Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, October 27, 2008

KLIA BAKAL DI TUTUP?

Semalam akhbar The Star melaporkan bahawa sistem perkhidmatan udara di Asia Tenggara akan lebih diliberalisasikan. Berikut adalah petikan beberapa perenggan yang saya harap mendapat perhatian kita semua sebagai rakyat Malaysia.

(Liberalisasi di sini bermakna kerajaan tidak lagi akan menetapkan kekerapan penerbangan dan jumlah syarikat penerbangan yang terbang dari dan ke sesubuah destinasi)

'Ong said besides the Singapore-Kuala Lumpur sector, they had opened up the sector between Singapore and Kota Kinabalu, Kuching and Miri'

'Silk Air, which is Singapore Airlines’ (SIA) sister company, will fly twice daily to Kuala Lumpur from Singapore from Sunday, while SIA flies five times daily. From Dec 1, both SIA and Silk Air will operate four flights daily each on that route'

Silk Air CEO Chin Yau Seng said, coupled with MAS, passengers would have a choice of 15 flights daily from the three airlines.

“When we opened up the route (Singapore-KL) to Jetstar, Tiger Airways and AirAsia, in the first seven months of this year, traffic grew by 9%,” he said.

Pada dasarnya, liberalisasi ini nampak menguntungkan kerana ia bakal mengundang lebih banyak penerbangan dari pelbagai syarikat penerbangan di Asia Tenggara untuk mendarat di KLIA. Juga lebih banyak pilihan untuk penumpang memilih servis yang terbaik dan paling rendah kosnya.

KLIA sememangnya dikenali seantero dunia. Infrastruktur moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Pengurusan dan penyeliaan yang mantap. Menerima kemasukan pelancong yang tinggi dan telah diberi pengiktirafan melalui anugerah2 yang dimenangi setiap tahun.

Jika KLIA telah berjaya mengukir nama sebegitu rupa, mengapa kita masih memerlukan LCCT? Tidak cukup besarkah lapangan yang disediakan untuk kapal terbang AirAsia mendarat di KLIA? Tidak cukupkah kemudahan yang disediakan? Wajar diingat, sekiranya LCCT masih kekal beroperasi apabila Liberalisasi ini mula dilaksanakan secara total, KLIA bakal menerima padahnya. Apatah lagi apabila ia melibatkan destinasi antara KL-Singapura, dan kini di buka pula laluan terus Singapura-KK/Miri/Kuching ini bermakna bertambah satu lagi saingan iaitu Changi Airport. Pelancong dari Malaysia yang menaiki AirAsia dari LCCT akan terus ke Singapura dan dari Singapura terus ke kepulauan Borneo TANPA MENGGUNAKAN KLIA.

Sebelum ini Tony Fernandez pernah memohon kelulusan kerajaan untuk membenarkan AirAsia transit di Singapura sebelum meneruskan penerbangan ke Kuching, Miri dan Kota Kinabalu. Malah AirAsia pernah menawarkan beratus tiket percuma ke Singapura dan tiket berbayar serendah 99sen. Ketika itu mereka masih lagi baru. Bagaimana mereka mampu menawarkan perkhidmatan pada kadar serendah itu tanpa melibatkan bantuan luar? Mungkinkah mereka dah 'kowtim' dengan Singapura kerana membantu Singapura membawa masuk pelancong asing yang datang ke Malaysia tanpa perlu mereka berbelanja membuat promosi ? Ini bermakna jika LCCT tidak ditutup, silap haribulan KLIA bakal berkubur menjadi muzium lapangan terbang.


MAS juga akan menerima tempiasnya. Ini kerana untuk penerbangan dalam zon ASEAN, kemungkinan MAS dipinggirkan oleh penumpang sangat tinggi kerana tambangnya yang lebih mahal berbanding harga yang ditawarkan oleh syarikat2 penerbangan tambang murah yang lain. Yang akan kaya dan terus kaya ialah AirAsia dan sekutu rapatnya dari Singapura.

Nota:
1. KLIA merupakan penyandang anugerah "World's Best Airport" selama 3 tahun berturut-turut yang diberikan oleh Airports Council International-Airport Service Quality (ACI-ASQ)

2. Mendapat tempat kedua - Best Airport Worldwide dan Best Airport in Asia Pacific di ACI-ASQ Awards 2007.

3. The Brand Laureate, ibarat Anugerah Grammy for branding for Best Brands Transportation Airports 2007-2008.

(Sebenarnya banyak lagi anugerah yang diberikan kepada KLIA, tapi ikut style puaka desa lu carilah sendiri yo...Assalamualaikum!)

2 comments:

  1. pembinaan lcct sebenarnya satu kesilapan. jarak yang lebih dekat utk flight berlepas dfan mendarat di lcct menyebabkan mereka dapat menjimatkan lebih banyak minyak. sebab tu air asia boleh buat untung lebih berbanding mas. pembinaan lcct itu mmg utk bertujuan membunuh klia secara perlahan sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. rasanya tiada orang peduli akan hal ni. bila dah benar2 berlaku barulah orang dok sibuk. biasalah resam org kita. dah terantuk baru terngadah.

    ReplyDelete

Blog Archive