Nampaknya pencalonan untuk Shahrizat Jalil berterusan walaupun dikatakan telah ada permuafakatan di antara dia dengan Rafidah Aziz. Si Shahrizat ni masih terus mendiamkan diri tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan sehinggakan banyak andaian telah dibuat. Kononnya kehendak akar umbilah, itulah, inilah yang mana kesemuanya mengarut. Setau aku, akar umbi x dapat nak buat ape-ape. Semuanya telah dicatur bermula dari cawangan, bahagian, perhubungan sehinggalah ke perhimpunan agong. Apa yang akar umbi mahukan kadang-kadang x tercapai pun. Kepada Shahrizat Jalil kalau betul-betul hendak bertanding cakap je terus terang bagi memudahkan ahli-ahli Wanita Umno untuk membuat keputusan.
Nampak sangat si Shahrizat ni begitu tamakkan kuasa. Dahlah kalah dalam pilihanraya tetapi kerana sikapnya yang pandai mengampu dapat jugak la jawatan di Jabatan Perdana Menteri. Kalah pulak pada orang yang tidak banyak pengalaman di dalam politik yang mana ianya jelas menunjukkan rakyat tidak mahukan pemimpin jenis ini yang hanya tahu mengampu untuk mendapatkan jawatan. Inilah masalah segelintir orang-orang UMNO yang nampak sangat tidak peka kepada kehendak rakyat.
Tentang Rafidah Aziz pulak, walaupun menang pilihanraya dan memegang jawatan sebagai Ketua Wanita Umno tapi tidak diberikan ruang untuk memegang jawatan di dalam kabinet. Agaknya tak pandai membodek sangat kot? Walau bagaimanapun Rafidah ni telah bersetuju untuk menyerahkan tugas dan jawatan Ketua Wanita Umno kepada Shahrizat Jalil pada Jun 2009. Rasionalnya, penyerahan jawatan atau tugas tersebut perlulah ikut peraturan dan tertibnya. Mula-mula bagi kaum Adam (Presiden) dan kemudian barulah kaum Hawa (Ketua Wanita) pulak. Masalahnya si Shahrizat ni tak menyempat-nyempat nak jadi Ketua Wanita ape hal?
Nak kata hebat taklah hebat mana. Pilihanraya pun kena bungkus dek Nurul Izzah. Dalam keadaan pada hari ini, kehebatan seseorang pemimpin kena ambil kira jugak faktor dalaman Umno serta penerimaan rakyat di luar sana. Nanti bila dah jadi Ketua Wanita, bila tengok tempat yang dia nak bertanding bukannya tempat yang selamat maka berketuntanglah (bercempera/bertempiaran) cari tempat yang selamat untuk jadi calon masa musim pilihanraya. Masa tu mesti ade yang jadi kambing hitam. Pemimpin seperti inilah seharusnya ditolak dan diketepikan awal-awal lagi. Kepada Rafidah, menang belum tentu...kalah tak jadi abu. Lawan mesti lawan. Biar retak seribu andai itu harganya yang perlu dibayar. Umno harus berubah.
Kalau payah-payah sangat calonkan je Azalina Othman Said sebagai Ketua Wanita. Sekurang-kurangnya,Azalina ni muda dan bertenaga lagi. Lu fikirlaa sendiri......tapi pilihanraya nanti lu tau la untung nasib lu kalau Shahrizat jadi teraju.

Orang yang memimpin Wanita Umno sepatutnya menjaga imej umno dengan menang dalam pilihanraya.Di mana maruah Wanita Umno jika pilih orang yang kalah?Orang-orang UMNO perlu keluar dari kepompong dan menilai semula kehendak rakyat yang akan bertindak sebagai pengundi dalam pilihanraya umum nanti.Apa bezanya Disember dengan Mac?hanya 3 bulan sahaja.Apa yang boleh dilakukan dalam tempoh 3 bulan kalaupun jawatan tersebut diserahkan kepada Shahrizat sekarang ni?Kita dapat menilai bagaimana sikap pemimpin tersebut.Gelojoh ke?tamak ke?atau terlalu rakus untuk berkuasa.Terpulanglah kepada ahli Wanita UMNO jangan sampai kalian diperbodohkan.
ReplyDeletesalam perpaduan..
ReplyDeletealhamdulillah..
YB datuk seri shahrizat telah pun berjaya dalam pencalonan untuk melayakkan dirinya bertanding jawatan ketua wanita umno.ini 1petanda yang baik dalam wanita umno apabila wanita mula berfikiran tetap soal relevansi kepimpinan dlm wanita itu sendiri.Saudara gestapo, kita perlu melihat dari sudut mana shahrizat kalah.Saya rasa shahrizat tidak kalah kerana soal kerjanya.Tetapi penduduk lembah pantai memilih untuk menggunakan soal "entertainer' untuk dipilih sbg wakil mereka.Adakah izzah yang masih muda mampu mentadbir atau melakukan pembaharuan seperti shahrizat lakukan? shahrizat telah terbukti dalam soal mentadbir kementeriannya apabila mampu menjadikan kementerian wanita sbg antara kementerian yang penting hari ini.Justeru saya menyokong rasional untuk shahrizat mengambila lih kini.Sudah tiba masa rafidah bersara.Dia pun dah zada dalam kabinet lagi.Maka ini indikasi sebenar yang paklah tunjukkan bahawa perlu ada reform dalam semua sayap umno.Wanita tanpa rasa takut kepada faridah perlu mengubah nasib wanita untuk dilihat sebagai tunjang dan masih menyengat dalam perjuangan umno itu sendiri.