Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, October 5, 2008

Pemimpin?

Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan penulis Paneh Miang serta semua pembaca yang budiman. Tak lama lagi mesyuarat bahagian-bahagian Umno akan bermula. Sehingga ke hari ini, orang-orang Melayu khususnya di dalam Umno masih lagi tercari-cari pemimpin yang kalaupun tidak setajam pemikirannya seperti Tun Mahathir mahupun segagah Harun Idris dan Jaafar Albar tetapi mampu untuk mempertahankan hak serta keistimewaan orang-orang Melayu yang semakin cuba dicabar dan dipertikaikan oleh bangsa lain.

Bagi aku, pemimpin yang akan dipilih oleh ahli-ahli Umno di peringkat bahagian sepatutnya bukan sahaja berani untuk menawarkan diri tetapi harus juga berani untuk membuat keputusan, berdepan dengan pembangkang yang semakin agresif malahan mempunyai kelulusan yang tinggi serta berkebolehan untuk berhujah dengan fakta yang mantap.

Kita dah menilai bagaimana sebahagian besar ahli MKT Umno sekarang ini yang bagi aku tidak begitu jantan untuk berdepan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan hak dan keistimewaan orang Melayu contohnya Hindraf, Suqiu, beberapa individu dalam Majlis Peguam, pejuang IFC, Wee Meng Chee, Teresa Kok dan mereka yang seumpama dengannya (contoh seperti yang diberikan oleh saudara Paneh).

Tak kisahlah seandainya ada individu yang bukan daripada kalangan MKT yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib/Timbalan malahan Presiden Umno sendiri yang pentingnya, mereka mampu untuk mempertahankan hak serta keistimewaan orang-orang Melayu yang semakin cuba dicabar dan dipertikaikan oleh bangsa lain. Umno perlukan perubahan bagi mengimbangi gerakan pembangkang yang semakin berani dan agresif kebelakangan ini. Seandainya Umno masih lagi tidak berubah, tidak mustahil pada pilihanraya akan datang sokongan kepada Umno akan semakin merudum.

Janganlah kita setakat menyokong calon yang hanya diberikan sokongan untuk kepentingan tertentu tetapi biarlah mereka dipilih berdasarkan kelulusan yang tinggi, kewibawaan serta kebolehan mereka berhujah dengan menggunakan fakta dan sumber yang 'reliable' tidak kira di dalam Parlimen mahupun di dalam Dewan Undangan Negeri. Janganlah pilih orang yang pengecut tetapi duduk memegang jawatan MKT hanya kerana pangkat semata-mata.....lu fikirlaa sendiri.....

3 comments:

  1. betul. umno kena berani berubah. sampai bila nak bertahan dgn serangan pembangkang. kasi serang jugak sama mereka.

    ReplyDelete
  2. lama dah tak baca komen puaka desa..anyway, sorry hari tu tak sempat berbuka bersam-sama dengan bloggers lain

    ReplyDelete
  3. Di Malaysia dan di mana sahaja sekarang, sebut poliik saja terbayang kuasa dan wang. Berjaya dalam politik bererti sudah ada sumber kuasa dan sumber wang. sebab tu orang berebut-rebut nak naik ke puncak politik. Masa hendak naik tu, tak kiralah memijak siapa untuk jadi anak tangga.

    Yang mana dijadikan anak tangga tu nampaknya teraniaya. Dan kalau nak naik duduk di atas, tentulah kena buang orang yang duduk di atas. Itulah sebabnya tercipta macam-macam fitnah tu, tujuan nak jatuhkan yang duduk di atas.

    Dulu masa saya muda-muda, orang lari apabila namanya dicalonkan dalam Mesyuarat Agung sebab tak mahu kuasa yang amat berat tanggungjawabnya. Sekarang keadaan sudah bertukar sebaliknya. Bukan namanya dicalonkan, tapi mencalonkan diri.

    Kotornya politik.

    ReplyDelete

Blog Archive