Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, October 23, 2008

Jejak Andalusia - April Fool

Rentetan daripada kejatuhan kerajaan Murabitun, maka kerajaan Islam di Andalusia juga turut menerima kesannya. Pemerintah terakhir yang berkuasa di Andalusia ketika itu ialah Abu Abdullah daripada Bani Al-Ahmar iaitu keturunan yang membina istana Alhambra di Granada. Selain menjadi raja di Granada, Abu Abdullah turut menguasai dua wilayah lain iaitu Valencia dan Marcia. Namun kerajaan Kristian telahpun menjadi bertambah kuat terutama apabila dua buah kerajaan iaitu Aragon dan Castilla disatukan melalui perkahwinan raja mereka iaitu Raja Ferdinand dan Ratu Isabella. Disitulah asalnya beberapa penempatan kecil di kawasan lembah dan bukit di utara Andalusia yang akhirnya telah berkembang menjadi sebuah kerajaan yang besar akibat tidak ditangani lebih awal oleh pemerintah Islam sebelum itu (Amaran! Pulau Pinang kini ditadbir oleh bukan Islam yang boleh dikategorikan sebagai kafir harbi. Begitu juga dengan pemerintah Islam di Selangor dan Perak yang kini sering mengikut telunjuk kafir harbi. Jika perkara ini tidak ditangani lebih awal, berkemungkinan ia akan mendatangkan mudarat kepada umat Islam di Malaysia pada masa hadapan). Kerajaan Aragon dan Castilla kemudiannya bersatu untuk menyerang Granada yang masih di bawah jajahan kerajaan Islam. Rentetan itu, maka pada tahun 1492 Masihi, Abu Abdullah akhirnya menyerahkan tampuk pemerintahan Granada kepada Ferdinand dan Isabella.

Ferdinand dan Isabella sebenarnya berhasrat untuk menyatukan semua negeri di Andalusia menjadi sebuah negara iaitu Sepanyol. Namun mereka beranggapan bahawa orang Islam dan Yahudi merupakan ancaman bagi mereka merealisasikan cita-cita tersebut. Oleh itu sebaik sahaja menerajui pemerintahan Andalusia, Ferdinand telah memaksa semua orang Islam dan Yahudi untuk menganut agama Kristian Katolik. Tentera telah dikerah untuk menangkap siapa sahaja yang tidak mengikut ajaran Kristian dan kaedah untuk mengenalpasti individu yang bukan daripada aliran Kristian adalah sangat zalim dan terlalu menghinakan. Sehingga ke suatu tahap, tentera Kristian akan menangkap kaum lelaki semata-mata untuk memeriksa alat kelamin mereka. Jika lelaki tersebut didapati bersunat, maka tentera Kristian bukan sahaja akan membunuh lelaki tersebut, bahkan keluarga dan keturunannya juga akan turut dibunuh. Tentera Kristian turut mengupah perisik untuk mengintip pergerakan rakyat Andalusia. Jika seseorang itu didapati mandi pada waktu subuh atau berpakaian cantik pada hari Jumaat, maka individu tersebut akan dibunuh tanpa usul periksa. Begitu juga jika seseorang itu berpakaian cantik pada 1 Syawal atau hari-hari lain dalam kebesaran Islam, maka dia juga akan dibunuh walaupun individu tersebut bukan beragama Islam.

Akibat takut dengan kezaliman dan seksaan daripada tentera Kristian, maka ramai dikalangan umat Islam yang lemah imannya telah mengistiharkan diri keluar daripada Islam. Golongan murtad ini telah mengaku memeluk agama Kristian dengan harapan keselamatan mereka akan lebih terjamin. Namun malangnya, golongan ini turut dibunuh oleh tentera Kristian. Pope dan paderi dari Rom juga terlibat dalam memaksa orang-orang Islam untuk menganut agama Kristian. Mereka telah menyeksa dan menganiayai orang Islam sehingga beratus tahun lamanya. Dikhabarkan seksaan yang dilakukan oleh pihak gereja Kristian terhadap umat Islam di seluruh dunia telah berlarutan sehingga 300 tahun lamanya.

Ferdinand dan Isabella sebenarnya berniat untuk menghapuskan semua umat Islam di bumi Sepanyol. Mereka telah menggunakan tipu helah dengan berjanji untuk menghantar umat Islam kembali ke wilayah Islam di Afrika. Ferdinand dan Isabella juga turut membenarkan umat Islam untuk membawa segala barangan dari rumah masing-masing dan berjanji akan menyediakan kapal untuk memudahkan proses penghijrahan mereka. Maka ramailah umat Islam yang telah terpedaya dengan janji manis kerajaan Kristian dan mula mengemaskan barang masing-masing untuk berhijrah. Namun terdapat juga segelintir umat Islam yang tetap berdegil tidak mahu keluar dari Sepanyol dan membuat keputusan untuk menyorok di kediaman masing-masing.

Sebahagian besar umat Islam Andalusia kemudiannya telah berkumpul di pelabuhan untuk menaiki kapal-kapal yang disediakan, sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Kristian sebelum itu. Namun sebaik sahaja umat Islam berada di atas kapal, tentera Kristian mula membakar semua kapal tersebut. Berpuluh ribu umat Islam telah dibakar hidup-hidup di dalam kapal yang kononnya akan membawa mereka ke Afrika. Itulah peristiwa penghapusan etnik yang pertama di dunia dan mereka yang terbunuh itu terdiri daripada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa serta orang-orang tua yang semuanya merupakan umat Islam.

Peristiwa umat Islam diperdaya dan dibakar hidup-hidup ini berlaku pada tanggal 1 April yang merupakan sejarah permulaan April Fool. Tidak ramai mengetahui akan hakikat ini dan amatlah menyedihkan apabila sehingga kini ada di kalangan umat Islam yang masih meraikan April Fool. Saki baki umat Islam Andalusia yang masih berada di kediaman masing-masing juga telah ditangkap, dirogol, diseksa, dikelar, dibakar, dikerat anggota badan, sehinggakan ibu yang mengandung juga turut dibelah perut mereka hidup-hidup dan dibiarkan mati bersama bayi yang dikandungnya. Peristiwa ini membuktikan bahawa jika umat Islam sudah kehilangan kuasa, maka mereka juga akan turut kehilangan segalanya dan pasti akan jadi lebih sukar untuk memperolehi kembali kuasa yang hilang itu. Akan datang akan dibincangkan mengenai evolusi Zaman Gelap Eropah melalui ilmu yang pada asalnya dimiliki oleh umat Islam.

12 comments:

  1. Gerakan tu kira kafir apa.......bodoh

    ReplyDelete
  2. Tk bos, info & p'ingatan yg sgt menarik utk dihayati & d'ambil p'ajaran.

    ReplyDelete
  3. WEI ANO, SEBELUM KOMEN TU BOLEH TAK PERGI SEKOLAH DULU...KAFIR DALAM PENTADBIRAN NEGARA SEBAGAIMANA YANG DITUNJUK KAN OLEH RASULULLAH, ADA DUA KATEGORI...PERTAMA KAFIR ZIMMI...KEDUA KAFIR HARBI...KAFIR ZIMMI NI YANG BERHAK MENDAPAT PERLINDUNGAN DAN BANTUAN KERANA TANGGUNGJAWAB YANG MEREKA TUNAIKAN KEPADA KERAJAAN DAN PEMERINTAH....KAFIR HARBI NI KAFIR YANG MESTI DIPERANGI KERANA MEREKA INI HANYALAH GOLONGAN YANG SENTIASA MEMBUAT KACAU-BILAU DAN BERUSAHA UNTUK MENJATUHKAN SEBUAH NEGARA BANGSA....

    INI LAH SUSAH KALAU NAK BERCAKAP TAPI TAK ADA ILMU...

    ReplyDelete
  4. neraca..fuh..totoknya keumnoan ko..oo..gerakan kafir baik dap kafir jahat..ceh..apa gerakan tentang masa pas nak buat hudud dulu? Umno pun tentang..nape? Negara Islam pun umno tentang..siap hasut org Islam dan bodohkan org bukan Islam ttg fakta negara Islam..awatnya..?kau ni kok banyak sangat ilmu ee baik kau pi dakwahkan azalina osman ko..rafidah ko..kalil yakub ko..Najib ko..rosmah ko lagi berkat ilmu ko..yg ko asyik nak pi betulkan org2 PR yo..buek apo? takut ko? Ceh..kalu setakat ado ilmu tp nak mengampu dan membodek yo..jadah ee..goli den nengok ee..mcm tuan punyo blog nih..ngampu yo ko paneh..apo dapek geran ko?

    ReplyDelete
  5. Hehehe....tak de kerja btol ko orang nih.

    By the way, boleh tak paneh analisa peristiwa yg MEMBAWA kepada keruntuhan Andalusia dari perspektif perangai pemimpin Islam & penghayatan masyarakat Islam terhadap ajaran Islam pada waktu itu....dan compare dgn perangai pemimpin & rakyat Islam di Malaysia pada hari ni...ada persamaan tak????

    Nak salahkan geng2 kafir sajer tak leh gak...dah memang nature & tabiat depa....golongan ini tak redha dgn Islam sampai la ke hari kiamat!!!! Tapi benda ni boleh dielakkan kalau kita semua (pemimpin & rakyat) tahu & mahu menghayati ajaran Islam yg dibawa oleh Rasulullah SAW.

    Waalahu a'lam.

    ReplyDelete
  6. ano..betul stuju..tidak kira siapa sebenarnya. ttp apa yg paneh cubo ketengahkan dgn mengenongahkan sejarah andalusia dan mengaitkan pulak kononnya dgn apa yg berlaku selopeh bn tersungkur adolah sesuatu yg den raso jauh tersasar. jgn kelirukan pembaco ko dgn sejarah. Sobab musabab sebuah kerajaan Islam itu jatuh bukan hanya disobabkan oleh oghang kafir, ttp sikap pemimpin Islam itu sendiri yg tamak, gelojoh, rasuah, sokong maksiat dsb.Jgn membodohkan penyokong umno yg totok..jgn takut dek sebab illusi ko makin ramai lak yg benci umno! Tentara Islam Islam di zaman nabi juga pernah tumpas dek ketamakan dgn harta dunia. Allah sebona ee nak bg petunjuk. Betapo ramai org yg kayo ghayo sobab jd pemimpin..cubo ko kaji kekayaan pemimpin2 umno..boleh paneh? kalaukau gentleman lah..

    ReplyDelete
  7. edie...

    sebelum nak bagi komen pasal hudud, saya sarankan awak pergi belajar dengan detail dulu macam mana kaedah nak implement hudud...dan tolong baca sekali kedudukan hudud dalam sistem pemerintahan negara islam...to begin with ko boleh bukak kitab balik and baca tentang perlembagaan bertulis tertua di dunia yang diperkenalkan oleh Rasulullah...

    Mulut tu lain kali kalau nak cakap jgn ikut hati yang tak ader ilmu, tapi biarlah di dorong oleh minda yang sarat dengan ilmu dan dada yang penuh dengan iman....kalau tidak, jangan nak berlagak pandai, buat interpretation macam ahli nujum....setakat nak jadi nujum pak belalang boleh la...

    ReplyDelete
  8. hah..neraca marah..org ada ilmu dan Istiqamah biasanya sarat dgn sifat kesabaran dan merendah diri.Bukan mendidik org lain base on emosi. awak ada ilmu tp memperlekehkan orang lain yg pada anggapan awak kurang ilmu konon. Ini sudah dikira bongkak dan riak. Awak menyalahgunakan anugerah Allah itu untuk mengampu dan membenarkan apa yg tidak dobolehkan. Bukalah mata dan gunakan ilmu keramat awak itu untuk memperbetulkan akhlak pemimpin umno bukan hanya menidakkan apa yg dilakukan oleh parti lain.Saya berani kata awak orang buta dalam berilmu.Awak orang yg tidak adil dalam berilmu.Awak menzalimi ilmu awak. Bukankah lebih afdal awak mentarbiyah warga puteri Umno...isteri pemimpin mana yg tidak menutup aurat lagi dari gunakan ilmu utk membodek.

    Err..kesimpulannya hudud hukum Al Quran tidaklah sesuai utk Malaysia negara Islam Hadhari yee? hmm...

    ReplyDelete
  9. saper yang emo dik edie? kenapa, rasa tercabar ke? kalau dik edie baca reply saya dengan penuh emosi memang la dik edie akan rasa emo...sebab tu saya kata, dik edie ni banyak lagi kena belajar...the fact that u thought saya ni sanagt KEUMNOAN pun dah cukup menunjukkan yang dik edie ni suka berprasangka...membuat penilaian tanpa fakta...tapi, biasalah, typical sifat pembangkang...hati penuh dengan dendam kesumat dan kebencian...

    u can try again dik edie...try harder!!!

    ReplyDelete
  10. salam,

    melihat Islam dari segi tudung puteri umno, kekayaan pemimpin umno je ke? jgn sempitkan fikiran. boleh tanya tak mercedes yang bawak mursyidul am dan presiden pas tu lagu mana? kalo kaji senarai semua kroni dan sedara mara pemimpin pkr dan pas yg kaya tu pulak..lagu mana? umno menentang hudud? fakta ni kurang jelas. boleh hujahkan?

    blog ni mengampu? nampaknya sedara edie tak baca semua artikel2 dalam blog ni. tuduhan itu sangat berat dan berunsur fitnah. suka ke makan daging saudara sendiri?

    buat ano 5.33pm,

    boleh tak paneh analisa peristiwa yg MEMBAWA kepada keruntuhan Andalusia dari perspektif perangai pemimpin Islam & penghayatan masyarakat Islam terhadap ajaran Islam pada waktu itu....dan compare dgn perangai pemimpin & rakyat Islam di Malaysia pada hari ni...ada persamaan tak????

    jawapan den insyaAllah. memang itu yang cuba dibongkarkan. nampaknya ano dan edie mungkin tidak membaca keseluruhan artikel yang ditulis sejak awal. jika baca pun mungkin tidak memahami yang tersirat. takpelah. kisah tu belum selesai lagi.

    kepada edie, den sarankan ko dok kat uk ke, us ke, belanda ke. nak lagi best gi dok kek iraq atau palestin. dok dalam 2/3 bulan cukuplah. lepas tu den pasti akan iktiraf ko sebagai pejuang Islam sejati.

    ReplyDelete
  11. semak btul aku baca komen2 yg tak membina ttg andalus ni. ada ke dikata mengelirukan sejarah. kita boleh tau sejauh mana tahap fikiran org yg komen tu. penghayatan ilmu dan keinsafan zero. ilmu zero dalam math pun datangnya dari ilmuan islam andalusia. kalo nak tau la.

    ReplyDelete
  12. org hamPAS mana tau sejarah..dulu kata nk ulamak..bila kt kerdau nk golongan profesionalis lak..dasar cakap cm keling..pd edie..ko pergi tapak asal kerajaan andalusia..ko tengok rekabentuk struktur gereja yg ada..klu ko nk tau smua tu adalah masjid yg diubahsuai jd gereja..jd ko nk tengok ker masjid kt malaysia bertukar jd gereja..ko tau ke perlaksanaan hukum hudud 2 cmner?ko tau ker negara2 yg melaksanakan hudud skrg cmner? mcm nana lak hukuman yg dikenakan kpda bukan islam? knpa bila tun M tnya nik ajis hukuman pd bukan islam dia x gubal sekali..di mesir hudud dijalankan..bukan islam gula hukuman yg diambil dari kitab taurat..yg mana hukuman hampir serupa dengan hudud..n tun M pon x pernah halang hudud dijalankan di kelantan sejak pas ambil alih..malah tun M suh laksanakan..klu betul berfungsi dengan baik..tun M kata x mustahil akan diaplikasikn dalam negeri2 dibawah BN..so apasal x laksana? stkt ko dengar ceramah caci maki pas n fatwa sesat tok guru selipar ko 2.. x payah la..

    ReplyDelete

Blog Archive