Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, October 20, 2008

UMNO = Hindraf?

M Khaleel Kas (aku tak pasti siapa mamat ni) telah berhujah dalam cubaannnya untuk menyamakan UMNO dengan Hindraf dalam kenyataannya di Harakah Daily pada 16 Oktober 2008 yang lalu. Beliau menegaskan bahawa UMNO adalah sebuah pertubuhan haram yang tiada bezanya dengan Hindraf. Alasan yang diberikan beliau ialah:

1. Menyatakan Umno juga terlibat dalam menganjurkan perhimpunan haram pada 23 Mac 2008 di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Iman, Terengganu, ekoran penentangan ahli-ahli Umno yang menyokong Idris terhadap pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

2. Beliau menyatakan Umno telah cuba mencetuskan kekacauan dan suasana tidak aman pada 23 Mac yang tiada bezanya dengan Hindraf yang turut membuat kacau semasa Majlis Rumah Terbuka Menteri Kabinet pada 1 Oktober lalu.

3. Beliau memberikan alasan bahawa Umno turut menghasut rakyat untuk menentang pihak istana.

Maka berdasarkan alasan di atas, M Khaleel Kas (MKK) telah MENOLAK kenyataan Menteri Dalam Negeri yang menggunakan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) berkaitan perkara yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia untuk mengharamkan Hindraf daripada terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara; malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum. MKK tetap dengan pendiriannya menyatakan Umno juga merupakan sebuah pertubuhan haram kerana terlibat dalam perhimpunan haram pada 23 Mac 2008 yang lalu.

Kalau itulah bentuk hujah yang digunakan MKK (yang kelihatan seperti ahli pembangkang), nampak sangat dangkalnya pemikiran beliau. Sebagai orang Melayu yang mendokongan institusi Raja yang merupakan simbol kedaulatan Melayu, kami juga menolak sebarang bentuk penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu. Namun, untuk menyamakan sebuah parti yang berdaftar iaitu Umno dengan pertubuhan tidak berdaftar seperti Hindraf, kami akan menyatakan itu adalah tindakan yang teramat kurang cerdik.

Mungkin MKK tidak membaca segala tuntutan, surat dan memorandum yang telah dihantar oleh Hindraf, bukan sahaja kepada pemimpin Malaysia, bahkan kepada pemimpin2 dunia. MKK juga mungkin secara sengaja telah ‘membutakan’ matanya dan ‘memekakkan’ telinganya atas semua tuntutan Hindraf yang terang-terangan memperlekehkan Islam, orang Melayu dan Raja-Raja Melayu. MKK juga pasti tidak mahu mengakui bagaimana Hindraf telah memburuk-burukkan Malaysia yang sepatutnya dipertahankan ke seluruh dunia serta menyebarkan propaganda bahawa orang Melayu adalah zalim dan kononnya telah membunuh ramai kaum India di Malaysia.

Jika MKK tetap menyatakan Umno sebagai sebuah pertubuhan haram seperti Hindraf berdasarkan perhimpunan yang telah dilakukan ahlinya, maka banyaklah pertubuhan yang boleh kita kategorikan sebagai haram. Contohnya PKR, Pas, DAP, hatta Majlis Peguam sekalipun boleh dikategorikan sebagai pertubuhan haram kerana menganjurkan perhimpunan serta forum haram seperti Bersih, Black 14, Reformasi dan sebagainya. Pertubuhan pembangkang ini menyokong IFC yang sekaligus menidakkan peranan Islam sebagai agama persekutuan Malaysia (Perkara 3). Mereka juga sering mempertikaikan hak istimewa Melayu (Perkara 153) serta turut mempertikaikan Sultan Perak (Perkara 181) berkenaan perlantikan Menteri Besar Perak serta turut menghasut rakyat untuk membenci pihak istana. Jika semua ini diambil kira, maka sudah tentulah banyak pertubuhan yang boleh diharamkan di Malaysia.

p/s: Kesian dengan orang Melayu dalam Pas yang membiarkan diri mereka diperalatkan DAP dan PKR.

5 comments:

  1. Lebih malang bagi orang umno apabila membiarkan diri diperkudakan oleh pemimpin umno yang kununnya memperjuangkan melayu dan islam. Walaupun mereka tahu mereka ditipu hidup-hidup oleh pemimpin mereka namun mentaliti hamba mereka jelas terserlah.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Umno x sama mcm Hindraf tentunya, tp perangai jahat mcm org Hindrf mcma ada? heheh

    ReplyDelete
  3. ustazsaid..
    anda ni orang hindraf ke apa!!
    cakap macam kelin...tara serupa bikin..

    ReplyDelete
  4. cina itu pendatangOctober 20, 2008 at 9:40 PM

    wahai en nordin..yang kat sepang 2 ladang unta ke? manusia bile hati dh bute ni la jadinya.. dh la seks 2 dlm pkr sedekah..menentang usaha BAR dikenakan tindakan..ape kah peranan ulama pas?

    ReplyDelete
  5. tak tau lah sama ada nordin ni org islam ke tak, org melayu ke tak....
    Tapi kalau dah sokong MKK tu rase nya nordin nie bkn lah org melayu atau islam kot coz org islam mampu muhasabah diri, pandai menilai antara kaca & permata, tau nak jadi hamba pada siapa (hamba pada pemimpin yang menyokong islam) bkn nye yg kunun2 sokong islam tp bile org kafir(DAP) suruh diam trus jd budus, ikut je... Cthnye di Perak org melayu dpt tanah utk 99 thn tp cina pendatang tue dpt 999 thn...

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive