Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, October 12, 2008

BN Parti Tunggal Semua Kaum?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesyorkan penubuhan sebuah kumpulan yang membenarkan keahlian langsung dalam Barisan Nasional (BN) bagi mereka yang menyokong BN tetapi tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti komponen. "Ini adalah idea yang saya timbulkan dan perlu difikirkan kerana saya tahu ada ramai yang menyokong BN, nak dekat dengan BN dan mahu berinteraksi serta banyak berbincang mengenai BN mesti lakukan itu dan ini.

Persoalan: Bagaimana jika keahlian langsung dalam BN nanti mempunyai ahli yang lebih ramai berbanding ahli dalam parti2 komponen BN sendiri? Adakah jika ia berlaku, maka Pengerusi BN bukan lagi dipegang oleh parti komponen yang mempunyai jumlah ahli terbesar? Maknanya, kemungkinan UMNO tidak lagi menjadi parti dominan dalam BN dan bagaimana dengan nasib Melayu/Bumiputera ketika itu? Kena buat kajian mendalam nih..

Banyak orang lupa bahawa orang kulit hitam macam Obama hanya diterima dalam parti Democrat, manakala Republican masih lagi merupakan parti berasaskan kaum dan hanya orang kulit putih sahaja diterima keahliannya. Begitu juga parti-parti yang terdapat di UK seperti Conservative, Labor, Liberal Democrat, Crossbench, Socialist dan sebagainya; yang masih ada antara parti tersebut sangat kuat memperjuangkan kaum mereka sendiri iaitu bangsa kulit putih (Englishman). Pernah pada PRU ke-12 yang lalu ada sekumpulan mahasiswa IPTA mengibarkan bendera Arab Saudi dengan alasan negara itu tiada parti politik dan kita juga patut ikut seperti itu. Apa yang mereka gagal untuk faham ialah, kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia jika dibandingkan dengan Arab Saudi yang lebih 90% rakyatnya adalah sebangsa. Kenapa Arab Saudi tiada parti politik? Kena kaji sejarah bagaimana British dan Perancis memperdaya Arab Saudi, Jordan dan Syria agar keluar dari pengaruh Turki pada zaman empayar Uthmaniyah.

2 comments:

  1. Saudara,

    Saya fikir elok sekiranya Pak Lah memberikan peluang kepada orang lain pula meneruskan perjuangan yang belum selesai. Seperti beliau, kita juga sayangkan negara dan parti.

    ReplyDelete
  2. nama yang tak tersebutOctober 12, 2008 at 11:40 AM

    setuju dengan nobisha.

    beri peluang kepada org lain. jgn dah nak bersara baru nak kluar mcm2 idea. kami semua juga sayangkan bangsa dan negara.

    ReplyDelete

Blog Archive