Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, October 22, 2008

BILO DAH LUPO ASAL USUL

UTUSAN MALAYSIA – 21 OCT 2008: ADUN Kota Damansara Dr. Mohd Nasir Hashim yang juga Presiden PSM mencadangkan supaya duit kutipan zakat di berikan kepada bukan Islam.

Ni yang atok totanyo-tanyo ni. Apokah jenih eh manusio yang bonamo Mohd Nasir ni? Raso eh belaja dah cukup tinggi dah. Kalau tidak masokan dapek Dr. tu! Tapi bangang dan biul eh bogantang. Nak jadi glamour, raso eh dah glamour dah. Kan dio ni seorang ADUN. Pelajaran atok ni taklah tinggi bona raso eh, tapi arwah-arwah ustad Ramli, ustad Hassan, Ustad Manap, Tuan Guru Lobai Talib, Ustad Hashim dan adao la’ie ustad yang ponah ngajar atok dulu ado mongatokan boborapo kategori manusia yang layak menerima duit zakat. Antaro eh fakir miskin, mualap, orang yang tongah bolajar, orang yang menanggung hutang (tapi bukan eh ngan along doh). Seingat atok tak ado disobut eh si ah seng, si sami, yang layak monorimo duit zakat tu.

Jadi kopado Mohd Nasir ni atok nak boposanlah sikit. Biarlah kurang makan, jangan kurang ajar. Dahlah banyak harto pusako togadai. Dahlah nenek moyang dulu banyak buek silap, sekarang ni kau pulak nak menggadai satu-satunya hak mutlak orang melayu.

Wahai manusia yang dipanggil mohd nasir di dunia dan akhirat,atok mintak kau cubo bukak buku PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN pokara 160 muko surat 238 yang monyobot bahawa :-

“MELAYU” ERTINYA SESEORANG YANG MENGANUTI AGAMA ISLAM, LAZIMNYA BERCAKAP BAHASA MELAYU, MENURUT ADAT ISTIADAT MELAYU.

Jadi kalau dah hak sendiri kau sorahkan pada yang bukan hak, serupolah kau sorahkan tolo kau tu kek anjing tak pun buek umpan pancing boyo yang banyak kek Sarawak tu. Ingatkan dah belajar tinggi-tinggi, dah jadi presiden psm, peh tu jadi plak wakil rakyat, ingatkan akal tu makin panjang,ni tak, dah lupokan asal usul,lupokan bahawo tanah yang dipijak ni dulu yang dipanggil TANAH MELAYU.

Posanan atok yang toakhir ni, kalau nak jadi famous dan glamour, tak usah jadi wakil rakyat, masuk AF ko, Raja Lawak ko barulah jadi tokonal. Tapi kalau soro kau tu macam buluh poach, duduk diam-diam kek rumah.

11 comments:

  1. Nak kata bodoh kasar sangat bahasanya ek..

    Nak kata tak sekolah.. DR pulak tu..

    Ko bawak fahaman sosialis ke..?

    Senang cite jahil la..

    ReplyDelete
  2. saya tak pasti adakah cadangan yb itu boleh dilaksanakan mengikut hukum islam, khusus dalam soal menggunakan wang zakat. mungkin ada ulamak yang boleh menjelaskannya?

    ReplyDelete
  3. macam mana nak laksanakan..orang islam pun masih ramai yang susah tak dapat bantuan zakat, ni kan nak bagi kafir laknat. itulah kalau bodoh yang tak boleh diajar dan tak ambil agama sebagai panduan. nama je DR. tapi sengal. idealogi kepala otak dia terlampau sosialis sangat..saudara2 kita yang orang islam tak cukup bagus ke nak tolong sampai kafir nak dijaga?

    ReplyDelete
  4. Inilah yg dinamakan PERUBAHAN. Kita mesti berani berubah.

    Itu baru permulaan. Barangkali nanti akan ada pula cadangan:

    1) Pakaj umrah dan haji utk org bukan Islam.

    2) Perayaan semua agama digabungkan.

    3) Rumah ibadat diletakkan dalam satu kompleks.

    dll.

    ReplyDelete
  5. ...tambah sikit lagi...

    4) kompleks tanah perkuburan pelbagai agama

    5) Perkahwinan campur tanpa perlu memeluk Islam.

    Semuanya atas tiket: PERUBAHAN

    ReplyDelete
  6. Konsep bantu membantu di dalam Islam tak terbatas hanya dari Islam kepada Islam. Mesej dakwah dan cantiknya Islam boleh tersalur dengan cara menolong mereka yg bukan Islam dgn tujuan utk memperlihatkan Islam sebagai agama yg universal. Nabi sendiri tidak kekok menyuapkan makan kpd seorang yahudi tua lagi buta. Nabi sendiri tidak menzalimi tawanan perang. Malangnya di malaya hari ini, puak umno yg membentuk kerajaan ramai yg menzalimi musuh politik mereka, baik orang Islam mahupun bukan Islam.duit zakat pun ada yang songlap. lihat di Pahang, bantuan banjir serendah RM8..apa barang beb..nak mentokodarah apo cam tuh? agak2 bantuan ni pun disonglap kot? jangan kato nak tolong org bukan Islam, org Islam sendiri pun kono pulun dek puak algojo umno..alah umno masih x boleh terima kenyataan yg mereka ditewaskan oleh keegoan,kesombongan,ketaksuban,kejahilan,kedunguan mereka sendiri.Tengok sikap khir toyo..dulu maso jadi mb..lupo diri. Bilo dah bungkus..mulolah nak bercakap pasal Tuhan,tolong bangso dsb...malu dong ah..lagi satu kok kono kek batang hidung pak lah ko najib ko..semuo ee potonah konon..paneh..apsal bpr dan polis tak berani nak siasat secara adil? kenapo? malaikat ko diorang nih?Pak lah x jawab pun isu rasuah 200 juta, napo? najib x jawab pun isu bayar 5 juta kek bala..awat..saman la diorang..udahlah..korang nak mengampu lobih bonar..

    ReplyDelete
  7. ASTAGFIRULLAHALAZIIIM....

    MEMANG JAHIL BETUL ORANG ISLAM DI MALAYSIA SEKARANG RUPANYA...
    PERTAMA:ILMU TENTANG ZAKAT NI TUAN PUAN ADALAH ILMU FARDHU 'AIN MAKNANYA WAJIB SETIAP KITA UNTUK TAHU TENTANG BAGAIMANA WANG ZAKAT PERLU DI AGIHKAN

    KEDUA:KUMPULAN WANG ZAKAT NI, MENGIKUT HUKUM ISLAM, YANG LAYAK MENERIMA ADA TUJUH KATEGORI SAHAJA (ANTARANYA SAUDARA BARU ISLAM, ORANG YANG BERJIHAD FI SABILILLAH, FAKIR MISKIN) DAN KESEMUA TUJUH KATEGORI INI ADALAH ORANG2 ISLAM

    KETIGA: BANTUAN UNTUK ORANG KAFIR BOLEH DIBERIKAN MENGGUNAKAN DANA LAIN, CONTOH YANG ADA DALAM SISTEM KERAJAAN HARI INI IALAH PERUNTUKAN WANG KEBAJIKAN OLEH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DAN LAIN2...

    JADI UNTUK EDIE KAT ATAS NI, MEMANG ISLAM MENGGALAKKAN SEMANGAT BANTU MEMBANTU MALAH DALAM SESETENGAH KEADAAN IA MENJADI TUNTUTAN WAJIB, NAMUN HUKUM DAN GARIS PANDUAN YANG TELAH DITETAPKAN MESTI JUGA KITA IKUTI...JANGAN HANYA KERANA MAHU GLAMOR POLITIK, HUKUM HAKAM DITOLAK TEPI...MACAM YANG SELALU DIAMALKAN OLEH PARTI ISLAM SEMALAYSIA YANG SANGAT ISLAMIK TU...LAGIPUN, ORANG YANG MEMBERI SARANAN ZAKAT NI DIBERI JUGA KEPADA KAFIR ADALAH YANG MENYOKONG FAHAMAN SOSIALIS...INI FAHAMAN KOMUNIS...TAKKAN NAK SOKONG KOMUNIS PLAK...

    LAGI SATU DIK EDIE, (SAYA AGAK ANDA NI MASIH MUDA SEBAB CARA BERHUJAH YANG TIDAK MATANG), KALAU NAK BERHUJAH SECARA EFEKTIF, JANGAN LARI DARI TAJUK PERBINCANGAN POKOK...JANGAN LA IKUT JEJAK LANGKAH ANWAR IBRAHIM YANG NYATANYA KAKI PUTAR ALAM....

    ReplyDelete
  8. Golongan Yang Tidak Berhak Menerima Zakat:
    a- Zakat tidak boleh diberikan kepada orang yang jelas mempunyai hubungan nasab (darah) dengan keluarga Nabi s.a.w sebagai satu penghormatan kepada mereka dan disebabkan kerana mereka mempunyai sumber kemasukan lain dari harta awam dalam syariat Islam iaitu dari satu perlima harta rampasan perang.

    b- Zakat tidak boleh diberikan kepada semua orang yang wajib ditanggung nafkahnya oleh pembayar zakat yang kaya lagi mampu untuk memberi nafkah kepada mereka dari sudut syarak atau undang-undang.

    c- Zakat tidak boleh diberikan kepada orang bukan Islam kecuali untuk peruntukan orang-orang muallaf yang dilembutkan hatinya.

    ReplyDelete
  9. Salam neracakeadilan. Saya x sebut pun ttg zakat boleh diberikan pd org kafir apa yang sy maksudkn sbnrnya gini, jgn kata duit zakat nak tolong org, cara duit zakat diuruskan pun boleh jd huru hara. songlap,seleweng..kerana kuasa umno bilang semua ok..Bukan Pas yg uruskan,bukan PKR tapi puak umno jugak.Itu sebenarnya. Hak org Islam pun x dijaga dgn baik jgn ceritalah pasal nak tolong org lain. napelah puak umno masih nak menongkat langit..nape ha? nak jaga org melayu konon..ceh..lepas kalah ni la baru nak berkobar2 cerita psl melayu..dulu habis harta org melayu umno tarah..cerita rasuah jd lepat basi..curi balak jadi senyap..perempuan dan banyak lagi..semuanya terperap..ceh nak cerita psal zakat..apa barang beb..

    ReplyDelete
  10. Jangan kerana politik kita

    menghalalkan apa yang haram..

    Tengah tunggu komen Tuan Guru Nik

    Aziz Nik Mat & Haji Hadi..

    ReplyDelete
  11. pemberi cadangan tu mangkuk berayun tok.

    ReplyDelete

Blog Archive