangan la pulak nak salahkan Cino Kuala sepetang pulak. Kalau dah 1 juto sekolah Cino Simpang Empat Bkt Gantang dah tewas, lain kali bagi ajo 10 juto. Abih org melayu dapek apo. Kalau org luar yg datang kempen Bukit Selambau boleh tgk Pekan Bukit selambau yg macam pekan Koboi. 2 hari blkum ngundi baru berturap. Jgn pulak nak salahkan Pas sbb Pas baru aja perintah negeri.

    ReplyDelete

Blog Archive