Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, April 1, 2009

April Fool

Artikel ini sudahpun disiarkan pada 23 Oktober 2008 di bawah label sejarah dalam siri tulisan Jejak Andalusia. Kami siarkan kembali sekadar renungan.

Rentetan daripada kejatuhan kerajaan Murabitun, maka kerajaan Islam di Andalusia juga turut menerima kesannya. Pemerintah terakhir yang berkuasa di Andalusia ketika itu ialah Abu Abdullah daripada Bani Al-Ahmar iaitu keturunan yang membina istana Alhambra di Granada. Selain menjadi raja di Granada, Abu Abdullah turut menguasai dua wilayah lain iaitu Valencia dan Marcia. Namun kerajaan Kristian telahpun menjadi bertambah kuat terutama apabila dua buah kerajaan iaitu Aragon dan Castilla disatukan melalui perkahwinan raja mereka iaitu Raja Ferdinand dan Ratu Isabella. Disitulah asalnya beberapa penempatan kecil di kawasan lembah dan bukit di utara Andalusia yang akhirnya telah berkembang menjadi sebuah kerajaan yang besar akibat tidak ditangani lebih awal oleh pemerintah Islam sebelum itu (Pulau Pinang kini dibawah penguasaan orang bukan Islam yang boleh dikategorikan sebagai kafir harbi. Begitu juga dengan pemerintah Islam di Selangor dan Perak yang kini sering mengikut telunjuk kafir harbi. Jika perkara ini tidak ditangani lebih awal, berkemungkinan ia akan mendatangkan mudarat kepada umat Islam di Malaysia pada masa hadapan). Kerajaan Aragon dan Castilla kemudiannya bersatu untuk menyerang Granada yang masih di bawah jajahan kerajaan Islam. Rentetan itu, maka pada tahun 1492 Masihi, Abu Abdullah akhirnya menyerahkan tampuk pemerintahan Granada kepada Ferdinand dan Isabella.

Ferdinand dan Isabella sebenarnya berhasrat untuk menyatukan semua negeri di Andalusia menjadi sebuah negara iaitu Sepanyol. Namun mereka beranggapan bahawa orang Islam dan Yahudi merupakan ancaman bagi mereka merealisasikan cita-cita tersebut. Oleh itu sebaik sahaja menerajui pemerintahan Andalusia, Ferdinand telah memaksa semua orang Islam dan Yahudi untuk menganut agama Kristian Katolik. Tentera telah dikerah untuk menangkap siapa sahaja yang tidak mengikut ajaran Kristian dan kaedah untuk mengenalpasti individu yang bukan daripada aliran Kristian adalah sangat zalim dan terlalu menghinakan. Sehingga ke suatu tahap, tentera Kristian akan menangkap kaum lelaki semata-mata untuk memeriksa alat kelamin mereka. Jika lelaki tersebut didapati bersunat, maka tentera Kristian bukan sahaja akan membunuh lelaki tersebut, bahkan keluarga dan keturunannya juga akan turut dibunuh. Tentera Kristian turut mengupah perisik untuk mengintip pergerakan rakyat Andalusia. Jika seseorang itu didapati mandi pada waktu subuh atau berpakaian cantik pada hari Jumaat, maka individu tersebut akan dibunuh tanpa usul periksa. Begitu juga jika seseorang itu berpakaian cantik pada 1 Syawal atau hari-hari lain dalam kebesaran Islam, maka dia juga akan dibunuh walaupun individu tersebut bukan beragama Islam.

Akibat takut dengan kezaliman dan seksaan daripada tentera Kristian, maka ramai dikalangan umat Islam yang lemah imannya telah mengistiharkan diri keluar daripada Islam. Golongan murtad ini telah mengaku memeluk agama Kristian dengan harapan keselamatan mereka akan lebih terjamin. Namun malangnya, golongan ini turut dibunuh oleh tentera Kristian. Pope dan paderi dari Rom juga terlibat dalam memaksa orang-orang Islam untuk menganut agama Kristian. Mereka telah menyeksa dan menganiayai orang Islam sehingga beratus tahun. Dikhabarkan seksaan yang dilakukan oleh pihak gereja Kristian terhadap umat Islam di seluruh dunia telah berlarutan sehingga 300 tahun lamanya.

Ferdinand dan Isabella sebenarnya berniat untuk menghapuskan semua umat Islam di bumi Sepanyol. Mereka telah menggunakan tipu helah dengan berjanji untuk menghantar umat Islam kembali ke wilayah Islam di Afrika. Ferdinand dan Isabella juga turut membenarkan umat Islam untuk membawa segala barangan dari rumah masing-masing dan berjanji akan menyediakan kapal untuk memudahkan proses penghijrahan mereka. Maka ramailah umat Islam yang telah terpedaya dengan janji manis kerajaan Kristian dan mula mengemaskan barang masing-masing untuk berhijrah. Namun terdapat juga segelintir umat Islam yang tetap berdegil tidak mahu keluar dari Sepanyol dan membuat keputusan untuk menyorok di kediaman masing-masing.

Sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Kristian sebelum itu, maka sebahagian besar umat Islam Andalusia kemudiannya telah berkumpul di pelabuhan untuk menaiki kapal-kapal yang disediakan. Namun sebaik sahaja umat Islam berada di atas kapal, tentera Kristian mula membakar semua kapal tersebut. Berpuluh ribu umat Islam telah dibakar hidup-hidup di dalam kapal yang kononnya akan membawa mereka ke Afrika. Itulah peristiwa penghapusan etnik yang pertama di dunia dan mereka yang terbunuh itu terdiri daripada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa serta orang-orang tua yang semuanya merupakan umat Islam.

Peristiwa umat Islam diperdaya dan dibakar hidup-hidup ini berlaku pada tanggal 1 April yang merupakan sejarah permulaan April Fool. Tidak ramai mengetahui akan hakikat ini dan amatlah menyedihkan apabila sehingga kini ada di kalangan umat Islam yang masih meraikan April Fool. Saki baki umat Islam Andalusia yang masih berada di kediaman masing-masing juga telah ditangkap, dirogol, diseksa, dikelar, dibakar, dikerat anggota badan, sehinggakan ibu yang mengandung juga turut dibelah perut mereka hidup-hidup dan dibiarkan mati bersama bayi yang dikandungnya. Peristiwa ini membuktikan bahawa jika umat Islam sudah kehilangan kuasa, maka mereka juga akan turut kehilangan segalanya dan pasti akan jadi lebih sukar untuk memperolehi kembali kuasa yang hilang itu.

3 comments:

  1. Biar hilang kuasa, jangan hilang iman dan taqwa..
    Iman dan taqwa boleh menyelamatkan kita dari api neraka manakala kuasa dan harta boleh menjadi penyebab kita dihumban ke neraka...Hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI..

    ReplyDelete
  2. aku rasa ano atas ni kurang faham intipati kisah april fool ni. kalau org islam dah hilang kuasa, dah tentu sukar nak pertahankan iman dan taqwa tu. sbb tu la rasulullah s.a.w. dulu berhijrah. salah satu intipati hijrah ialah kuasa agar islam itu dpt dikembangkan. kerana itulah sejarah dan ilmu itu perlu dihayati agar kita tak jadi org yg bodoh sombong.

    mesti ada ano bangang yg akan guna nick aku nanti nih.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete

Blog Archive