Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, October 25, 2008

Berkompromi dengan yang HARAM

PAS hari ini menyuarakan kesanggupan parti itu untuk menjadi orang tengah antara pihak kerajaan dengan pertubuhan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) bagi menyelesaikan apa jua permasalahan yang timbul sejak kebelakangan ini. Hasrat itu disuarakan dua pemimpin PAS iaitu Naib Presidennya Datuk Husam Musa dan Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub kepada pemberita selepas mereka turut bersama kira-kira 40 penyokong Hindraf yang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini sejak 9 pagi tadi.

post script: Dua2 pencadang PAS ni Anwar 'boy'. Adakah Hndraf begitu terdesak sehingga memerlukan perantara? Adakah PAS tetap mahu bersekongkol dengan sesuatu yang telah 'haram'?

2 comments:

  1. Kalau dari sudut jangka pendek memang sokongan ini menimbul tanda tanya.
    kalu dari sudut jangka panjang adalah untuk meraih undi.
    kalu dari sudut sejarah terbaru ini adalah menyampaikan terima kasih kpd mereka ynag memangkah kertas undi bagi kat PR.
    kalu dari segi antara parti politking,memang untuk menyengat AMENO.
    kalu untuk pemilihan bulan Disember atau Mac 2009 adalah untuk buat isu dalaman AMENO.
    Hapuskan pergerakkan haram.
    arjuna waspada

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive