Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, October 4, 2008

Amaran Johor

UMNO Johor mengamalkan dasar terbuka dalam memilih mana-mana pemimpin menjelang pemilihan parti itu Mac depan meskipun terdapat ramai pemimpin UMNO dari negeri ini menyatakan kesediaan mereka untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Abdul Ghani Othman memberitahu, walaupun ramai pemimpin UMNO Johor menawarkan diri untuk bertanding sama ada di peringkat Majlis Tertinggi (MT) atau jawatan yang lebih tinggi, keputusan itu terletak pada perwakilan di peringkat bahagian untuk menentukannya.

Difahamkan semasa Paklah turun ke Johor pada bulan April lalu untuk berjumpa dengan ahli2 UMNO selepas tamat PRU Ke-12, ketua2 bahagian dan cawangan ketika itu telah memberi dua pilihan kepada Paklah. Dua pilihan tersebut ialah sama ada 'Meletakkan Jawatan' ataupun akan 'Dimalukan'. Maksud dimalukan disini ialah Paklah tidak akan memperolehi sebarang pencalonan daripada UMNO Bahagian Johor sekiranya beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatan Presiden. UMNO Johor mempunyai sejumlah 26 Bahagian dan setiap satu bahagian akan membawa seramai 12 perwakilan ke Perhimpunan Agung parti tahun depan untuk memilih pucuk pimpinan UMNO. Semasa di sana juga Paklah dikatakan akur dengan kehendak akar umbi UMNO Johor. Namun sebaik pulang ke Putrajaya serta dikhabarkan beliau telah mendapat nasihat daripada 'seseorang', Paklah telah mengubah pendiriannya ketika itu dan mengumumkan akan tetap mempertahankan jawatan. Wallahualam. Kini pendirian Paklah kembali berubah apabila dijangka akan membuat pengumuman bagi mempercepatkan proses peralihan kuasa sebelum 9 Oktober ini. Takpelah Paklah, lepas ni boleh tidur puas-puas kalo mengantuk. Tak payah nak pening kepala fikir hal negara.

1 comment:

Blog Archive