Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, October 7, 2008

Ahli Parlimen Melayu Islam

Hadi Awang selaku presiden PAS sebelum ini telah berulang kali mengatakan bahawa PAS akan keluar daripada PR. Walaupun alasan gertakannya itu agak samar, namun beliau telah menjelaskannya beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.

Presiden PAS itu memberikan sebabnya dalam satu majlis di Marang pada bulan Ramadhan yang lalu bahawa "PAS akan terang terang meninggalkan PR sekiranya jumlah ahli parlimen PR yang bukan Islam melebihi jumlah ahli parlimen Melayu Islam". Sebelum ini beliau sering menyebut, sekiranya Islam tidak memerintah, PAS akan meninggalkan PR.

p/s: Ahli parlimen Islam atau ahli parlimen Melayu Islam tuan Hadi? Tak sangka PAS pun mementingkan perkauman. Lepas ni tak bolehlah PAS nak tuduh UMNO perjuangkan Melayu semata-mata sebab orang Melayu dalam UMNO semuanya Islam. Dulu PAS menentang Anwar sebab dia UMNO dan Hadi kata UMNO itu kafir. Sekarang ni boleh pulak bekerjasama dengan Anwar dari PKR yang ahlinya terdiri daripada pelbagai anutan tu. Kami ingin bertanya, PKR tu tak dianggap kafir jugak ke tuan Hadi? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...

4 comments:

  1. Assalamualaikum Paneh,

    Politik punya Pasal, cakap pun dah bertambah putar belit, rakyat boleh jadi keliru. Penyokong dan pengikut taksub ikut saja.

    Kalau orang macam kita kita ni cakap banyak pun berapa kerat yang nak beri perhatian tapi kalau Ulama yang buka mulut??

    ReplyDelete
  2. Melayu itu harus Islam... tp tak semua orang Islam itu Melayu.

    Dahulu Hadi sangka beliau akan mendapat sokongan majoriti Melayu untuk perintah negara, namun sokongan bukan Melayu kepada Anwar adalah sesuatu yang beliau tidak terjangkakan. Kini beliau takut jika PR memerintah, bukan hanya negara Islam akan terkubur (ditentang oleh Karpal), kemungkin Islam akan ditindas dan tiada keintimewaan di negara sendiri... berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum beragama lain.

    p/s: Mungkin beliau dah sedar peranan dan jasa UMNO kepada umat Islam di Malaysia. Jika dulu beliau hanya tahu menghentam, tapi kini PAS berada di dalam situasi tersepit... tersepit oleh rakan-rakan syaitan yang dulu disangka boleh dibuat kawan.

    ReplyDelete
  3. Dalam politik macam-macam perkara aneh boleh berlaku. Kita langsung tidak menjangkanya. Sebab itu saya tidak suka kepada politik. Bagi saya politik adalah najis dan perlu dijauhi.

    Saya teringat kepada kes Datuk Harun Idris yang berlaku 32 tahun yang lalu yang menghadapi kes rasuah. Bukan apa pun. Dia terima duit dan masukkan ke dalam tabung UMNO sendiri selepas menganjurkan perlawanan tinju antara Muhamad Ali dengan Joe Bugner.

    Pada hari Datuk Harun ditahan, semua pemimpin UMNO Selangor, semua EXCO dan ahli-ahli UMNO berkumpul dan berikrar berdiri teguh di belakang Allahyarham.

    Esoknya, muka-muka yang sama juga mencadang dan menyokong undi tidak percaya kepada Datuk Harun, Menteri Besar Selangor pada masa itu.

    Itulah politik. Betul-betul najis!
    Perkara begini boleh berlaku bila-bila masa.

    ReplyDelete
  4. politik tidak kotor. pemainnya yang kotor. Rasulullah s.a.w. dulu pun berpolitik cuma dipanggil siasah.

    ReplyDelete

Blog Archive