Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, October 3, 2008

Agenda Tersembunyi?

Inilah berita yang aku nantikan apabila Zahid Hamidi akhirnya mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden selepas Ezam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Siapa yang tidak kenal Zahid Hamidi yang dahulunya adalah Ketua Pemuda UMNO? Siapa yang boleh lupa bagaimana Zahid yang suatu ketika dahulu begitu lantang 'menyanyikan lagu' kronisme dan nepotisme semasa perhimpunan Agong UMNO. Brader Anwar Bin Ibrahim juga pernah mengaku bahawa dialah yang menyuruh Zahid memainkan isu tersebut yang secara terang2an mahu menjatuhkan Dr Mahathir ketika itu bagi merebut kerusi panas nombor wahid dalam UMNO. Siapa yang boleh menafikan Zahid Hamidi orang Anwar ketika itu? Adakah Zahid Hamidi kini bukan lagi 'budak kesayangan' Anwar? Adakah Anwar yang meminta Zahid menawarkan diri bertanding kedudukan nombor 2 UMNO itu?

Ezam pula sudah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Walaupun ramai yang memuji keikhlasan Ezam untuk menyertai semula UMNO, namun ramai juga orang2 UMNO yang masih belum lupa bagaimana 'ikhlasnya' Ezam mengutuk dan memperlekehkan Melayu dan UMNO sebelum ini. Dengan gaya pidato dan ceramah yang saling tak tumpah seperti Anwar, sehingga kini aku tetap meragui Ezam yang umpama 'Trojan Horse' seperti yang diperkatakan ramai.

Dalam kebanyakan ceramah Brader Anwar Bin Ibrahim di pentas Pakatan Rakyat, beliau sering berkata "sahabat2 saya dalam UMNO mengatakan....sahabat2 saya dalam UMNO memberitahu......" Siapakah yang masih menjadi sahabat2 Anwar dalam UMNO ini dan persoalan utama ialah siapakah yang menjadi penyalur maklumat dalaman UMNO kepada beliau?

Aku merasakan seperti ada 'gerakan terancang' yang sedang berlaku dalam UMNO ketika ini. Sekiranya Paklah tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO, maka aku meramalkan Muhyiddin tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Berdasarkan usia, jika Muhyiddin tetap bertekad untuk bertanding jawatan nombor 2 dalam UMNO, maka pencapaiannya hanya akan kekal setakat itu. Semua sedia maklum bahawa Najib masih muda dan pasti akan kekal lama jika memegang jawatan Presiden UMNO. Jadi agak mustahil bagi Muhyiddin untuk menjadi Presiden seterusnya. Tambahan pula sejarah mencatatkan bahawa ramai yang tidak kekal lama di kerusi Timbalan Presiden UMNO dan bagaimana 'panasnya' kedudukan nombor 2 tersebut. Dengan latar belakang yang agak bersih dan ditambah lagi dengan kekaguman ahli2 UMNO atas keberanian Muhyiddin dalam menyuarakan sesuatu isu akhir2 ini, sudah tentu Muhyiddin sanggup mengambil risiko yang lebih besar.

Kebelakangan ini pula Tun Mahathir sering 'merungut' berkenaan bagaimana lemahnya Najib dalam menangani sesuatu isu. Jadi sudah tentu sokongan Tun Mahathir akan diberikan kepada Muhyiddin sekiranya Muhyiddin mengumumkan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO. Bahkan ketika ini mereka berdua tampak agak akrab. Mungkin pada ketika itu juga Tun Mahathir sudahpun masuk semula ke dalam UMNO untuk berkempen bagi pihak Muhyiddin. Tiada siapa yang boleh menafikan pengaruh Tun Mahathir yang masih kuat di dalam UMNO terutama di kalangan akar umbi.

Jika andaian aku di atas benar2 terjadi, bayangkan apa yang akan berlaku kepada Zahid Hamidi. Setakat ini hanya dia yang menyatakan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden. Jika Muhyiddin memutuskan untuk bertanding jawatan Presiden dan hanya Zahid yang menawarkan diri untuk jawatan Timbalan, maka sudah tentu semua pencalonan Bahagian akan pergi kepada Zahid. Kemungkinan Isa Samad, Ali Rustam dan beberapa orang lagi akan turut menawarkan diri untuk jawatan Timbalan, namun ahli UMNO akan melihat Zahid yang paling 'ideal' disebabkan latar belakang yang kononnya 'bersih' disamping menjadi orang pertama yang berani menawarkan diri. Jika ini berlaku, maka Zahid Hamidi akan menjadi Timbalan Presiden UMNO, sekaligus sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ramai yang meramalkan bahawa Mukhriz akan menang sebagai Ketua Pemuda UMNO. Adakah Ezam sudah tiada peluang? Aku beranggapan bahawa Ezam tidak akan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda jika dia tidak mendapat 'restu' daripada seseorang. Namun aku masih menimbangkan peluang untuk Ezam memenangi jawatan itu.

Jika kesudahannya Zahid menjadi Timbalan Presiden dan Ezam menang dalam saingan merebut jawatan Ketua Pemua UMNO, maka sudah tentu keputusan ini akan memudahkan laluan untuk Anwar kembali semula ke dalam UMNO. Ramai tahu bahawa Anwar masih lagi belum menjadi ahli PKR. Kelihatan seperti Anwar masih menyimpan hasrat untuk kembali menyertai UMNO kerana beliau sedar bahawa itulah wadah sebenar perjuangan Melayu. Jika impiannya ini tercapai, maka sudah tentu Brader Anwar Bin Ibrahim dengan cepatnya dapat membina pengaruh kerana sudah 'masak' benar dengan 'permainan' dalaman UMNO. Seterusnya impian beliau untuk menjawat jawatan Presiden UMNO bukan lagi ilusi sekaligus dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu ia akan menjadi puncak kejayaan rancangan mereka yang pernah dinafikan oleh Tun Mahathir pada 1998 iaitu Brader Anwar Bin Ibrahim sebagai Presiden, Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Presiden, Ezam sebagai Ketua Pemuda, Dr Siti Zaharah sebagai Ketua Wanita dan Nurul Izzah sebagai Ketua Puteri UMNO.

p/s: Menunggu calon Ketua Puteri dan Wanita UMNO.

9 comments:

  1. Menarik jugak aku baca teori ngko di atas, ttp aku masih ragu kekuatan yg ada pd Zahid Hamidi dab khususnya Eszam. Pejuang Melayu & suara hati akar umbi yg sebenar bagi aku tak lain dan tak bukan ialah Mukhriz. Biar pun dicemuh, dikutuk dan ditekan oleh ramai orang ketika beliau memperkatakan satu2 isu dalaman UMNO, namun beliau tetap istiqamah dengan pandangan beliau. Moto "berani berubah" seakan meneggelamkan moto Khairy " Setia Kawan", peribadi berani dan lantang memberi pandangan & kritikan (walau lembut berkata2) saling tak tumpah seperti Tun M ayahanda beliau.

    Zahid Hamidi mmg dilihat lebih menonjol terutama selepas PRU12 lepas, tp pd pandangan aku bukanlah proxy Anwar di dalam UMNO... aku percaya laluan beliau bukanlah mudah kerana calon2 Timbalan yg lain juga mempunyai sokongan yg kuat dr pasukan masing2. Cuma aku mengharapkan Tan Sri Isa dpt membuat come back seterusnya perubahan yg dinantikan di dalam UMNO.

    Muhyiddin? Siapa pun ok kecuali P'Lah & Anwar...

    ReplyDelete
  2. Salam bang. Kita jgn lupa dalam pemilihan MT UMNO yg lepas Zahid mendapat undian kedua tertinggi. Jadi tak mustahil dia boleh dapat post TP tu. skrg plak dia plan nak berganding dgn najib. Bab dia bukan orang Nuar tu entahlah. Tapi den tak lupa yg dia dulu sanggup masuk ISA sbb nuar. Tampak seperti rela berkorban dan ambil risiko semata2 kerana nuar. Dia antara org yg sentiasa berada disamping nuar lepas nuar kena pecat.

    Bab pemilihan Ketua Pemuda...my vote goes to Mukhriz. Nanti marah plak pencak_silat dgn cacing merah kalo den setia kawan dgn KJ.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Paneh,

    Mahu ke majoroity Ahli ahli UMNO terima Anwar kembali kepada UMNO?

    ReplyDelete
  4. waalaikummussalam melayuangkat.

    entahlah makcik. tapi setahu saya ada lagi penyokong dia dlm umno, cuma tak berani tunjuk je. cara dan lagak KJ pun mirip seperti anwar.

    ReplyDelete
  5. Saya merasakan kali ini pertandingan Timbalan Presiden akan lebih terbuka..pasal ramai calon-calon..tapi teori Paneh tu betul pasal Zahid ni Najib's boys....namun, kita mengharapkan Pak LAh betul-betul tidak akan bertanding..kena tunggu 9hb baru kita ulas lebih lanjut

    ReplyDelete
  6. ya semua ni xkan berlaku kalo paklah tetap nak bertanding pasal dah bagi byk duit raya kat org2 bahagian.

    ReplyDelete
  7. wah analisis ni siap kluar dlm blog tun la. cayalah.

    ReplyDelete
  8. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi should not be pressured to quit as Prime Minister despite his flaws, says DAP chairman Karpal Singh.

    He said he preferred having Abdullah as the Prime Minister than his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak as the country would experience another “Mahathir era” under Najib.

    “Najib was once Dr Mahathir’s (former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s) blue-eyed boy. It is bound to happen.

    “Umno should not write off Abdullah as he received the people’s majority.

    “It is not fair to pressure him to step down. It is not in our culture to pressure anyone into submission,” he said yesterday.

    Karpal Singh denied he wanted Abdullah to remain in power instead of Najib to make it easier for the Opposition to make their move, saying, “our chances are not slimmer under Najib.”

    -pelik sungguh pmbkang beria2 xmau paklah stepdown. mgkn depa igt peluang depa lbh cerah kot kalo paklah kekal.

    ReplyDelete
  9. DM kata bakal calon jangan berpasukan dan bertanding atas kemampuan sendiri. kata2nya itu seolah2 nak bagi hint bahawa muhyiddin akan cabar post presiden. sekali paklah kata nak pertahan jawatan, 'masak' la najib nak lawan ramai org. kecuali najib cabar gak paklah. senang crita.

    ReplyDelete

Blog Archive