
Selepas tampuk pemerintahan Andalusia diserahkan oleh Abu Abdullah kepada Raja Ferdinand dan Ratu Isabella, maka bermulalah proses evolusi dikalangan bangsa Eropah. Kejatuhan Granada, iaitu pusat pemerintahan Islam yang terakhir di Andalusia pada 1492 adalah bersamaan dengan tahun Columbus menemui ‘New World’ atau benua Amerika. Rancangan penjajahan untuk menakluk seluruh Sepanyol telah diteruskan oleh Kristian Eropah. Pelan penjajahan ini meliputi terjemahan dan kajian tinggalan manuskrip ilmu yang telahpun diterokai lebih awal oleh sarjana Islam.
Agak menarik untuk diketahui tentang banyaknya ilmu yang telah dipelajari oleh bangsa Eropah daripada tinggalan umat Islam Sepanyol serta bagaimana ilmu-ilmu tersebut dikembangkan. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini tentang bagaimana mundurnya bangsa Eropah sebelum renaissance sehinggakan mereka masih tidak mengenali apa itu kertas; sedangkan semua manuskrip ilmuan Islam telahpun ditulis di atas kertas di Andalusia. Sistem feudal yang dikuasai oleh geraja Katolik sebelum rainassance lebih menyukarkan bangsa Eropah untuk berkembang. Namun kejayaan mereka menguasai ilmu orang Islam telah menjadikan Eropah sebagai satu bangsa yang maju di dunia pada hari ini.

Begitulah asalnya tamadun Eropah berkembang terutamanya dalam ilmu sains falsafah Greek dan Rom. Semuanya berpunca daripada program terjemahan yang dijalankan oleh pemerintah Eropah terhadap ilmu-ilmu sains, matematik dan falsafah yang asalnya dikuasai oleh umat Islam Sepanyol. Sebaik selesai program terjemahan secara besar-besaran, semua perpustakaan dan arkib yang mengandungi khazanah sarjana-sarjana Islam telah dirobohkan. Semua manuskrip dan buku dalam bahasa Arab telah dibakar serta dicampakkan ke dalam sungai yang terdapat di sekeliling Sepanyol, sehinggakan air sungai berubah menjadi hitam akibat dakwat dan abu yang dibuang itu.

Selain sikap umat Islam sendiri yang sering berpecah belah, kemusnahan tamadun Islam Andalusia sebenarnya disebabkan tumpuan hanya diberikan kepada ajaran agama semata-mata. Terpinggirnya ilmu-ilmu lain terutamanya sains telah menyebabkan umat Islam menjadi semakin lemah. Akibat kelalaian dalam membuat keputusan oleh pemimpin Islam Andalusia pada masa itu, telah menyebabkan umat Islam turut menerima kesannya hingga ke hari ini. Sekali umat Islam Sepanyol kehilangan kuasa, mereka turut hilang segalanya. Maruah agama dan diri tidak lagi berupaya dipertahankan sehinggakan masjid juga telah berubah menjadi gereja. Dalam artikel terakhir Jejak Andalusia, akan dibincangkan mengenai kejatuhan Melaka yang sebenarnya adalah rentetan daripada kemusnahan empayar Islam di Andalusia.
Bagus artikel Jejak Andalusia ni..harap Paneh dapat compilekan dan pelajar-pelajar memang patut mrmbacanya
ReplyDeletetq bro. sontoloyo cakap nak buat buku. ontah cakap je lebey. heh..
ReplyDelete