Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, October 19, 2008

KERAKUSAN MCA

Tersentak seketika apabila mendengar ucapan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai yang mencadangkan supaya diwujudkan Jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional kedua. Cadangan ini bermaksud MCA mahukan Timbalan Perdana Menteri kedua untuk mewakili Kaum Cina. Atas alasan cadangan ini bersandarkan kepada perubahan yang perlu dilakukan selepas keputusan PRU 12. Ini adalah satu cadangan yang tak masuk akal disebabkan MCA telah kalah teruk dalam PRU 12. Tindakan Tiong Lai seolah-olah menyalahkan pihak lain yang menyebabkan kekalahan MCA tersebut.

Untuk membawa perubahan dalam Barisan Nasional tidak perlu ada Jawatan Timbalan Pengerusi BN kedua ini kerana tidak sesuai dengan kewujudan Barisan Nasional yang telah sekian lama ditubuhkan. Formula yang digunakan dari dahulu hingga kini masih releven. Lihatlah apa yang telah dikecapi oleh semua kaum yang ada di negara ini. Kaum cina telah diberi peluang yang seluasnya dalam ekonomi. Malah kaum cina juga merupakan pemain ekonomi yang utama dalam negara kita. Kadang-kala kuasa menentukan harga barangan keperluan terletak pada tangan pemborong yang rata-ratanya dikuasai oleh kaum cina. Tidak ada sekatan dalam kebudayaan dan pendidikan mereka. Jika hendak disenaraikan banyak lagi keistimewaan yang telah dinikmati oleh kaum bukan Melayu di negara ini. Malah peruntukan biasiswa untuk bumiputra dan bukan bumiputera juga telah dinaikan peratusnya. Namun apabila orang Melayu menentang peratus kenaikan biasiswa tersebut, mereka pula yang dilabelkan sebagai perkauman. Bukan Melayu bercakap seolah2 'bodoh' tentang perlembagaan. Cakap tak serupa bikin.

2 comments:

  1. rakus amorikus kena penyakit kus kus. tak payah layan je mca ni..buang karang. kerusi parlimen pun kurang..banyak bunyi plak.

    ReplyDelete
  2. lopeh ni mesti lagi banyak blue cino sobab timbalan mca kaki vcd lucah.

    ReplyDelete

Blog Archive