Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, October 30, 2008

UMNO dan AF

Assalamualaikum..

Umum mengetahui tentang rancangan realiti TV yang mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian melalui SMS iaitu Akademi Fantasia (AF) telahpun mencapai musim yang ke-6. Apa yang menariknya tentang Akademi Fantasia jika dilihat dari sudut positif ialah pengundi-pengundi mereka yang sanggup berhabis-habisan untuk mengundi pelajar kesayangan mereka melalui SMS supaya mencapai kejayaan impian menjadi realiti menjadi seorang penghibur terkenal kelak. Walaupun ramai pengundi tahu bahawa mereka tidak akan dijanjikan dengan apa-apa ganjaran sekiranya seseorang pelajar itu mencapai kejayaan.

Saya terfikir, jika semangat ini yang ada pada masyarakat Malaysia Baru yang dimiliki oleh negara Malaysia pasti negara ini akan memperolehi ramai rakyat yang patriotik dalam semangat cintakan negara.

Tun Dr Mahathir dalam temuramah di saluran Astro Awani baru-baru ini ada menyampaikan kekecewaannya terhadap ahli-ahli UMNO yang mengamalkan politik wang dalam kerakusan mengejar jawatan-jawatan yang dipertandingkan. Tun mengatakan bahawa pengundi-pengundi ini akan bertanyakan "Apa yang saya dapat jika si polan-si polan ini menjadi pemimpin?" Jelas pada riak muka Tun tergambar rasa kecewanya terhadap ahli-ahli UMNO kini yang bakal membuatkan UMNO itu hancur dan berkubur. Apa yang peliknya beza antara pengundi di dalam UMNO ini untuk memilih pemimpin dan pengundi AF yang sanggup berhabis-habisan dalam mencari penghibur hati mereka. Kenapa pengundi-pengundi UMNO ini tidak ada semangat seperti pengundi -pengundi AF ini??

Seterusnya Tun Dr Mhathir juga menyentuh mengenai peringkat cawangan dan bahagian, dimana wujudnya halangan kepada pemimpin-pemimpin muda bagi mengasah bakat dalam kepimpinan UMNO. Tun berpendapat ramai pemimpin-pemimpin muda yang muak dengan perangai-perangai ini telah menyertai parti PAS.

SEDARLAH AHLI-AHLI UMNO SEMUA POLITIK WANG ADALAH RASUAH, NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

2 comments:

  1. Salam,
    Aku malas nak komen apa2 lg...

    ReplyDelete
  2. ustaz, tak nak komen ni sebab fed up dengan UMNO ke sebab apa?

    Kita kena terus sedarkan orang2 UMNO ni...tindakan mereka sekarang semakin melampaui batas2 agama dan nilai2 moral...

    Jangan cepat putus asa ustaz!!!

    ReplyDelete

Blog Archive